25] Cikgu, Boleh Jadi Bodyguard Saya? 🦋

6K 255 0
                                    

Sebelum kesekolah, mereka akan sarapan bersama sama. Mirul mengajukan soalan tentang mimpi Scha tempoh hari.

'' Scha, awak mimpi apa haritu? Bagitau je lah. Jangan banyak sangat rahsia boleh tak? ''

Scha hanya makan dan mengabaikan soalan dari Mirul.

'' Bagitau yang sebenarnya kenapa Cikgu tak bagi saya rapat dengan Cikgu Azzim. ''

Mirul yang mendengar soalan dari Scha terus bangun dan menuju ke kereta. Scha mengekori Mirul dari belakang.

'' Cikgu? Bagitau la cepat! '' - Jerit Scha dari belakang Mirul.

'' Dengar je apa yang saya cakap, nanti tepat waktunya saya akan bagitau semuanya. ''

Dari pagi hingga ke malam, suasana rumah mereka seperti tidak berpenghuni. Scha berada dibilik manakala Mirul berada diruang tamu. Mereka sengaja menjauhkan diri masing masing, tidak mahu bicara dan memberitahu hal sebenar.

'' dulu Haikal, sekarang Cikgu Azzim pula jadi masalah '' - Scha mengeluh.

'' Apa? Haikal? ''

Suara garau lelaki dari arah pintu biliknya.

Scha tidak menyedari kehadiran Mirul yang sudah lama berdiri di pintu bilik.

'' Kenapa dengan Haikal? '' - Mirul sekali lagi mengajukan soalan yang sama kepada Scha.

'' Cikgu...tak ada apa la ''

Scha memberi jawapan dengan suara dan reaksi cemas.

Mirul tidak mahu memaksa Scha kerana percubaan Spm yang semakin hampir bimbang Scha tertekan.

***************

Disekolah, apabila Scha bertemu Cikgu Azzim sama ada didalam kelas atau diluar kelas Cikgu Azzim akan menatap Scha dengan seribu tanda tanya. Mengapakah Scha pulang bersama Mirul? Apakah hubungan antara Scha dengan Mirul.

Pada waktu rehat, Scha tidak ke kantin bersama Aya Fitt dan Irah seperti selalu.

'' Korang rehat lah, aku nak duk dalam kelas '' - Ujar Scha.

'' Kenapa taknak rehat? Kalau kau tak larat nakgi kantin biar aku je belikan ''

Scha menggelengkan kepalanya dan memberitahu Aya bahawa dia mahu berada didalam kelas untuk menyiapkan kerja sekolah. Mereka hanya mengikut kata kata Scha.

Scha membuka buku sejarah dan menyiapkan kerja sekolahnya, semalam dia tidak sempat menyiapkan kerja sekolah kerana terlalu penat.

'' Azaischa ''

Scha berpaling kebelakang dan melihat Cikgu Azzim berdiri di pintu belakang kelasnya.

'' Owh cikgu, ada apa yang boleh saya bantu tak? '' - Soal Scha.

Azzim tersenyum sambil berjalan dan duduk dikerusi Syah iaitu berhadapan dengan Scha.

'' Azaischa? Boleh saya tanya something? ''

Scha sudah tahu Cikgu Azzim akan menanyakan hal semalam padanya.

Scha mengangguk.

'' Semalam..Kenapa?..Em saya tak faham situasi semalam..Sorry la tanya ''

Scha mengangkat mukanya dan memandang kearah Cikgu Azzim yang berada dihadapannya.

'' Saya harap cikgu tak bagi tau siapa siapa pasal ni '' - Ujar Scha.

Pandangan Azzim tepat kearah mata Scha.

'' Tak, cuba awak bagitau apa hubungan awak dengan Mirul '' - Azzim memujuk Scha.

'' Scha! Kitorang beli roti untuk kau. '' - Jerit Irah dari luar.

Mereka tidak menyadari kehadiran Cikgu Azzim didalam kelas tersebut.

'' Eh cikgu ada? Sorry cikgu saya tak perasan '' - Irah

Azzim hanya memberikan senyuman dan bangun dari duduknya untuk keluar kelas.

Scha merenung melihat ke arah buku sejarahnya.

'' Weyy, ada apa? Kenapa Cikgu Azzim datang? Korang ada apa apa eh '' - Usik Fitt.

'' Ish, apo kau ni. Dia datang cari budak tapi budak kelas sebelah. '' - Jelas Scha.

Mereka hanya mengiyakan kata kata Scha.

Scha tidak tahu bagaimana cara untuk memberitahu Cikgu Azzim tentang hubungannya dengan Mirul. Dia bimbang cikgu Azzim akan menyebarkan tentang hubungan Scha dan Mirul kepada semua orang malah dia juga takut dimarahi oleh Mirul.

[C] Cikgu, Boleh Jadi Bodyguard Saya? Where stories live. Discover now