Jin meletakkan bagasinya kedalam bonet kereta. Nampaknya mereka kena bawak dua kereta memandangkan mereka ada 8 orang.
"Maaf la kalau susahkan Chen hyung kena bawa bagasi kitorang. Terima kasih tau Chen hyung" Pemandu peribadi Jin hanya mengangguk. Lagipun ini memang tanggungjawab dia.
Mereka pun masuk kedalam kereta milik Jin. Jin mengambil tempat pemandu kerana dia sangat tidak percaya pada membernya. Kalau jahanam kereta ni sape nak tanggung.
"Ala hyung bagi la Jungkook duduk sebelah noona! Hyung ni kedekut taik masin betul la!" Yoongi hanya diam. Memang tak la dia nak bagi Jungkook duduk sebelah Yoonji.
Macam dia tak tau Jungkook. Menggedik je kerja dia. Jadi cara yang baik adalah dia duduk diantara Yoonji dan Jungkook.
"Sudah! Jangan bergaduh. Kalau bergaduh sampai esok kita tak sampai. Jungkook kau duduk je situ"
Dengan muka cenberut Jungkook duduk juga disebelah Yoongi. Dia terus menyelimutkan badannya tanda protes.
"Pakai tali pinggang. Kejap lagi kena saman dengan polis baru tau. Gwangju tunggu kami!"jerit Namjoon riang. Dua buah kereta itu bergerak meninggalkan rumah agam itu.
Setelah hampir dua jam perjalanan akhirnya mereka sampai di rumah heolmoni Hoseok. Hoseok mengetuk pintu rumah heolmoni nya.
Beberapa minit kemudian baru pintu itu dibuka oleh seseorang. Hoseok agak terkejut melihat gerangan didepannya.
Jung Dawoon, kakak Hoseok. Ketika Hoseok masuk ke rumah dia langsung tidak memandang Dawoon atau nama yang selalu digunakan mejiwoo.
"Korang masuk la dulu. Noona nak panggil heolmoni kejap" mereka hanya angguk lalu masuk ke dalam rumah.
"Hobie hyung masih gaduh dengan Jiwoo noona ke hyung"soal Jungkook. Jin mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"Nampaknya kita ada misi yang perlu diselesaikan"semua menoleh memandang Namjoon. Misi apa yang dimaksudkan Namjoon.
"Nama misi ni satukan adik-beradik Jung. Amacam sedap tak nama tu" mereka hanya angguk. Namjoon menyuruh mereka mendekatkan jarak supaya senang untuk berbincang.
"Ya tuhan kenapa kamu datang tak bagi tau heolmoni. Boleh heolmoni masakkan sesuatu untuk kamu. Hobie mana"
Mereka hanya senyum. Heolmoni Jung mengambil tempat di sofa single. Manakala Mejiwoo duduk di sebelah heolmoni Jung.Berkerut dahi heolmoni Jung apabila melihat wajah Yoonji.Beberapa minit kemudian Hoseok keluar dari biliknya lalu duduk di sebelah Jimin.
"Kamu ni yeojachingu Hobie ke"tersembur air dari tujuh jejaka itu. Terkejut dengan soalan mengejut heolmoni Jung.
"Apa heolmoni ni. Ini dongsaeng Yoongi hyung. Kalau dia yeojachingu Hobie. Dah lama Hobie takde kat sini. Sebab kena belasah dengan Yoongi hyung"
Yoongi menjeling Hoseok. Hoseok hanya tersengih walaupun apa yang dikatakan Hoseok tu betul. Memang dia dah blacklist bts couple dengan dongsaeng dia.
"Oo adik Yoongi. Nama siapa" heolmoni Jung mengambil air yang sudah dihidangkan oleh Mejiwoo. Lalu disisip sedikit.
"Nama saya Yoonji. Saya sebaya Jimin dan Taehyung" Mejiwoo bangun lalu masuk ke dalam biliknya. Dia yakin adiknya tidak selesa dia duduk disitu.
"Hobie kamu masih marahkan noona kamu ke. Sudah la Hobie hampir dua tahun kamu tak bertegur sapa dengan noona kamu tu"
Hosoek hanya diam. Dia memang nak berbaik dengan kakaknya. Tapi disebabkan ego dia masih tidak berbaik dengan kakaknya.
"Kamu fikir-fikir la ye. Lagipun bukan salah noona kamu. Eomma appa kamu bukan lebihkan noona kamu. Cuma kamu tau la eomma kamu teringin nak kamu masuk sekolah elit tu"
Heolmoni Jung bangun dari sofa lalu masuk ke biliknya. Jimin mengusap bahu Hoseok. Cuba menenangkan namja itu.
Hoseok hanya mendiamkan diri. Dia bercelaru terima tawaran ibu bapanya atau tolak. Jika dia terima dia akan berjauhan dengan bts.
Tapi kalau di fikirkan balik dia hanya perlu dapatkan nombor satu dalam gred. Sebab ibu bapanya mahu dia jadi seperti kakaknya.
Tapi dia tidak minat dalam pembelajaran. Dia lebih tertarik dengan menari. Dan dia nak jadi macam J-Hope. Idolnya.
"Kalau kau nak pertolongan kitorang boleh tolong. Kita kan sentiasa bersama. Macam lagu we are bulletproof : eternal.
We are together bulletproof. Namjoon boleh ajar kau dalam pembelajaran. Yoongi boleh ajar kau dalam subjek muzik.
Cuma tiga ketul ni jela tak boleh tolong kau. Sebab diorang belum belajar apa yang kau belajar"
Hoseok tersenyum mendengar kata-kata Jin. Betul juga kata Jin. Lagipun kalau IbuBapa dia tak suka dia. Dia masih ada bangtan. Keluarga kedua dia.
"Tapi satu je aku tak boleh tolong. Aku tak boleh tolong kau couple dengan dongsaeng aku. Bukan boleh percaya kau ni.
Bagi betis nak peha pula. And aku rasa betul apa yang heolmoni kau cakap. Bukan salah noona kau. Noona kau just terlebih pandai dari kau. Itu sahaja"
"Jadi hyung nak cakap aku bodoh la!"
"Eh jibek! Aku cakap pandai sikit bukan aku cakap kau tu bodoh tak macam kakak kau pandai! Lain kali fahamkan ayat tu dulu baru nak marah orang!"
Yoongi mendengus kuat. Aku cakap elok-elok. Dia boleh pula marah aku. Bagi kaki karang.
Hoseok tersengih. Padan muka kah Seok. Marah orang sekali kena panggil jibek. Mejiwoo berjalan ke pintu rumah.
"Noona nak pergi mana. Pakai cantik-cantik ni"tersenyum Mejiwoo mendengar soalan Hoseok.
"Noona nak keluar sekejap hantar barang. Hobie kalau lapar makanan ada kat dapur. Ok la noona pergi dulu. Annyeong"
Hoseok hanya mengangguk. Tersenyum Jin melihat Hoseok. Bagus la kalau Hoseok rendahkan egonya. Bukan macam Yoongi. Ego lagi tinggi dari badan.
"Ohok! Ohok! Ehem. Siapa pula kutuk aku ni" terbatuk Yoongi. Tiba-tiba je dia batuk. Mereka hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Begitu juga Jin.
"Perut siapa yang berbunyi tadi. Aku tau kau lapar tapi kuat gila bunyi perut kau" Jimin mengangkat tangan sambil tersengih malu.
"Jom pergi dapur tadi noona kata makanan kat dapur. Tapi makan tu agak-agak sikit. Jangan semua kau nak bedal"Mereka bangun lalu berjalan ke dapur.
xxxxxxx
"Kenapa kau sanggup buat aku macam ni. Kau sahabat aku tapi kau tikam belakang aku. Aku benci kau!"
Jinyoung membuka matanya. Kenapa dia bermimpi Yoongi memarahinya. Adakah ini akan jadi apabila dia beritahu Yoongi perkara sebenar.
Dia mengusutkan rambutnya kasar. Dia berasa sangat serabut. Dia buntu sama ada ingin menulaskan dendam atau lupakan sahaja dendam itu. Dia menjerit sekuat hati sambil mencengkam rambutnya.
"Jinyoung kamu ok tak tu. Jinyoung buka pintu ni. Dah dua hari kamu terkurung dalam bilik. Buka pintu ni Jinyoung"
Jinyoung menoleh kearah pintu biliknya. Tidak terdetik di dalam hatinya untuk membuka pintu.
"Kau pergi aku benci kau! Pergi! Pergi!"teriak Jinyoung. Terkedu Tuan Park apabila mendengar teriak Jinyoung.
"Ya tuhan. Kau tolong la sembuhkan penyakit anakku. Aku kena cari Tuan Muda Yoongi. Kalau bukan sebab dia anak aku takkan jadi macam ni"