Hoseok berjalan ke bilik Namjoon. Buka sahaja pintu, kelihatan Namjoon sedang baring sambil membaca buku. Hoseok melangkah masuk lalu duduk di penjuru katil Namjoon.
"Joon apa maksud kau" Namjoon menoleh ke belakang. Baru dia perasan Hoseok berada di belakangnya. Dia bangun dari baring dan duduk berhadapan Hoseok sambil membuka airpodenya.
"Kau cakap dengan aku ke"soal Namjoon dengan muka polosnya.
Hoseok yang bengang terus memukul Namjoon dengan bantal."Tak la! Aku cakap dengan dinding. Kau sorang je kat sinikan so aku cakap ngan kau la bega!" marah Hoseok. Soalan kalau boleh kbat lagi.
"Sorry la. Tadi aku dengar lagu mana dengar sangat" Nak saja Hoseok maki Namjoon. Tapi apa yang Namjoon cakap ada betulnya. Mana dengar sangat kalau pakai airpode. Dia pun tak fikir pasal tu.
"Aku nak tanya kau apa maksud kau yang dongsaeng Yoongi hyung tu sebenarnya hilang bukan kau cakap dongsaeng Yoongi hyung dah takde ke" pening Namjoon apabila Hoseok bercakap laju.
"Wo! Wo! Chill aku akan terangkan kau ni cakap ke rap laju semacam" Hoseok faceplam.
"Cepat la bagi tau aku. Lantak aku rap ke nyanyi ke nari ke sekarang aku nak tau apa maksud kau pasal tadi"
"Sebenarnya aku terdengar perbualan eomma dengan appa Yoongi hyung. Diorang cakap dongsaeng Yoongi hyung bukannya meninggal tapi hilang. Jadi diorang tak nak Yoongi hyung susahkan diri sendiri untuk cari dongsaeng dia. Diorang decide untuk bagi tau Yoongi hyung yang dongsaeng dia dah takde.
Lepas beberapa bulan, baru eomma Yoongi hyung bagi tau hyung pasal perkara sebenar. Time tu aku nak ajak Yoongi hyung keluar. So aku terdengar sekal lagi. Itu la kisahnya"
Hoseok terangguk angguk mendengar penjelasan Namjoon. Tapi kenapa dia rasa Yoonji sememangnya ada kaitan dengan kes dongsaeng Yoongi.
"Kau tak rasa ke Yoonji tu dongsaeng Yoongi hyung. Sebab muka dengan perangai diorang sama. Macam adik beradik tapi yang membezakan mereka hanya nama keluarga. Lepastu aku ada perasan muka Yoonji sejibik macam dongsaeng Yoongi hyung nama pun sama. Min Yoonji dengan Park Yoonji"
Namjoon berdiri dan berjalan ke meja belajarnya untuk mengambil sesuatu manakala Hoseok tercengang. Panjang lebar dia bagi pendapat last last Namjoon boleh bla macam tu.
Namjoon melempar sebuah sampul surat. Lalu dia duduk didepan Hoseok. Dia membuka sampul itu lalu menyusunnya mengikut tarikh.
Hoseok yang masih bingung bertanya kepada Namjoon " Kau buat apa" Namjoon mengangkat muka lalu menyuruh Hoseok membaca ke semua kepingan kertas tu.
Mata Hoseok membulat besar baru dia faham apa yang Namjoon buat. Kesemua kepingan kertas itu merupakan potongan surat khabar yang mengandungi maklumat pasal dongsaeng Yoongi.
"Mana kau dapat Joon" Hoseok memandang Namjoon dengan muka terkejut.
"Lepas aku tau pasal dongsaeng Yoongi hyung hilang, aku kumpul semua surat khabar yang ada tajuk pasal dongsaeng Yoongi hyung. Lepas aku siasat semua pasal maklumat dalam tu baru aku faham.
Memang betul dongsaeng Yoongi hyung kemalangan cuma lepas dongsaeng Yoongi hyung sedar. Nurse kata ada orang dah ambik dongsaeng dan nurse kata dongsaeng Yoongi hyung hilang ingatan.
Jadi kemungkinan besar dongsaeng Yoongi hyung tak tau pasal family Yoongi hyung dan menganggap bahawa orang yang ambik dia adalah family dia" ujar Namjoon panjang lebar.
"Wei Joon betul orang kata IQ kau tinggi. Benda ni kalau aku buat memang tak paham. Apa tah lagi baca sepatah haram aku tak tau"
Sambil mereka bincangkan pasal dongsaeng Yoongi, ada seseorang mengambil sampul itu. Hoseok yang ingin memarah orang itu terdiam apabila Yoongi yang ambil.
"Yoongi hyung" ujar Hoseok perlahan.
"Aku fikir Jimin je tak faham bahasa korang pun sama. Aku tau niat korang baik tapi aku boleh cari sendiri dongsaeng aku. Dan aku tak nak tengok korang tergedik gedik cari pasal dongsaeng aku" Yoongi melempar sampul itu ke dinding lalu keluar dari bilik Namjoon.
Namjoon memandang Hoseok. Yoongi sudah beri amaran tapi mereka hanya nak menolong. Hoseok menunduk ke bawah. Dalam diam dia menghela nafas berat.
Taehyung yang mendengar perbualan mereka bertiga hanya diam. Apa yang Jin cakap tu ada betul juga . Yoongi mempunyai ego yang tinggi.
Taehyung masuk ke dalam bilik Jimin untuk memberi Jimin makanan. Dia buka pintu terlihat Jimin sedang melihat telefonnya.
"Jimin, ni ada makanan untuk kau. Jin hyung buatkan dia suruh kau makan takut nanti perut kau masuk angin" Taehyung meletakkan dulang makanan itu di meja tepi katil Jimin.
Taehyung ingin keluar dari situ terhenti apabila Jimin berkata sesuatu. "Kau tak rasa ke Yoonji tu dongsaeng Yoongi hyung" Taehyung menghela nafas. Dia ingat dia saja yang fikir macam tu rupanya Jimin pun memikirkan perkara yang sama.
"Aku tak tau. Dah la Jimin kau tak payah fikir pasal tu lagi. Lambat laun kita tau juga" Taehyung terus keluar dari bilik Jimin dan masuk ke biliknya.