[ Oct 29 , 2019 ]
Hijrah itu mudah
Yang susahnya hanya istiqomah
Kuatkan diri untuk terus memapah
Dari nafsu durjana yang punahKau tabah untuk terus melangkah
Bangun dan ke depan jangan menyerah
Mencari redhaNya yang terang lagi menyerlah
Sebagai tanda dirimu jujur dan pasrahJangan khawatir saat tidak diendahkan
Kerna kau masih punya kekuatan
Dan kau juga masih punya Tuhan
Untuk kau sujud mengadu harapanSedarlah dirimu itu hebat
Kerna kau menegakkan agama syariat
Walaupun ditindas jatuh dan susah untuk kuat
Tetapi kau masih punya harapan iaitu semangatSudah jangan menangis lagi,
Lap air matamu itu dengan jari,
Kau hebat seperti srikandi,
Allah ada, setia menyokong mu di sisi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Abjad
Poesie"Satu pengalaman mematangkan sejuta pemikiran." 𝑴𝒚 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒑𝒐𝒆𝒕𝒓𝒚 𝒃𝒐𝒐𝒌 Hanya ukiran kata si pencerita kiasan. (Publish semula) (Ayat agak klise sbb baru bljr)