Bab 14

28 2 0
                                    

Yoonji dan Jungkook terangguk-angguk mendengar cerita daripada Namjoon, Hoseok, Taehyung dan Jimin.

"Patut la pagi tadi Yoongi hyung kejutkan kitorang. Lepastu dia masakkan sarapan untuk kitorang. Lepastu dia kata tak payah kejutkan korang"

Jadi Yoongi yang set jam diorang. Tapi bila? Jimin menyoal Jungkook ada nampak Yoongi masuk bilik mereka.

"Ada. Dalam pukul 1 atau 2 pagi. Sebab waktu tu Jungkook haus nampak la Yoongi hyung. Yoongi hyung kata dia buat macam tu sebab nak balas dendam. Itu la sape suruh kenakan Yoongi hyung"

Yoonji yang tidak faham hanya diam. Mungkin Yoongi pernah buat kat diorang cuma tak teruk daripada ni.

"Aku cadangkan kita kena lebih berhati-hati lepasni"

"Apa kata kita kenakan Yoongi hyung juga"

"Tae, kau memang tempah maut ke. Semalam kau kenakan Yoongi hyung hari ni kau nak kenakan Yoongi hyung lagi"

"Senang kita buat macam tak tau"

"Bruh. Benda korang dapat tau tu pun muka memasing dah macam beruk ada hati nak acah cool" Namjoon, Hoseok, Taehyung dan Jimin memandang tajam kearah Jungkook. Suka hati dia je cakap diorang muka macam beruk.

"Oi! Borak apa nak join jugak"menjerit Namjoon, Hoseok, Taehyung dan Jimin akibat terkejut. Apabila Yoongi yang entah datang dari mana duduk disebelah Jimin.

"Ish! Asal korang jerit ni! Sakit telinga aku!"marah Yoongi. Dia memandang Taehyung yang dari tadi tunjuk dia.

"Kau pahal tunjuk-tunjuk aku"

"Hyung mesti nak kenakan kitorang lagi kan. Sebab tu hyung tiba-tiba tegur kitorang"Yoongi menjeling Taehyung.

"Habis tu kalau aku tak marah. Aku tak boleh duduk join dengan korang. Even aku marah aku bukan macam korang. Sikit-sikit buat mulut itik. Dahla muka macam jalan tar pecah"

"Kalau muka kitorang ni macam jalan tar pecah. Kitorang tak adanya ramai peminat"

"Wei. Korang" mereka menoleh kearah Yoongi.

Yoongi menghulurkan tangan dengan gummy smilenya. "Nak pinjam duit"

Taehyung ingin berkata tidak. Tetapi dia takut Yoongi bebel jadi dia orang pertama yang hulurkan duit. Makin lebar gummy smilenya apabila Taehyung memberi duit lebih daripada dia nak minta.

"Thank you Tae. I love you brother. Bye!"dia terus berlari kearah mesin air. Dia sebenarnya  haus tapi duit dah habis itu yang pinjam kat diorang.

Taehyung mengeluarkan dompetnya dan melihat isi didalamnya. Bagus kosong.

"Korang rehat dah habis. Taknak balik kelas ke? Tak pasal-pasal kena marah seongsaenim. Dah 10 minit kita duduk sini"

Mereka bangun lalu berjalan ke kelas masing-masing. Namjoon masuk ke kelasnya. Dia menepuk dahinya. Dia lupa lepas rehat pelajar gred 4 kena pergi dewan.

Semasa perjalanan ke dewan, dia bertembung dengan Hoseok. Mungkin Hoseok pun terlupa.

Sampai sahaja di dewan mereka terjatuh betul-betul di depan seongsaenim. Semua di dewan tergelak melihat mereka jatuh. Dengan perasan malu mereka berjalan ke barisan belakang.

"Namjoon dan Hoseok sebenarnya Yoongi yang rancang saya tak boleh nak buat apa. Saya minta maaf. Tak dapat tolong awak berdua"mereka hanya angguk mendengar kata-kata Yesung saem.

Namjoon berfikir apa yang keadaan Taehyung dan Jimin. Diorang dah kena ke belum.

Secara tiba-tiba Jimin terbatuk. Siapa pula mengutuk dia. Dia berdehem sebelum masuk ke kelasnya. Baru sahaja nak masuk muka dia terkena pita pelekat pada pintu kelas.

Rakan kelasnya tertawa melihat muka Jimin. Cikgu yang mengajar menahan ketawa. Kesian dia pula tengok tengok Jimin.

Manakala Taehyung yang perasan pita pelekat di pintu kelasnya membuka pita pelekat itu. Dengan muka berlagak dia masuk ke kelasnya. Baru sahaja dia melangkah dia tergelincir kerana ada air di lantai.

Dia meringis kesakitan. Dia pasti ini semua kerja Yoongi. Dia bangun lalu berjalan ke mejanya dan menghentak tangan.

Yoonji yang melihat tingkah laku Taehyung. Dia menggeleng kepalanya perlahan.

xxxxxxx

Habis sahaja sekolah mereka berjalan ke motor masing-masing. Menjerit mereka apabila tayar belakang motor mereka pancit.

"Wargh!!! Sape yang dengki pergi buat macam ni. Kalau tayar pancit nak balik naik apa"rungut Hoseok. Dia duduk diatas motornya.

"Korang Yoongi hyung mesej. Dia kata balik naik bas. Dalam pukul 2 setengah bas baru ada. Masalahnya sekarang baru pukul 1. Lepastu dia kata dia yang buat"

Tergamam mereka. Yoongi betul-betul kenakan diorang. Taehyung yang teringat akan duitnya memberitahu Jimin bahawa dia ingin meminjam duit.

"Yoongi hyung ada tinggalkan duit yang dia pinjam dekat bonet motor" Taehyung terus membuka tempat duduk. Memang ada duit didalamnya. Walaupun Yoongi mengenakan dia tapi Uoongi masih ambik kesah pasal dia dan lain.

"Maksudnya kita kena tunggu sini satu jam setengah. Uhu Yoongi hyung kejam"

Selepas 1 jam menunggu sebuah kereta berhenti didepan mereka. Tingkap bahagian pemandu diturunkan dan kelihatan wajah namja berkulit putih pucat sedang tersenyum kearah mereka tanpa rasa bersalah. Ye dia ialah Min Yoongi.

"Lama tunggu? Well sekali-sekala betul tak" ujar Yoongi selamba. Namjoon menjeling Yoongi. Jimin awal-awal masuk kereta takut kena tinggal.

"Kenapa tak sampai bas sampai baru jemput. Yela hyungkan nak balas dendam. Kalau boleh tak payah jemput pun takpe. Namjoon tak kesah"

Yoongi berdecit. "Tch! Kira baik aku jemput korang. Nak tunggu bas? Pukul 5 baru bas datang. Ikutkan hati memang tak la aku nak jemput korang. Lebih baik aku tidur.

Aku jemput ni pun disebabkan Jin hyung. Kalau dia tau aku tak jemput mampos aku. Dah masuk cepat. Aku malas nak layan drama kau"

Namjoon, Hoseok dan Taehyung masuk ke dalam kereta lalu kereta itupun bergerak meninggalkan sekolah.

Park Yoonji [ Editing ]Where stories live. Discover now