[ Mar 29 , 2020 ]
Apa yang kau mahu?
Tuhan beri kau akal
Tapi kau fikir ikut sedap pangkalTuhan beri kau nikmat
Tapi kau kata rezeki salah alamatTuhan hantar kau ujian
Tapi kau tak pernah ada kesabaranApa yang kau mahu?
Kau harapkan semua ada
Tapi nikmat tuhan kau dustaKau harapkan pelindungan daripadaNya
Tapi musibah hari ini kau yang pintaKau harapkan impian
Tapi hari ini solat kau tinggalkanApa yang kau mahu?
Tuhan dah beri semua
Cuma kita yang butakan mataTak mahu lihat nikmat yang tuhan beri
Tapi selalu harapkan lagi dan lagiTuhan dah tunjukkan satu demi satu musibah
Tapi kita tetap tak mahu menyerah kalahBetapa sombongnya kita dengan tuhan
Hidup berajakan dunia
Akhirat kau lupa
Nanti mati masuk kubur juga
Itukah yang dinamakan beragama?Hidup jangan bertopengkan syaitan.
********
izz nak cakap...
Dah baca jangan lupa vote.
Hahahahha okbye.

YOU ARE READING
Abjad
Poetry"Satu pengalaman mematangkan sejuta pemikiran." 𝑴𝒚 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒑𝒐𝒆𝒕𝒓𝒚 𝒃𝒐𝒐𝒌 Hanya ukiran kata si pencerita kiasan. (Publish semula) (Ayat agak klise sbb baru bljr)