Setelah agak 15 minit perjalanan kesekolah, Scha yang terleka membaca novel tiba tiba novelnya terjatuh kerana bas yang dinaikinya diberhentikan.
'' Eh dah sampai, malunya nak jumpa diorang '' - Getus Scha dalam hati
'' Oke anak anak, dah sampai sekolah. Belajar elok elok tau! '' - Ujar Pakcik Husin gembira
Baru sahaja Scha menjejakkan kakinya dibawah, terus namanya dipanggil seseorang. Scha berjalan masuk kekawasan sekolah dan berdiri berhampiran pagar. Baru sahaja Scha melangkah dia terkejut apabila dia dipeluk dari belakang.
'' YaAllah! terkejut tau tak '' - Marah Scha
'' Saja je nak usik kau, buat tak tau je eh aku panggil '' - Balas Aya sambil mencebikkan bibirnya.
Nurul Suraya iaitu teman baiknya dan juga rakan sekelas Scha. Nurul Suraya digelar Aya bagi mereka yang rapat dengannya. Sifat Aya yang agak dingin dengan lelaki dan juga seorang yang memahami membuatkan Scha sayang akan sahabatnya itu. Mereka yang sedang berjalan ditegur oleh dua lagi sahabat Scha iaitu Irah dan Fitt.
'' Cepatnya korang jalan, taklarat aku nak kejar tau '' - Omel Fitt
Nurul Fitri Melina atau lebih gemar digelar Fitt adalah seorang yang peramah. Sifat mudah bergaul walaupun dimana sahaja mahupun ditempat baharu membuatkan Scha lebih yakin apabila bersama dengan Fitt.
'' Cantiknya beg Aya, beg baru eh '' - Soal Irah
'' Ni kakak aku yang bagi katanya tahun baru hahaa '' - Jelas Aya
Nurul Zahrah atau nama gelarannya Irah. Dia lebih gemar digelar Irah walaupun nama gelaran dan nama sebenar berbeza. Sifat Irah yang selalu mementingkan sahabat dan suka berkongsi ilmu kepada kawan kawannya menjadikan dia seorang yang disenangi rakan sekelas.
'' Scha! Tunggu '' - Syah
Scha yang sedang berbual dengan teman teman karibnya tidak langsung menoleh kebelakang. Muhammad Syah Famin lebih dikenali dengan nama Syah. Syah iaitu juga rakan sekelas Scha. Scha tidak melayan Syah bukanlah kerana merekaa bergaduh tetapi sifat mengada dan tidak mahu kalah lelaki itu membuatkan Scha meluat. Baginya biarlah dirumah sahaja dia perlu menghadap lelaki itu.
YOU ARE READING
[C] Cikgu, Boleh Jadi Bodyguard Saya?
RandomScha terpaksa berkahwin dengan pilihan Ibu, perkahwinan mereka di atas dasar perjanjian dua orang sahabat. Scha diberi pilihan antara menyambung pembelajarannya diluar negara dan berkahwin atau tidak boleh belajar di mana mana University. Siapakah l...