[ Mar 28 , 2020 ]
Hari ini aku jatuh
Terduduk aku menangis tak utuh
Hari ini aku luluh
Jiwa yang sakit kian rapuh
Hari ini ini aku jauh
Tercari cari apa saja aku rempuh
Bila sudah penat
Aku terjatuh keletihan
Waktu itu apa yang aku ingat
Aku perlukan kekuatan
Tapi tak mampu difikir dek akal
Apa yang aku cari selalu tak kekal
Apa yang aku jumpa belum tentu aku kenal
Jadi aku buntu
Mana satu pilihan?
Mahu ditanya
Aku tak punya teman
Ah, sungguh aku buntu
Apa yang perlu aku lakukan?
Oh barangkali ada jawapan
Tapi bukan hari ini
Mungkin ada nanti
Hari ini cuma mimpi
Khayalan yang menjelma dalam diri
Barangkali juga jawapan yang dinanti nanti?
Cuma
Aku yang tidak mengerti.
Tidak mengapa
Esok esok ada lagi
Cuma
Aku takut tidak sempat tunggu
Mungkin aku pergi dulu?
Rahsia Tuhan
Siapa tahu bukan?
Semua ada jawapan
Ia hanya
Terselindung disebalik
Ujian.
ANDA SEDANG MEMBACA
Abjad
Poesía"Satu pengalaman mematangkan sejuta pemikiran." 𝑴𝒚 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒑𝒐𝒆𝒕𝒓𝒚 𝒃𝒐𝒐𝒌 Hanya ukiran kata si pencerita kiasan. (Publish semula) (Ayat agak klise sbb baru bljr)
