Mirul masuk ke wad untuk melawat Scha.
'' Assalamualaikum, sayang..'' - Nada perlahan.
Scha membuka mata dan memandang Mirul. Wajah pucatnya ditatap Mirul dengan seribu kesalan.
'' Maafkan saya sebab tak selalu ada dengan awak ''
Suara Mirul menahan sebak.
Scha bangun dari baring terus memeluk Mirul.
'' Cikgu, saya takut ''
Mirul terdiam, tiba tiba sahaja Scha memeluknya dalam sedar. Selalunya hanya ketika Scha bermimpi.
'' Saya takut cikgu.. ''
Mirul mengusap lembut kepala Scha.
'' Diorang dah takde. Jangan risau. '' - Pujuk Mirul perlahan.
Scha memeluk erat tubuh Mirul. Tangisannya didengari, jantungnya berdebar hingga terasa didada Mirul.
'' Cikgu masih nak saya? Saya dah.. ''
'' No..Jangan cakap macam tu. Diorang tak buat apa apa pun '' - Mirul mencelah.
Dia sudah faham keadaan Scha. Emosi masih belum stabil walau fizikalnya begitu.
Mirul perlahan lahan mencium dahi isterinya. Air mata Scha yang mengalir disapu perlahan.
'' Dah, jangan nangis. Saya ada untuk awak ''
'' Saya yang salah, saya tak ikut pesanan cikgu. Saya selalu lawan cakap cikgu ''
Mirul membaringkan Scha dikatil. Senyuman manis seperti selalu dilemparkan.
'' Assalamualaikum ''
Dari luar, Ibu dan Mama Ana memberi Salam.
'' Waalaikumsalam, ibu.. ''
Ibu memeluk Scha. Rasa risau dan bimbang mula hilang dalam pelukan anak bongsunya.
Senyuman terukir dibibir Mama Ana.
'' Semingguni bagi Scha duduk dengan ibu je lah. Boleh Ijam? Ibu pun dah lama xborak borak dengan Scha ''
Mirul membenarkan Scha pulang kerumah ibunya. Apabila bermula hari Scha persekolahan Scha, Mirul akan mengambil Scha.
*************
'' guys, aku cadang nak pergi rumah Scha la. Siapa lagi nak pergi? '' - Jerit Fitt.
Beberapa orang pelajar 5TY mengangkat tangan mereka tanda bersetuju untuk mengikut cadangan Fitt. Ada yang tidak dapat ke rumah Scha atas urusan mereka.
Selepas balik sekolah, mereka ke rumah Scha.
'' Assalamualaikum Scha..Oo Scha ''
'' Macam takda orang ja wey. '' - Lia
Tidak lama kemudian, Minicoopers kuning hitam tiba dirumah Scha.
'' Eh Cikgu Mirul pun ada? '' - Aya.
Mirul tersenyum dan membuka pintu keretanya.
Scha keluar dari kereta.
'' Scha? Macam mana boleh..''
'' Ish bongok la kau ni, mana tahu Cikgu Mirul tolong je '' - Lia
Syah terdiam melihat mereka. Mirul membuka pagar rumah dan membawa Scha masuk. Scha mempelawa mereka untuk masuk ke dalam rumah.
Beberapa minit kemudian, ibu dan angah pula tiba dirumah.
'' Eh ada semua? Datang nak lawat Scha ke? Masuk masuk nanti makcik buat air '' - Ibu.
Mereka masuk kerumah Scha dan duduk diruang tamu. Mereka berbual bual dengan Scha.
'' Cemana? Sihat dah? Aku tak sangka do cikgu Azzim macam tu '' - Luqman.
'' Haah kan. Tak layak pun jadi cikgu. Scha.. Sorry aku tak sangka benda ni jadi. Kalau aku tak mintak tolong kau malam tu mesti tak jadi kan? '' - Lia.
Scha tersenyum.
'' Ish korang ni, takdir kan? Benda dah lepas. Aku tak marah sesiapa pun la '' - Balas Scha lembut.
Setelah 30 minit mereka berbual bual. Seorang demi seorang meminta diri untuk pulang terlebih dahulu.
Tinggallah Aya Fitt Irah dan Syah yang masih berada dirumah Scha.
YOU ARE READING
[C] Cikgu, Boleh Jadi Bodyguard Saya?
RandomScha terpaksa berkahwin dengan pilihan Ibu, perkahwinan mereka di atas dasar perjanjian dua orang sahabat. Scha diberi pilihan antara menyambung pembelajarannya diluar negara dan berkahwin atau tidak boleh belajar di mana mana University. Siapakah l...