Pelajar perempuan yang berada didepan pagar berbisik antara satu-sama lain. Mungkin pelik apabila Yoonji menaiki motor Yoongi.
Sape je tak pelik sebelum ni takde sorang pun perempuan yang pernah tumpang bts. Apatah lagi Yoongi. Nak cakap pun takut ini lagi la nak tumpang. Memang minta malu la jawabnya.
"Abaikan je diorang. Diorang tak tau pape. Kalau diorang tuduh kau cakap je kat aku. Nanti aku ajar diorang"bisik Taehyung pada Yoonji. Yoonji hanya diam. Takde masa dia nak mengadu kat Taehyung. Dan apa faedah kalau dia dengar kata-kata fans bts.
"Korang tengok apa! Takde kerja diri kat depan pagar macam tunggul?! Pergi beratur kat perhimpunan!"arah Namjoon. Dia sebagai pengawas kena la mainkan peranan.
"Kenapa Yoonji naik motor dengan Yoongi oppa? Yoonji ada hubungan dengan Yoongi oppa ke"soal salah seorang dari sekumpulan pelajar perempuan.
"Oppa bapak kau! Aku bukan abang kau la nak panggil oppa! Dongsaeng aku je boleh panggil!" tengking Yoongi. Sakit telinga dia dengar suara sumbang dari sekumpulan pelajar perempuan itu.
"Yoonji dongsaeng Yoongi sunbae ke? Kalau betul kenapa sunbae tak bagi tau"Yoongi merenung tajam kearah pelajar perempuan yang menanya soalan itu.
"None of your business"ujar Yoongi dingin lalu menarik Yoonji masuk ke kawasan sekolah. Diikuti member bts yang lain.
xxxxxxx
Haeri yang melihat Yoongi memasuki kelas terus berjalan kearah Yoongi. Tak insaf lagi yeoja ni rupanya. Ingatkan lepas kena tolak dah malu nak tegur.
"Yoongi jom makan kat cafe Army lepas habis sekolah. Semalam ada menu baru saya dah cuba mesti awak nak. Jom la. Saya tak pernah keluar dengan awak" Yoongi hanya lalu melepasi Haeri tanpa mendengar apa yang dikatakan Haeri. Haeri menghentak kakinya tanda tidak puas hati. Dia berjalan ke meja Yoongi.
"Awak ni memang takde hati dan perasaan ke?! Saya cakap dengan awak! Awak buat saya macam tunggul! Ke sebab betina tu! Mesti dia hasut awak jangan layan saya! Dongsaeng awak tu memang teruk!"habis sahaja berkata Haeri ditampar oleh Yoongi.
Terkedu semua pelajar didalam kelas. Min Yoongi, pelajar yang dingin, pendiam, dan tidak peduli tentang yeoja pertama kali menaik tangannya ke yeoja.
"Kau sape nak gelar dongsaeng aku betina! Kau tu yang betina bukan Yoonji! Aku tak suruh pun kau cakap dengan aku! Jadi bukan salah aku la layan kau macam tunggul sebab aku memang tak berminat langsung nak cakap dengan perempuan tak faham bahasa macam kau ni! Baik kau bla sekarang! Sebelum muka kau pecah aku kerjakan!"tengking Yoongi.
Haeri terus berlari keluar dari kelas sambil air matanya mengalir deras. Puas hati dia. Harap-harap perempuan tu tak ganggu dia lagi la.
"Hyung lepak bumbung sekolah jom"ajak Taehyung yang kebetulan lalu di depan kelas Yoongi. Dia pun nampak apa yang jadi tapi dia biarkan. Lagipun Yoongi dah tengking yeoja tu. So dia tak perlu bazirkan air liur dia.
Yoongi terus keluar dari kelas setelah di ajak Taehyung. Ahli bts yang lain sudah tunggu di bumbung sekolah. "Yoonji mana"soal Yoongi.
Taehyung hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Sebelum dia keluar kelas lagi Yoonji takde. Mungkin ada hal.
Buka sahaja pintu bumbung sekolah kelihatan Jimin dan Jungkook sedang memakan sna j yang mereka simpan didalam beg. Namjoon dan Hoseok bermain permainan didalam telefon mereka.
"Oi! Makan tak ajak"Jimin dan Jungkook menoleh kearah pintu bumbung sekolah. Taehyung rupanya yang jerit.
"Kau lambat sangat. Kitorang makan la dulu" ujar Jimin selamba. Lalu menyambung aktivitinya semula.
"Betul! Betul! Hyung lambat sangat. Uhuk! Uhuk! Uhuk!" Jungkook menepuk dadanya akibat tercekik. Itula makan sambil bercakap kan dah tercekik.
"Wei! Jungkook nak mati tu. Call ambulans cepat!"arah Namjoon. Belum sempat Hoseok mendail nombor, sebuah bantal melekat dimukanya. Yoongi memberi Jungkook air lalu mengambil bantalnya yang dia baling pada Hoseok.
Jungkook terus menyambut huluraan Yoongi lalu dengan cepat membuka penutup botol. Nasib Yoongi masih waras. Bukan macam Namjoon dengan Hoseok tu. Ada ke cakap dia nak mati. Tak guna punya abang.
Taehyung dengan Jimin pun satu bukan nak bagi dia air. Sambung makan adalah. Kenapa la dia kenal diorang yang perangai minta kaki. Jadi ini la perangai yang dimaksudkan oleh Yoongi selama ni.Iaitu perangai masing-masing macam hanat.
Yoongi berjalan kearah tempat yang redup baik dia tidur. Tenang sikit fikiran. Dia masih bengang dengan Haeri. Kenapa nak libatkan Yoonji yang langsung takde kaitan.
Diaudit lain pula Hoseok menggoncang tangan Namjoon kuat. Malah Namjoon menepisnya kasar. Dia tengah main pubg Hoseok boleh pula goncang tangan dia kalau mati macam mana.
"Oi bangang! Kau tak jumpa Haechul saem ke bodoh! Tadi beria ingatkan aku suruh ingatkan kau pasal Haechul saem. Lepastu kau boleh tepis tangan aku. Dasar member tak kenang budi"dengar saja nama Haechul saem. Namjoon terus bangun lalu mengucap terima kasih kepada Hoseok sebelum lari ke kebawah.
"Nasib kau cakap terima kasih kalau tak aku gelek kau dekat jalan. Jimin, Tae, Jungkook kenyang ke kau makan snack tu. Nak sikit"Jimin menghulurkan snacknya keHoseok. Lalu mereka berempat makan bersama. Yoongi pula sudah lelap.