9] Cikgu, Boleh Jadi Bodyguard Saya? 🦋

6.5K 280 8
                                    

Pada pukul 3.00 petang itu semua pelajar 5TY berkumpul didewan tertutup untuk kelas tambahan sejarah. Mereka tidak sabar untuk menunggu guru baharu yang diberi tahu Scha. Scha masuk ke dalam dewan sambil di iringi oleh guru baharu tersebut.

'' Ha korang ni lah Cikgu baharu sejarah kita tau. '' - Scha

'' Cikgu kenalkan diri tak sabar dh ni '' - pelajar 5TY

Scha memandang guru tersebut dan berjalan ke tempat duduk.

'' Hai semua. Saya Muhammad Amirul Nizam akan menggantikan Cikgu Rozzian. Panggil Cikgu Mirul jer. '' - Jelas Cikgu Mirul

Cikgu Mirul? Seorang yang tinggi lampai. Berkaca mata, mempunyai lesung pipit dikanan.

Pelajar 5TY meminta Cikgu Mirul untuk memberitahu status dan umur. Dengan malu malu Cikgu Mirul memberitahu pelajarnya bahawa dia berumur 24 tahun dan belum berkahwin.

'' Wah! Mudanya cikgu! '' - Pelajar 5TY

Cikgu Mirul menggaru kepalanya sambil senyum.
Sekolah itu merupakan sekolah kedua Cikgu Mirul mengajar. Sebelum ini beliau telah mengajar disekolah lain sebagai Cikgu praktikal.

'' Mesti ramai minat Cikgu Mirul masa mengajar kat sekolah lama kan? '' - Soal Irah

'' Hahaha. Mungkin ada yang minat tapi saya taknak. Dosa nanti. '' - Jawab Cikgu Mirul.

Pelajar 5TY tertanya tanya. Kenapa Cikgu Mirul membalas soalan Irah macam tu?

'' Sebab sekolah pertama saya adalah sekolah lelaki. '' - Jawab Cikgu Mirul sambil ketawa

Semua tergelak mendengar jawapan dari Cikgu baru itu. Sebelum ini, dia telah mengajar disebuah sekolah lelaki. Namun, Selepas 8 bulan mengajar disekolah tersebut, Cikgu Mirul dipindahkan disekolah ini.

'' Okey! jom kita belajar '' - Jelas Cikgu Mirul

Semua pelajar perempuan memandang Cikgu Mirul dan fokus. Cikgu Mirul yang agak handsome itu bakal digilai ramai pelajar perempuan. Namun pelajar lelaki hanya melihat gelagat pelajar perempuan dan mencemburui ketampanan Cikgu Mirul.

'' Aku lagi handsome kan? '' - Soal Raff kepada Zariel sambil memegang cermin.

Raff seorang yang agak tampan itu dikalahkan oleh Cikgu Mirul. Raff yang juga dikenali ramai tidak akan berpisah dengan cermin dan sikat rambutnya. Jika rambutnya diusik atau disentuh sudah pastinya Raff bertukar menjadi Hulk.

[C] Cikgu, Boleh Jadi Bodyguard Saya? Where stories live. Discover now