3] Cikgu, Boleh Jadi Bodyguard Saya? 🦋

8.4K 329 4
                                    

Scha, Aya, Fitt dan Irah berjalan tanpa mengendahkan panggilan dari Syah. Selepas selesai semua majlis perhimpunan, bermulalah sesi mencari nama dan kelas masing masing. Hanya pelajar tingkatan 1 hingga 4 sahaja perlu mencari kelas yang diduduki. Tingkatan 5 akan masuk ke kelas untuk menyusun meja dan membersihkan kelas sambil menunggu guru kelas datang.

Apabila selesai perlantikan Ketua, Penolong Ketua dan ahli kecerian, keselamatan dan kebersihan. Tiba masa untuk menyusun kedudukan kelas. Scha yang sudah biasa dilantik sebagai penolong ketua kelas diberikan peluang untuk memberikan idea kedudukan murid didalam kelas 5TY itu. Scha meletakkan 6 meja ditengah, 6 meja dikiri dan kanan manakala 4 meja lagi disusun secara lurus dibelakang. Dengan 14 pelajar perempuan dan 8 orang pelajar, setiap kumpulan akan diletakkan 2 orang pelajar lelaki.

Scha, Aya, Fitt dan Irah sudah pastinya menduduki 6 meja ditengah. Fitt dan Irah menduduki meja hadapan dikiri dan kanan. Aya Dan Scha menduduki meja kiri iaitu bersebelahan Irah. Manakala 2 pelajar lelaki akan menduduki 2 meja dikanan iaitu bersebelahan dengan Fitt Dan berhadapan dengan Aya dan Scha.

'' Yeay! dapat duduk kat tepi Scha. '' - Aya

'' Yelah, aku juga yang kena duduk tepi mamat dua orang ni. '' - Omel Fitt sambil menjeling

Bermula dari tahun lepas, Syah dan juga Hafiq akan berada dimeja kumpulan Scha. Mereka yang suka berbual dan tidur waktu pembelajaran telah dialihkan kedudukan iaitu dari meja belakang ke meja hadapan supaya lebih mudah dipantau. Kumpulan Scha selalunya menjadi mangsa kerana kumpulan itu selalu mendapat gred yang agak cemerlang.

'' Ish, ni mesti duduk depan Syah lagi. Dahla banyak songeh! Cikguuuuu nak tukar kedudukan. Penatnya nak layan jantan ni Hmm! '' - Scha bermonolog dalam hati.

Selang beberapa minit, guru kelas 5TY telah masuk ke kelasnya.

'' Cikgu Roz!! ''

Satu kelas 5TY bagaikan berumur 5 tahun selepas melihat Cikgu Roz yang berjalan kemeja guru. Cikgu Roz dengan penampilan yang menarik, sifat yang agak sporting dan memahami pelajar 5TY itu amat disayangi dan digemari pelajarnya.

'' Cikgu Roz guru kelas kitorang ke? '' - soal salah seorang pelajar

'' Yela, nak dapat kelas awak ni bukan main susah lagi tau! Semua cikgu nak kan kelas korang ni. Nasib baik saya hebat hihihi '' - Jawab Cikgu Roz dengan gembira.

Nur Rozzian atau dikenali Cikgu Roz mengajar matapelajaran sejarah. Cikgu Roz berumur 26 tahun dan merupakan guru paling muda. Beliau telah menjadi guru disekolah itu bermula dari tahun lepas. Sikapnya yang agak kebudakan lebih gemar menganggap pelajarnya sebagai rakan. Dia selalu mendengar luahan pelajar 5TY dan memberi pendapat.

[C] Cikgu, Boleh Jadi Bodyguard Saya? Where stories live. Discover now