[ May 28 , 2020 ]
Waktu kian berjalan
Hari demi hari otak ligat berfikir
Andai satu masa kita tak lagi disatukan
Apa yang harus aku ungkapkan?Semakin hari aku buntu
Fikiran ku terganggu
Apa yang perlu aku laku?
Hal ini kamu perlu tahu.Maaf, sayang.
Kerana aku terpaksa
Untuk tinggalkan semuanya.Mulutku terkuci tak bersuara
Nafasku diam tanpa bicara
Sepatah pun tak mampu aku kata
Tenang jiwa. Nak gelabah apa?Ya, ini jalanku
Ini pilihanku
Ini hijrahku.Jangan halang ya?
Setiap pertemuan
Pasti ada perpisahan
Jika dunia halang kita untuk dipertemukan
Berdoalah agar di Akhirat kita sama berpegangan.Jika kau langit
Aku adalah tanahnya
Hanya hujan yang dapat satukannya.Begitulah kita.
Kau langitnya
Aku tanahnya
Hujan itu adalah doa.Berdoalah
Moga Allah perkenankan.Maaf sayang.
Tahun depan sudah tak berjumpa
Takpe, mungkin nanti di Syurga?:).
************
Buat sahabat,
Sejauh mana pun aku pergi. jika doa sentiasa mengiringi, In Sya Allah nama kamu semua sentiasa dalam hati.
Nukilan yang biasa aku lontarkan, mungkin nanti tiada lagi kedengaran. Tapi, jika ada teguran yang aku berikan, hadam dan simpanlah dalam ingatan.
Perpisahan yang hanya sementara.
Jika tak lagi ditakdirkan di dunia, kita jumpa nanti di Syurga, ya?.izz sayang awak, sahabat.

ANDA SEDANG MEMBACA
Abjad
Şiir"Satu pengalaman mematangkan sejuta pemikiran." 𝑴𝒚 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒑𝒐𝒆𝒕𝒓𝒚 𝒃𝒐𝒐𝒌 Hanya ukiran kata si pencerita kiasan. (Publish semula) (Ayat agak klise sbb baru bljr)