[ Mar 22 , 2020 ]
"Siapa?"
Kamu lah..
Seorang bidadari dunia
Anggun terpesona
Bila terlihat dengan sikapnya"Hm aku? Tak layak.."
Siapa kata?
Kamu layak tau
Kamu layak jika buka mata dan hati
Melihat sinar hidayah yang Allah beriYa kita manusia,
Lakukan silap dan dosa
Memang perbuatan kita
Itu memang lumrah manusiaManusia ini sifatnya pelupa
Senang dikawal nafsu dan mudah alpa
Tapi tak bermakna kelayakan itu tiada
Kita hamba, pintu taubat sentiasa terbukaBuat yang sudah berjaya
Menggapai hidayah dariNya
Doalah kepada Tuhan
Agar kau diberi kekuatan"Tapi .. saya selalu tersasar.."
Itulah namanya ujian
Memang akan ada waktu penghijrahan
Itu tanda Allah sayang
Allah mahu gugurkan dosa dosa semalamSabarlah,
Perubahan memang ada kepahitan
Jika kamu teruskan sabar, sabar dan sabar
Segala kepahitan akan bertukar jadi kemanisanPercayalah!
Dunia memang tempat untuk rasa
Kepenatan,
Keletihan,
Kelelahan
Kerna dunia bukan selamanya..
Dunia hanyalah sesuatu cabaran untuk kitaTanya sikit....
Nak masuk Syurga tak?
"Mestilah.."
Kalau nak,
Perlulah usaha..
Sebab syurga bukan percumaMujahadah itu pahit
Kerna syurga itu manis..Ingat tau! :)

YOU ARE READING
Abjad
Poetry"Satu pengalaman mematangkan sejuta pemikiran." 𝑴𝒚 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒑𝒐𝒆𝒕𝒓𝒚 𝒃𝒐𝒐𝒌 Hanya ukiran kata si pencerita kiasan. (Publish semula) (Ayat agak klise sbb baru bljr)