[ Mar 23 , 2020 ]
Tak terlayan dengan perangai
Sekeliling buat aku barai
Ah, manusia semua sama perangai
Semua buat tak bijak walaupun diri sudah pandai
Tak apalah,
Itu mungkin cuma luaran
Nampak seperti penuh kekotoran
Tapi siapa tahu pada dalaman
Penuh kesucian bukan?
Tak seperti aku
Hidup penuh penipuan sempit
Nilaian orang tiada kelemahan walau sedikit
Tapi hati sudah lama tahan sakit
Kerna diri ini sungguh hipokrit!
Penuh dosa
Hidupku? Itulah realitinya
Apa kau rasa ia senang ke Syurga?
Dosa secalit pun masih lagi ku terima
Diriku tak seindah kamu
Kamu bak pelangi
Aku pula bak hujan yang turun sepi
Tanpa ditemani mana mana hati
Hati yang kotor kerana dosa
Nafsu tak terkawal ditambah pula
Sedangkan hati itu juga akan ku bawa ke Syurga
Lalu hendak cuci bagaimana?
Cucilah dengan ibadah
Kekalkan wangian ia dengan istiqomah
Lalu sucikan lagi dengan zikrullah
Dan kekal bersih dengan selawat ke atas Rasulullah
Paling hipokrit
Jika depan tuhan pun
Masih sombong lagi.
Toxic people, me :(
ANDA SEDANG MEMBACA
Abjad
Puisi"Satu pengalaman mematangkan sejuta pemikiran." 𝑴𝒚 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒑𝒐𝒆𝒕𝒓𝒚 𝒃𝒐𝒐𝒌 Hanya ukiran kata si pencerita kiasan. (Publish semula) (Ayat agak klise sbb baru bljr)
