38] Cikgu, Boleh Jadi Bodyguard Saya? 🦋

5.9K 261 3
                                    

Seminggu Scha berada dirumah ibu, Dan hari persekolahan Scha bermula.

Mirul terus kerumah Ibu untuk mengambil Scha.

'' Bye ibu! Loveyou! nanti Asu balik lagi '' - Jerit Scha dari dalam kereta.

'' Happy nampak? Asyik senyum je. Happy sebab saya datang eh? ''

Scha membetulkan posisinya sambil menjeling kearah Mirul.

'' Pe..ra..san.. '' - Scha.

Mirul ketawa kecil.

'' Oke puteri, awak nak pergi mana '' - Ujar Mirul.

'' Balik ler ''

'' Ai Ai kapten ''

Mirul menaikkan volume radio.

'' Eh cikgu! pedih telinga saya tau ''

'' tengok muka saya sat '' - Mirul.

Scha menatap wajah Mirul hingga berkerut kening.

'' Apa? '' - Scha.

'' Haa dekat muka saya ni, ada saya kesah telinga awak pedih ke tak? Hahaha ''

Scha menjeling tajam kearah Mirul yang ketawa.

'' Eii nasib je dia ni suami. ''

******

Scha kesekolah seperti biasa. Aya Fitt dan Irah tidak lekang senyuman.

'' Korang kenapa, senyum manjang '' - Scha

'' Hihihi, takde lah saja teringatkan Cikgu Mirul. Korang kat sekolah macam orang asing rupanya...''

Belum sempat Fitt menghabiskan ayat, Irah menutup mulut Fitt.

'' Bongok la ko ni, orang dengar nanti '' - Bisik Irah sambil menolak Fitt ke tempat duduk.

'' Syah..Oke ke? Senyap Je '' - Aya.

Syah mengangguk.

'' Aku oke '' - Syah melemparkan senyuman.

Cikgu Roz berjalan masuk ke kelas. Scha mengeluarkan buku sejarah dari beg terjumpa kertas A4 yang dilipat enam.

'' Tahniah dah kawin ''

Scha mengangkat kepalanya dan melihat Syah. Syah membelek buku sambil tersenyum kepada Scha.

'' Thankyou '' - Ucap Scha perlahan.

Pada waktu rehat, Scha menghampiri Syah yang sedang berbual dengan Hafiq.

'' Sini jap '' - Bisik Scha.

Syah berjalan mengekori Scha masuk ke kelas.

'' Sorry tau aku tak terima..''

'' Nak merepek la tuh. Aku tak pernah suka kau eh! Aku tak suka pun kat kau la. '' - Syah mencelah sambil mengheret tudung Scha.

'' Ihhh tengok ni, tak betul tudung aku..Habis selama ni kau asyik ikut je aku...'' - Bebel Scha sambil membetulkan tudungnya.

Syah duduk dikerusi sambil memandang Scha.

'' Perasan betul..Aku ikut kau sebab makcik yang suruh aku jaga kau..Anddddd satu lagi yerrr aku ikut kau sebab Aya ada '' - Jawab Syah nada perlahan.

Scha tersenyum.

'' Seriously? Aku Ingatkan kau suka aku. Kalau dah itu jawapannya. Alhamdulillah hehehe ''

Lega rasanya mendengar jawapan Syah. Selama ni, Scha menganggap bahawa Syah menyukai dia.

'' Tapi, boleh tak tolong aku...Hmmmm Aya... '' - Ujar Syah sambil membuat muka acah comel.

'' Hmm, boleh je tapi kau kena janji dengan aku rahsia yang aku dah hm hm kau simpan leklok '' - Jawab Scha.

Syah mengangguk setuju. Hafiq berjalan masuk ke kelas dan duduk berhampiran Syah.

'' Couple ehh. Date dalam kelas. Nak report kat Cikgu disiplin '' - Hafiq

Scha menjulurkan lidahnya kepada Hafiq sambil berjalan keluar dari kelas.

'' Banyak lah kau punya couple. Meh siniii '' - Balas Syah sambil mengheret telinga Hafiq ketempat duduk mereka.

[C] Cikgu, Boleh Jadi Bodyguard Saya? Where stories live. Discover now