Jungkook membuka mata perlahan. Siapa pula ketuk pintu ni.
"Ya anak juon! Kau bangun sekarang! Dasar pemalas punya arnab! Bangun!"
Dia berjalan kearah pintu. Buka sahaja pintu kelihatan wajah Jin yang sudah merah.
Tanpa amaran Jin memulas telinga Jungkook kuat. Buat malu je kalau heolmoni Jung tau Jungkook bangun lambat.
"Argh! Sakit la hyung! Jangan tarik telinga Jungkook!"Jin melepaskan tangannya. Jungkook menggosok telinganya. Mesti telinga dia macam Namjoon.
"Kau fikir ni rumah kau! Kau pergi mandi sekarang! Lepastu ikut aku pergi kedai" Jungkook mencebik. Macam takde orang lain dalam rumah ni nak ajak.
"Kenapa yak suruh orang lain teman. Orang nak tidur pun susah" Jin menyepak punggung Jungkook lalu menyuruh Jungkook membersihkan diri. Dengan malas dia berjalan ke bilik air.
xxxxxxx
"Mianhae saya tak nampak awak" Jinyoung meminta maaf apabila di terlanggar seseorang. Pelajar itu menoleh kearah Jinyoung.
"Gwenchana. Lagipun kau tak sengaja. Aku Min Yoongi. Kau" Jinyoung menyambut huluran pelajar itu.
"Park Jinyoung" dia agak kekok. Kerana dia tidak pernah mempunyai kawan. Disebabkan dia bukan dari keluarga senang. Rakan sekolahnya tidak suka berkawan dengannya.
"Kau budak baru ke" Jinyoung hanya angguk. Yoongi menjungkit keningnya. Mungkin pelik dengan tingkah laku Jinyoung.Yoongi menanyakan kelas Jinyoung. Rupanya mereka sekelas.
"Mulai hari ni. Aku kawan kau dan kau kawan aku. Lepastu kau tak payah la nak malu sangat. Kau ni namja kena la berani sikit"
Jinyoung tersenyum mendengar perkataan kawan. Sungguh in la apa yang dia nak. Mempunyai kawan dan orang yang selesa dengan dia.
Mereka berdua berjalan ke kelas dan belajar seperti biasa.Setiap memori dia dan Yoongi terlayar di fikirannya seperti pita rakaman yang tersekat-sekat. Kenapa sejak kebelakangan ni dia selalu bermimpi tentang memori mereka.
"Maafkan aku Yoongi. Aku bukan kawan yang terbaik untuk kau. Aku harap kita akan jadi kawan selamanya"
Jinyoung mengambil ubat yang berada di atas meja belajarnya. Dia menelan dua biji ubat kemudian meminum sedikit air.
Akibat kesan ubat itu dia berasa agak pening. Dia berjalan semula ke katilnya. Dia baring di atas katil lalu mengambil sebuah buku.
"Ambik la buku ni. Kalau kau ada masalah kau tulis dalam buku ni. Nanti kau rasa lega sikit. Aku pun ada buku macam ni"
Jinyoung menyambut huluran Yoongi. Buku berwarna hitam putih itu dipandang hairan. Yoongi tersenyum nipis melihat wajah Jinyoung.
"Tak payah nak pelik la. Kira bagus aku bagi buku kalau ikutkan hati aku baik aku beli makanan. Lagi berfaedah"
"Gomawo. Aku hargai apa yang kau bagi. Lagipun kalau kau tak nak bagi pun takpe. Aku tak kisah"
Yoongi berdecit. Bagi dia apa yang dikatakan Jinyoung. Seperti orang jiwang. Tak swag langsung.
Walaupun sudah hampir 4 tahun perkara itu berlalu dia masih ingat. Pertama kali orang bagi dia hadiah. Walaupun hanya sebuah buku.
Dia menyelak halaman buku itu. Sampai sahaja di muka surat belakang ada satu ayat yang dia tak pernah perasan ada.
'It's alright to stop, There's no need to run without even knowing the reason' Dahi dia mula berkerut. Dia langsung tak faham ayat itu. Kerana ianya ditulis dalam bahasa Inggeris.