#andainanti

67 14 3
                                    

[ Jun 1 , 2020 ]

Andai nanti
Saat aku pergi
Jangan kau ternanti
Mungkin aku tak kembali

Andai nanti
Jika aku kembali
Mungkin tak selamanya di sisi
Hanya sekejap kita bertemu lagi

Pesanku nanti
Jangan tunggu aku pulang
Takut hati diam bersarang
Cukup doakan dari jauh sayang

Andai nanti
Ada takdir pertemuan
Jangan kau harapkan
Ada rasa aku hadiahkan

Mungkin saja singgah sementara
Tak selamanya aku setia
Mungkin saja aku menghuni lama
Lepaskan rindu yang berkulat warna

Andai nanti
Aku diam tiada perasaan
Jangan pernah kau soalkan
Kerna aku manusia yang tak pernah tahu aturan tuhan

Takdir itu rahsia
Jadi, jangan tanya
Kenapa aku biar sahaja
Rasa terpendam kekal selamanya

Andai nanti
Kau dan aku bertemu
Tegurlah jika mahu
Cuma pesanku...
Jangan ada harapan sayangku.

Andai nanti
Kau persoalkan
Kelak bukan aku yang berikan
Hanya Allah yang boleh beri jawapan

**********

Bukan tak sayang
Bukan tak rindu
Cuma tak yakin sekarang
Rencana Allah tiada siapa tahu.

Apa yang berlaku harini
Tak semestinya sama seperti semalam
Jadi pesan pada hati
Jangan terlalu yakin jika dalam gelita kelam.

AbjadWhere stories live. Discover now