" HMM sesuai ke aku pakai macam ni"omel Yoonji. Dia hanya mengenakan sweater putih dan jeans hitam.
"Boleh la bukan aku nak gi jalan jalan pun"Yoonji menuju ke superbikenya lalu memandu ke rumah Yoongi.
"ADA orang nak datang ke hyung"soal si maknae, Jeon Jungkook. Yoongi menggangguk.
"Sape hyung. Namja ke yeoja. Kalau yeoja cantik tak yeoja tu"soal kedua muda, Kim Taehyung.
"Yeoja"jawab Jimin yang dari dapur.
"Patut la rumah ni bersih je. Ada yeoja nak datang kalau tak. Fuh serupa rumah tebiar"ujar Jungkook selamba.
Si tertua yang sedang masak memutarkan matanya tanda menyampah. Namjoon pula sedang menolong kawannya, Jung Hoseok.
"Rumah ni macam rumah tebiar sebab kau arnab busuk. Lepas makan jajan bukannya nak buang dalam tong sampah dibiarkan atas meja. Dasar arnab busuk"bebel yang paling tua, Kim Seokjin.
Jungkook hanya sengih. Selepas beberapa minit, terdengar lonceng rumah berbunyi. Yoongi pergi ke pintu untuk melihat siapa diluar.
Didepan pagar terlihat Yoonji sedang menyandar di superbikenya. Yoongi membuka pagar lalu menyuruh Yoonji meletakkan superbikenya di garaj yang terdapat tujuh superbike.
Yoonji agak kagum dengan superbike yang berada di garaj itu. Ketujuh superbike itu tak silap dia harganya hampir mencecah satu juta.
"Hyung mana yeoja tu"Yoonji memandang kearah Taehyung. Terkejut Taehyung apabila mengetahui yeoja yang datang kerumahnya adalah classmatenya.
Dia terus berlari kebiliknya. Habis reputasi dia sebagai hot student kalau Yoonji perasan dia pakai baju iron men.
Yoonji pelik apabila Taehyung berlari masuk kerumah semula. Dia berjalan masuk ke banglo tiga tingkat itu.
"Annyeong, awak ni Yoonji kan partner Yoongi untuk quiz sabtu ni"Yoonji angguk apabila disoal Jin.
"Duduk la dulu. Oppa nak ambik air kejap"Yoonji duduk di sofa yang diduduki Jungkook.
"Annyeong noona. noona kenal kookie tak"Jimin menjeling menyampah. Jungkook kalau jumpa perempuan yang dia anggap cantik memang perangai manja dia datang.
"Tak"Mati senyuman Jungkook apabila Yoonji mengatakan bahawa dia tidak mengenali Jungkook.
Jimin ketawa kuat apabila Yoonji berkata begitu.
"Noona tak kenal Kookie? Noona! Kookie budak hot kat sekolah tau. Macam mana noona tak kenal"ujar Jungkook sedikit marah. Dia hot student kot. Walaupun baru di gred 2, dia sudah diminati ramai yeoja disekolah mereka.
"Sebab noona tak ambik kesah pun sape hot student kat sekolah"Jimin mengangguk mendengar jawapan Yoonji. Patut la dia tengok Yoonji macam tak malu atau gedik apabila datang kerumah mereka.
Kerana mereka bertujuh merupakan hot student di sekolah termasuk Jin. Jin merupakan bekas pelajar sekolah mereka.
"Hosoek tolong panggil Yoongi. Kata Yoonji dah sampai"Hosoek yang sedang membuat kerja rumah hanya patuh arahan Jin. Sape je berani nak bantah arahan Jin. Alamatnya tidur luar la kecuali Yoongi. Dia memang tak pernah dengar arahan Jin.
"Jemput minum Yoonji"Yoonji mengambil air yang dibuat oleh Jin lalu meminum air itu.
"Yoonji kelas mana"soal Jin.
"3-A"Jin menganguk. Tak sangka Yoonji ni pandai rupanya. Jin lihat Yoonji seperti Yoongi.
"Kau nak bincang pasal tajuk apa budak"Yoonji memandang Yoongi yang baru turun dari tangga.
"Pasal tajuk ni"Yoongi duduk disebelah Yoonji. Sewaktu mereka bincang tentang topik yang akan mereka hafal. Penghuni rumah yang lain melihat mereka. Namjoon dan Hoseok yang tidak mengetahui apa - apa hanya mengikut sahaja.
"Korang takde kerja ke pandang kitorang dari tadi"ujar Yoongi tanpa melihat sahabatnya.
"Ada! Namjoon kau tak habis lagi ajar aku"jawab Hosoek lalu menarik tangan Namjoon.
"Aku nak gi beli barang kejap, sape nak ikut"soal Jin. Jimin, Taehyung dan Jungkook mengangkat tangan serentak. Mereka berempat pun pergi ke bilik untuk bersiap.
Sekarang hanya tinggal mereka berdua sahaja. Masing - masing tekun menghafal rumus untuk quiz sabtu ni.
Tepat pukul 2 Yoonji meminta diri untuk pulang kerumah. Yoongi hanya melihat permegian Yoonji. Dia mengemas meja tamu itu lalu masuk ke biliknya.
YOONGI berjalan ke kelasnya tanpa mempedulikan jeritan bingit yeoja disekelilingnya.
"Korang ada dengar tak pasal budak kelas 3-A"Yoongi memasang telinganya.
"Budak yeoja yang rambut pendek tu ke"yeoja yang bername tag Kang Haeri mengangguk.
"Ada orang cakap dia pergi rumah Bts. Omo tak malunya dia"
Yoongi menghentak mejanya lalu berjalan keluar dari kelasnya. Haeri tersentak lalu memandang Yoongi.
"ANNYEONG Yoonji"Taehyung menyapa Yoonji. Tanpa segan silu Taehyung duduk disebalah Yoonji. Yeoja yang lain berasa cemburu kerana Taehyung duduk disebelah Yoonji.
"Yoonji nanti awak jumpa Yoongi hyung ke"Yoonji hanya angguk. Taehyung langsung tak terasa dengan Yoonji. Sebab Taehyung anggap Yoonji tu Yoongi. Sebab perangai diorang sebijik.
"Kalau saya nak join boleh"Yoonji menoleh ke arah Taehyung.
"Tak tau. Tanya Yoongi sunbae. Saya tak boleh buat keputusan sebab Yoongi sunbae kata jangan sesuka hati bagi orang teman dia tak suka. Mungkin sebab dia takut tak fokus"
"Kalau saya takpe sebab sayakan housemate dia. Oh ya! Rehat nanti kita rehat sama - sama"Taehyung mengajak Yoonji untuk makan bersama mereka berenam. Dia selalu nampak Yoonji makan sorang - sorang jadi dia agak kesian.
"Takpe la nanti orang cakap apa pula" Yoonji berjalan keluar dari kelas. Taehyung memandang Yoonji.
"Sejibik macam Yoongi hyung"Taehyung pergi ke kawannya.