Seorang wanita berusia 40-an membelek sebuah bingkai gambar. Dia sangat rindu anak perempuannya. Tapi apakan daya polis pun tak tau dimana anaknya.
Anak lelaki dia pula mula menjadi dingin dan pendiam selepas kejadian itu berlaku. Andai kejadian itu tidak terjadi , mungkin sekarang dia dapat tengok anak lelaki dengan anak perempuannya ketawa bermain bersama.
Tuan Min yang melihat isterinya hanya membiarkan isterinya melepaskan rindu pada bingkai gambar itu. Tuan Min menelefon Yoongi namun Yoongi tidak angkat.
"Yoonha sudah la tu. Nanti kita jumpa la Yoonji. Kalau awak sedih macam ni kesian Yoongi" Puan Min hanya diam.
xxxxxxx
Hari ni hari sukan kesemua pelajar wajib melibatkan diri. Jungkook tersenyum girang. Taehyung dan Jimin hanya beriak biasa. Bagi mereka hari sukan bukan la seronok mana. Manakala Hoseok dan Namjoon membawa kotak air.
"Hyung rasa hari sukan tahun ni best tak" soal Jungkook. Jimin mengangkat bahu. Taehyung menepuk bahu Jimin berkali-kali.
"Ish! Sakit la" marah Jimin. Taehyung menunjuk jarinya kearah seorang yeoja yang sedang duduk di tepi padang.
"Nape dengan Yoonji" soal Jimin. Taehyung senyum lalu mengajak Jimin untuk pergi ke Yoonji.
Mereka pergi ke Yoonji diikuti Jungkook manakala Hoseok dan pergi ke khemah rumah sukan masing- masing.
"Annyeong Yoonji" sapa Taehyung. Yoonji mengangkat mukanya memandang Taehyung.
"Annyeong" Jungkook duduk di sebelah Yoonji. Dia memandang muka Yoonji. Timbul rasa hairan difikirannya, kenapa mata Yoonji merah.
"Noona nape mata noona merah? Noona nangis ke" soal Jungkook. Yoonji terkejut dengan soalan Jungkook. Merah sangat ke mata dia.
"Ow tadi ada habuk sebab tu merah" jawab Yoonji walaupun jawapan dia budak lima tahun pun tau dia tipu.
"Kau ada masalah ke Yoonji" Yoonji hanya diam tanpa menjawab soalan Jimin. Manakala Jimin hanya redha apabila di palau.
"Yoonji masuk acara apa" soal Taehyung untuk menghilangkan suasana yang agak kekok tadi.
"Lari" tercengang tiga jejaka itu. Tak sangka Yoonji yang mempunyai badan yang kecil
masuk dalam acara lari."Sama la dengan Jungkook, Jimin hyung dengan Tae hyung. Noona rumah sukan apa" Yoonji menunjuk khemah yang di hiasa warna kuning.
"Di minta kepada semua pelajar berkumpul mengikut rumah sukan dan duduk di khemah rumah sukan masing-masing. Terima kasih"
Yoonji bangun lalu meninggalkan mereka. Jungkook, Jimin dan Taehyung pergi ke khemah masing- masing.
Selepas habis aktiviti yang dijalankan pelajar di benarkan pulang ke rumah. Jimin berasa pelik dengan Taehyung yang seperti mencari seseorang.
"Kau cari sape" Taehyung menoleh ke arah Jimin. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Aku cari Yoonji. Kau nampak dia tak" Jimin mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"Asal kau cari dia" Taehyung senyum lalu menggeleng.
"Korang nampak tak Yoongi hyung" soal Namjoon. Dari tadi dia mencari Yoongi tapi tak jumpa.
"Kau ni Namjoon macam tak tau Yoongi hyung. Dia mana nak datang acara sekolah lagi-lagi hari sukan" ujar Hoseok. Dia sudah faham sangat dengan perangai Yoongi yang malas gila. Mereka pun jalan ke arah tempat letak kenderaan pelajar lalu pulang ke rumah.
xxxxxxx
Yoonji yang baru sampai di rumahnya berasa hairan. Motor sape pula yang ada dekat halaman rumahnya.
Dia buka sahaja pintu rumahnya kelihatan seorang jejaka sedang duduk ruang tamu rumahnya.
"Nugusaeyo" jejaka yang sedang duduk di sofa menoleh ke arah Yoonji. Jejaka itu berjalan ke arah Yoonji tanpa disangka jejaka itu mencekik Yoonji.
"Yoongi sunbae ni kenapa!" tengking Yoonji. Dia menepuk tangan Yoongi berkali-kali.
"Bagi tau aku. Kau kenal tak Min Yoonji" Yoonji menggeleng laju. Dia mana kenal sape Min Yoonji sedangkan budak kelas dia pun dia tak ingat nama.
"Kau jangan tipu aku la! Kau Min Yoonji kan! Bukannya Park Yoonji!" Yoonji membulatkan matanya. Mungkin terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Yoongi.
"Apa yang sunbae mengarut ni! Nama keluarga saya Park bukan Min. Even muka saya sama macam dongsaeng sunbae it's not mean iam your little sister" ujar Yoonji sambil cuba melepaskan cengkaman Yoongi.
"Tuan muda Yoongi!" mereka berdua menoleh ke arah pintu utama rumah Yoonji.
xxxxxxx
Yoongi membaling barang yang berada di atas meja belajarnya. Dia menumbuk meja belajarnya kuat.
Taehyung yang sedang bermain game bersama Jungkook berasa pelik. Hanya dia sahaja ke yang dengar bunyi bising di tingkat 2.
"Jungkook dengar tak bunyi bising" soal Taehyung. Jungkook menoleh ke arah Taehyung.
"Hyung pun dengar ke? Jungkook ingat Jungkook je dengar bunyi tu. Jom tengok" mereka terus bangun dan berjalan ke tingkat atas.
Mereka pergi ke bilik Yoongi kerana bunyi itu dari arah bilik Yoongi. Terkejut mereka melihat keadaan bilik Yoongi. Buku bersepah atas lantai, bantal bertaburan paling buat mereka terkejut Yoongi kelihatan sangat kusut.
"Hyung" belum sempat Taehyung menyentuh bahu Yoongi. Yoongi menepis tangan Taehyung kasar.
"Jangan sentuh aku! Korang keluar!" Kebelakang Taehyung. Jungkook menarik Taehyung untuk keluar dari bilik Yoongi.
"Jungkook rasa ada baiknya kita call Jin hyung" Taehyung mengangguk lalu berjalan ke biliknya untuk ambil telefonnya.
xxxxxxx
"Yoonji. Keluar la tak kesian ke kat eomma" Yoonji hanya diam tanpa menjawab panggilan Puan Park.
"Tuan muda Yoongi!" mereka berdua menoleh ke arah pintu utama rumah Yoonji.
"Tuan muda buat apa kat rumah anak saya" soal Puan Park. Yoongi dah tau ke.
"Heh! Anak kau ke anak eomma aku! Kitorang percaya kau selama ni! Tapi apa yang kau buat! Kau sorokkan dongsaeng aku!"
Terkejut Yoonji apabila Yoongi berkata begitu. Jadi gambar yang dia tengok di cafe hari tu adalah gambar dia dengan Yoongi, abang kandung dia.
"Saya buat ni bersebab tuan muda" ujar Puan Park. Yoongi melepaskan cengkaman tadi lalu menolak Yoonji untuk berdiri dibelakangnya.
"Apa sebab kau. Untuk tengok eomma aku sedih. Untuk tengok keluarga aku hancur. Itu sebab kau! Kalau aku tak siasat aku rasa sampai aku mati pun kau takkan bagi tau perkara sebenar"
Terdiam Puan Park. Dia ingat Yoongi tak ambil tau pasal dongsaengnya lagi rupanya selama ni Yoongi siasat.
"Esok kau akan dipecat. Aku tak nak lagi tengok kau datang rumah aku dan jangan sekalipun kau dekati dongsaeng aku"
Habis sahaja Yoongi cakap, dia terus keluar dari rumah tu. Manakala Yoonji masuk ke biliknya.
Apa salah dia sampai Puan Park sorokkan dia dari keluarga dia. Bengang pula Yoonji apabila Puan Park masih mengetuk pintu biliknya.
"Pergi mampos la dengan kesian kau tu! Aku benci kau! Kau bukan eomma aku! Kau keluar dari sini!"
Yoonji menyelimutkan badannya lalu melelapkan mata. Ada baiknya dia tidur takde la sakit sangat kepala dia dengan Puan Park.