[ Mar 27 , 2020 ]
Berhenti
Untuk cari aku lagi
Bukan kerana sudah tidak peduli
Cuma hati inginkan ketenangan sendiri
Berhenti
Untuk tanya kemana aku
Kerana aku pun berjalan
Tanpa hala dan tuju
Entah kemana aku pun tidak tahu
Sejak dari tadi diri ini seakan bisu
Sampai satu waktu
Aku terduduk menahan ngilu
Hanya ditemani samar samar kelabu
Yang seakan faham jiwa merintih pilu
Gerimis malam mula membasahi
Seakan faham ada yang aku sedang tangisi
Tapi ia pun hanya menemani
Tak perlu tanya lagi
Jiwaku sudah mati!
Hatiku sakit dirobek berkali
Diriku? Longlai untuk ditangisi
Tak apa
Aku akan pergi
Yang pasti
Akan jauh dari sini
Dan tak akan kembali lagi
Kecuali dalam realiti.
Tunggu dan lihat sahaja
Nanti.
ANDA SEDANG MEMBACA
Abjad
Poetry"Satu pengalaman mematangkan sejuta pemikiran." 𝑴𝒚 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒑𝒐𝒆𝒕𝒓𝒚 𝒃𝒐𝒐𝒌 Hanya ukiran kata si pencerita kiasan. (Publish semula) (Ayat agak klise sbb baru bljr)
