[ Mei 16 , 2020 ]
Malap
Terlena lelap
Terbuai dosa menghimpap
Aku mendapAku penat?
Tapi aku tak rehat
Aku fikir selamat
Rupanya terlewat.Salah lalu
Aku buntu
Tak tahu hala tuju
Duduk tangis terseduBodohnya aku.
Makin penat
Makin menjauh
Fikir sudah rehat
Rupanya tertipu.Khilafnya aku.
Sombong dengan Pencipta
Aku ini hak Dia
Siapa aku nak mendabik dada?
Manusia tetap manusia!Aku kenapa?
Dirasuk syaitan mana?
Atau nafsu yang berleluasa?
Hingga hampir kalah dengan duniaDi mana impian?
Hendakkan sinar pahala.
Di mana penantian?
Pilih. Syurga atau Neraka?Aku bilang
Aku mahu Syurga
Tapi terhalang
Kerna aku pendosaDi mana taubat?
Di mana keampunan?
Aku belum rehat
Selagi belum sujud pada Tuhan.Hinanya aku.
Sekerdil manusia yang angkuh
Fikirkan dunia yang sudah berpenghujung
Tak pernah diendahkan jiwa yang rapuh
Lagi sakit lagi dijunjung.Khianat.
Aku khianat diri sendiri
Aku lupa janji
Untuk kejar Syurgawi
Yang aku tahu, lari.Sungguh. Tiada malu
Duhai diri
Duhai hati
Tolong sedar
Bukan hanya sandar!Wake up!
Ingat akhirat!
Ingat mati!
Ingat rehat?
Ada di Syurga nanti.Itu pun
Jika kau mohon ampun.Pada Dia.
*************

YOU ARE READING
Abjad
Poetry"Satu pengalaman mematangkan sejuta pemikiran." 𝑴𝒚 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒑𝒐𝒆𝒕𝒓𝒚 𝒃𝒐𝒐𝒌 Hanya ukiran kata si pencerita kiasan. (Publish semula) (Ayat agak klise sbb baru bljr)