23] Cikgu, Boleh Jadi Bodyguard Saya? 🦋

6K 260 5
                                    

Kebelakangan ini, kelibat Haikal sudah tidak kelihatan. Adakah Haikal sudah berpindah kesekolah lain? Nampaknya hidup Scha akan lebih tenang. Setiap hari Scha selalu teringatkan ugutan Haikal tentang video mereka berdua. Scha bimbang suatu hari suaminya dan semua orang akan tahu hal tersebut.

Scha berjalan dihadapan kelas Haikal, memerhati satu persatu pelajar kelas itu. Tempat duduk Haikal kosong.

'' Riel, kau tau tak Haikal kelas sebelah pergi mana? '' - Soal scha kepada rakan sekelasnya Zariel.

'' Haikal? Owh Fazil Haikal eh? Dia kan pindah ko tak tahu? ''

'' Takde la budak Top 3 sekolah kita kan? '' - Airin

Scha yang mendengar jawapan dari Zariel berasa lega. Akhirnya Haikal telah pergi dari hidupnya dan tak akan mengganggu Scha lagi.

'' Scha! Syah! Asal tak tanda kedatangan? PKHEM dah membebel dah. '' - Soal Raff

Scha dan Syah yang mendengar bebelan dari kawannya terus bangun dan menuju ke bilik HEM.

Selepas selesai menanda kedatangan, Scha yang mengikut Syah dari belakang tergelincir ditangga dan terjatuh diatas badan Syah.

'' Aduh sakitnyaaaa apa kau ni scha jalan tengok mana '' - Marah Syah.

'' Sorry weh, aku terpijak kain '' - Ujar Scha sambil menggosok lengan.

Tiba tiba sahaja Mirul juga berada disitu. Melihat Scha yang jatuh dibadan Syah, Cikgu Mirul terus memegang lengan Scha dan menarik dengan kasar.

'' Apa awak buat ni? '' - Tegas Mirul.

'' Apa? ''

Mirul menjeling tajam kearah Syah.

'' Cikgu nak semua tahu ke? ''

Mirul yang sedang marah terus berjalan kebilik guru dan mengabaikan Scha.

'' Kenapa cikgu Mirul tuh. Emosi semacam je '' - soal Scha

'' Tah '' - Scha berjalan ke kelas.

*****

Pada waktu balik;

Scha berjalan menuju ke bas sekolah Pakcik Husin. Sudah agak lama Scha tidak menaiki bas tersebut.

'' Pakcik, saya tak turun kat rumah tau. Saya turun dekat Taman Jaya ''

Pakcik Husin hanya mengangguk.

Scha berjalan masuk ke rumahnya, seperti selalu Scha akan kebelakang rumahnya untuk memberi kucingnya makan.

'' Tam tau tak dia marah kita harini! Eiii sakit hati betullll '' - bebel Scha sambil menggosok kucingnya.

Selepas memberi makanan, dia terus naik kebilik untuk mandi dan rehat.

Belum sempat scha menanggalkan tudung sekolahnya,

'' Tingg '' notifikasi telefonnya segera berbunyi.

[Fazil Haikal]

[ Hai sayang, sorang je ke?]

Scha yang membaca WhatsApp dari Haikal terkejut dan terbangun dari duduk.

'' Macam mana dia tahu yang aku duduk sorang sorang. '' - Monolog Scha

'' Pammm '' bunyi seperti barang jatuh dari bawah. Scha membuka sedikit pintu biliknya untuk memastikan apa yang berlaku.

Terus pintu biliknya ditolak kuat hingga kepalanya terkena tombol pintu.

Dipintu biliknya kini berdiri seorang lelaki yang memakai Hoodie hitam.

Haikal.

Scha kelu tidak boleh mengatakan sesuatu.

'' Mesti sayang tertanya tanya, macam mana saya masuk kan? ''

Haikal senyum melihat Scha yang cemas.

'' Tula lain kali pintu belakang jangan kunci ''

Scha terlupa untuk mengunci pintu belakang selepas memberi makan kucingnya.

[C] Cikgu, Boleh Jadi Bodyguard Saya? Where stories live. Discover now