20] Cikgu, Boleh Jadi Bodyguard Saya? 🦋

6.2K 283 3
                                    

'' Weh korang, semalam aku chat dengan Cikgu Mirul! '' - Aya dengan nada teruja.

'' Wehhhh serious la?! Wahh nak jugak!! ''

Semua pelajar 5TY memuji Aya. Mereka berfikir bahawa Cikgu Mirul menyukai Aya, lagi pun Aya seorang yang cantik dan sesuai dengan Cikgu Mirul yang tampan itu.

Tidak sedikit pun muncul perasaan cemburu dalam diri Scha terhadap Aya dan suaminya kerana Cikgu Mirul terlebih dahulu memberitahu Scha tentang mesejnya dengan Aya. Tambahan pula Aya adalah sahabat Scha dan tidak tahu apa apa tentang Scha dan Cikgu Mirul.

'' Jap lagi cikgu baru yang ganti Cikgu Hash akan masuk. Hensem gila wei tapi Hensem lagi Cikgu Mirul ku '' - Lia Farahani

Scha yang mendengarnya dari Lia hanya mampu tersenyum.

'' Cikgu Mirulku? werk! '' - Omel Scha dalam hati.

'' Assalamualaikum kelas, Hai. ''

Scha memalingkan mukanya ke meja guru. Berdiri seorang lelaki yang memakai baju kemeja putih dan seluar hitam.

'' Waalaikumsalam Cikgu ''

'' Betul la apa Lia cakap, Hensem juga tapi Hensem Cikgu Mirul lagi. '' - Bisik Aya kepada Scha.

Mereka meminta Cikgu baharu itu memperkenalkan dirinya.

'' Hai nama saya Muhammad Azzim boleh panggil saya Cikgu Azzim. saya berumur 24tahun. Siapa kenal Cikgu Mirul? Dia kawan saya masa study dulu. And, saya single belum berkahwin. Hahaha ''

Belum sempat pelajar perempuan melemparkan soalan mengenai status Cikgu segak itu trlebih dahulu dia memberitahu.

'' Semua orang tempat cikgu study dulu Hensem ke? '' - Soal Lia

Semua tergelak mendengar soalan dari Lia. Nampaknya markah matematik mereka akan meningkat dengan kehadiran Cikgu Azzim disekolah tersebut. Mereka yang sedang berkenalan dengan cikgu baru dikejutkan dengan ketukan pintu.

'' Assalamualaikum, Maaf cikgu Boleh saya jumpa Azaischa? ''

Semua memandang kearah Hakim iaitu junior dari tingkatan 2. Cikgu Azzim mengangguk.

Scha bangun dan menghampiri Hakim.

'' Ya kim ada apa? '' - Soal scha.

'' Cikgu Mirul suruh akak pergi bilik guru sekarang '' - Jawab Hakim.

'' Owh, Terima kasih nanti akak pergi ''

Scha berjalan ke meja guru dan meminta izin untuk berjumpa dengan Cikgu Mirul. Cikgu Azzim membenarkan Scha pergi kebilik guru.

Dibilik guru;

" ada apa cikgu? ''

'' Hensemkan cikgu Azzim? ''

Soalan Cikgu Mirul membuatkan Scha terkedu.

'' Huh? '' - soal Scha dengan muka peliknya.

'' Belajar je tau, jangan nak pelik pelik. '' - Pesan Cikgu Mirul kepada isterinya itu.

Scha mengangguk dengan muka menyampah. Dia terus keluar dari situ dan masuk ke kelas.

'' Ceh panggil aku sebab nak bagitau tu je?! dahla bilik guru jauh, er cemburu tak bertempat. '' - Omel Scha.

Scha yang berjalan dikoridor disapa oleh Cikgu Azzim.

'' Azaischa? ''

Scha mengangguk sambil melemparkan senyuman manis kepada Cikgu Azzim.

'' Dah jumpa Cikgu Mi.. ''

'' Hai Ajim '' - Mirul mencelah.

Scha memandang Cikgu Mirul dan Cikgu Azzim.

'' Buat apa tengah jalan ni '' - Soal Cikgu Mirul sambil memasukkan tangan ke dalam poket dengan muka acah handsome

'' Em Cikgu Mirul, Cikgu Azzim saya masuk kelas dulu lah yer '' - Scha.

Scha berjalan dihadapan mereka. Cikgu Azzim yang memerhati setiap langkah Scha dijeling oleh Mirul.

'' Eh Rul jom masuk '' - Cikgu Azzim mengajak Mirul masuk kebilik guru.

Amirul Nizam dengan muka tidak puas hatinya mengikut Cikgu Azzim dari belakang.

[C] Cikgu, Boleh Jadi Bodyguard Saya? Where stories live. Discover now