[ May 22, 2020 ]
Jangan futur terlalu lama
Jangan ikutkan sedih dan luka
Takut nanti makan diri
Tak kasihankah pada hati?
Dunia memang kejam
Dipenuhi manusia yang penuh dendam
Bara sakit hati tak pernah padam
Untuk kau dan aku, tolong hadam
Manusia tak sempurna
Kau lihat dia
Kau nampak sempurnanya
Tapi kau tak tahu sakitnya
Kau lihat dia
Kau nampak dia bahagia
Takkan kerananya hidup kau sengsara?
Bangun,
Buka hati buka mata
Lihat sekekelingnya
Terlalu penuh tipu daya
Aku nampak sakit kau
Aku tahu luka kau
Tapi tolonglah
Dia bukan lagi milik kau
Buka langkah baru
Bina hidup baru
Buat cerita baru
Jangan futur terlalu lama
Kau dan aku, terseksa di dunia
Kerana itu lumrah manusia
Sayang sekali manusia sama kejam
Biarkan hati merintih sayu
Perasaan sakit dibiarkan kelam
Hakikatnya kita sendiri jatuh pilu
Jangan tertipu dengan dunia
Kerana itu semua dusta
Aku dan kau, hadamkan ya?
************
Sabar
Kau mampu
Kerana itu kau diuji
Jangan sebab dunia kau tepu
Bangun dan pergi
Cari siapa kau yang sebenar
Dan jangan tertipu lagi
Kerna dunia bakal akhir
Dan kita akan mati.
ANDA SEDANG MEMBACA
Abjad
Poesía"Satu pengalaman mematangkan sejuta pemikiran." 𝑴𝒚 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒑𝒐𝒆𝒕𝒓𝒚 𝒃𝒐𝒐𝒌 Hanya ukiran kata si pencerita kiasan. (Publish semula) (Ayat agak klise sbb baru bljr)
