Lepas kejadian tu, hubungan Yoonji dan Puan Park menjadi dingin. Setiap kali Puan Park datang ke rumahnya. Dia hanya biarkan sahaja. Biar la orang nak cakap apa.
Sedang Yoonji mengelamun dia terlanggar bahu seseorang. Bruh cliche gila. Dia pun meminta maaf.
"Mianhae sunbae saya tak sengaja""Sunbae?"suara ni. Dia terus memandang orang yang dia langgar. Rupanya dia terlanggar Yoongi.
"Aku kan abang kau sepatutnya kau panggil aku oppa bukan sunbae pabo" ujar Yoongi lalu berjalan meninggalkan Yoonji hang masih tercengang.
"Oppa? Eii geli aku nak panggil dia oppa. Kira baik aku panggil sunbae" omel Yoonji lalu dia berjalan ke kelasnya.
xxxxxxx
Tamat sahaja waktu persekolahan Yoonji terus balik ke rumahnya kerana Yoongi ingin berjumpa dengannya di rumah bts.
"Hyung. Nape Yoonji nak datang sini"soal Hoseok setelah Yoongi memberitahu mereka bahawa Yoonji akan datang ke rumah mereka.
"Nanti kau tau la" ujar Yoongi. Kedengaran bunyi loceng dari pintu utama rumah bts. Yoongi terus berjalan ke pintu utama lalu membuka pintu utama.
"Annyeong Yoonji" sapa Jimin. Yoonji membalas lalu berjalan ke ruang tamu rumah bts setelah dijemput oleh Hoseok.
Yoongi yang lihat Jungkook tergedik-gedik dengan dongsaengnya terus menyuruh Yoonji duduk disebelahnya.
"Abe Yoongi kita marah la Jungkook. So sweet protect dongsaeng dia" ujar Taehyung. Yoongi menjeling.
"Mulai hari ini Yoonji akan tinggal dengan kita"belum sempat Jin nak sembur air dah ada tersembur iaitu Yoonji.
"Mwo! Asal saya tak tau!"jerit Yoonji mungkin masih terkejut dengan apa yang Yoongi bagi tau.
"Pagi tadi aku baru cakap kat eomma. Lagipun eomma yang suruh kalau ikutkan hati aku memang tak la aku bagi kau tinggal sini. Sebab diorang ni bukan boleh percaya sangat" bts menjenggilkan mata mereka.
"Mulut kau baik sikit. Aku ni baik tau" ujar Jin. Yoongi hanya abaikan.
"Bila Yoonji tinggal sini. Senang kita nak kemas bilik kosong depan bilik Yoongi hyung" soal Namjoon. Yoongi mengetuk kepalanya perlahan seperti sedang berfikir.
"Minggu depan jela. Nanti aku nak settlekan rumah Yoonji lagi. Lepastu pasal orang tua tu lagi" bts mengangguk. Untung la ada abang macam Yoongi. Walaupun nampak macam tak ambik kesah tapi dalam diam dia sangat ambik kesah pasal orang yang dia sayang cuma dia tak tunjuk itula Min Yoongi.
"Sebelum aku lupa mulai hari ni kau panggil aku oppa bukan sunbae tak kira kat mana pun. Faham Min Yoonji" Yoonji hanya angguk.
xxxxxxx
Puan Min tersenyum apabila teringat perbualan dia dengan anak lelakinya. Syukur dia dapat lihat senyuman anak lelakinya semula.
"Eomma Yoongi dah balik" Puan Min menoleh kearah pintu utama rumahnya. Kelihatan Yoongi yang sedang berdiri didepan pintu utama rumah mereka dengan gummy smilenya.
"Masuk la Yoongi" Yoongi masuk kerumahnya lalu memeluk Puan Min.
"Yoongi dah jumpa Yoonji" terkejut Puan Min apabila dengar Yoongi berkata begitu.
"Sape yang ambil Yoonji? Mana Yoonji eomma nak jumpa Yoonji" Yoongi tersenyum.
"Puan Park. Kat rumah dia dan nanti bila ada masa Yoongi bawa eomma jumpa Yoonji"
"Yoongi hyung" Hoseok melambai tangannya didepan muka Yoongi apabila Yoongi dari tadi tersengih.
"Ha apa dia" bagai makan sedar dari lamunan Yoongi bertanya mereka dengan muka terkejut.
"Hyung dengar tak kitorang cakap apa" soal Jungkook. Yoongi tersengih. " Tak. Mian" semua faceplam.
"Kitorang ingat sabtu ni kita semua kemas bilik kosong tu termasuk Yoonji. Kalau Yoonji nak hias bilik tu pun boleh. Minta je Jin hyung dia kaya" ujar Taehyung selamba.
Jin hanya menahan amarah. Kalau marah Taehyung pun bukan ada gunanya.Selepas itu, kami pun borak pasal banyak benda.
xxxxxxx
Tuan Park melihat kearah Puan Park yang dari tadi termenung. Takkan disebabkan Yoonji sudah tidak bercakap dengan Puan Park dia jadi macam tu.
"Saera awak ok? Sejak Yoonji tau perkara sebenar awak terus jadi macam ni" Puan Park memandang tajam ke arah Tuan Park.
"Awak diam la! Ini mesti awak bagi tau tuan muda Yoongi. Saya yang sorok Yoonji kan!"tengking Puan Park. Siapa lagi akan bagi tau Yoongi kalau bukan Tuan Park.
"Kenapa awak tuduh saya pula. Tuan muda Yoongi yang cakap dia siasat. Takkan saya nak hianat isteri saya sendiri" Puan Park menjeling.
Tuan Park menggeleng lalu berjalan masuk ke biliknya. Malas dia nak lahan perangai Puan Park yang menjadi-jadi.
xxxxxxx
Yoongi memandang jam disebelahnya. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Baru sahaja dia nak lelapkan mata semula terhenti apabila Jin menjerit namanya.
"Min Yoongi! Kau bangun sekarang! Dasar adik pemalas! Semalam aku dah cakap bangun pukul 8 kan! Sekarang dah pukul 10! Baik kau bangun sebelum aku sendiri heret kau pergi bilik air!"
Yoongi bangun dengan malasnya. Dia mengambil tuala lalu masuk ke bilik air. Manakala Jungkook masih menutup telinganya. Nasib dia tak pekak dah la dia diri sebelah Jin.
Yoongi turun sahaja terlihat ruang tamu mereka bersepah dengan alat mengemas dan ada satu kotak yang dipenuhi barang hiasan.
"Asal ruang tamu bersepah" soal Yoongi. Jin memukul kepala Yoongi dengan wallpaper.
"Kau lupa ke hari ni kita nak kemas bilik Yoonji. Memandangkan semua ada, jom bawak barang tu kita mula sekarang" mereka membawa barangan mengemas dan kotak yang dipenuhi barang hiasan.
"Kita nak mula dari mana? Cadangan" soal Jin. Hoseok mencadangkan untuk membersihkan kotoran di bilik itu.
Selepas habis membersihkan kotoran di dalam bilik itu. Mereka memilih wallpaper untuk bilik itu.
"Aku rasa pink cantik juga"
"Ape kelas warna pink baik ambik hijau. Tenang hati tengok"
"Hijau tu macam kau duduk dalam hutan baik warna emas. Nampak mewah sikit"
"Buruk la emas. Ambik warna biru. Warna lembut"
"Pink,hijau, emas, biru daripada warna tu baik kita letak warna ungu. I purple you"
"Sape nak purple kau. Baik letak warna merah baru la nampak keberanian"
"Ini bilik korang ke bilik dongsaeng aku" terhenti pergaduhan tadi. Mereka menoleh kearah Yoongi.
"Ini bilik Yoonji. So dia yang pilih nak warna apa. So Yoonji nak warna apa" soal Yoongi lalu menoleh kearah Yoonji.
"Erm. Kalau warna ni boleh"Yoonji wallpaper berwarna hitam dan putih. Jin berdecit.
"Tak cantik" komen Jin. Apa kelas hitam putih.
"Tapi nampak simple"balas Yoonji.
"Ok kita guna ni. Jom mula menghias" ujar Namjoon lalu mengangkat kotak hiasan yang berada diluar bilik itu. Belum sempat dia nak masuk dengan kotak tu. Bahagian bawah kotak itu terbuka dan barang didalamnya jatuh.
"Kim Namjoon!" Namjoon tersengih sambil menggosok belakang kepalanya. Habis la dia Jin dah jerit nama penuh dia.