Namjoon memegang telinganya yang merah. Dia mendengus kuat. Bukan salah dia. Salahkan kotak tu. Time orang lain angkat okay je siap bawa naik atas lagi. Dia baru satu langkah dah tercabut bahagian bawah.
"Namjoon kau ok" soal Hoseok. Namjoon menjeling tajam. Dia tak nak cakap dengan sesiapa dia nak merajuk.
"Setakat kena piat telinga. Nak merajuk. Aku lempang mulut kau tu karang. Mulut serupa itik. Dah la muka pecah lepastu buat muka macam tu" makin mendepa mulut Namjoon apabila diperli oleh Yoongi.
"Hyung ni bukan nak tanya Namjoon ok ke tak. Ini tak perli ada la" Hoseok menampar tangan Namjoon kuat. Habis dia tanya tadi apa. Dasar member pilih kasih.
"Aku dah tanya kau. Takkan Yoongi hyung nak tanya lagi. Nak kata bodoh kau selalu dapat A dalam exam" Namjoon hanya diam sambil mengusap tangannya yang dipukul Hoseok.
"Namjoon oppa ok" Yoonji yang baru turun dari biliknya menyoal Namjoon. Boleh tahan merah juga telinga Namjoon. Yoongi yang mendengar Yoonji memanggil Namjoon oppa membesarkan matanya.
"Namjoon boleh pula kau panggil oppa. Kalau aku kena cakap dulu baru kau nak panggil. Aku ke dia abang kau" marah Yoongi. Dia agak cemburu apabila Yoonji selalu memanggilnya sunbae bukan oppa.
Namjoon menjuling anak mata keatas tanda menyampah. Itu pun nak jeles. Hoseok memandang ke seluruh ruang tamu. Kemana maknae line. Selalu memekak kat ruang tamu. Hari ni sunyi je.
"Hyung mana Jimin, Tae dengan Jungkook?"soal Hoseok. Yoongi menoleh kearah Hoseok lalu mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"Oi manusia tak nak makan ke. Jimin, Tae dengan Jungkook dah bising ni. Dari tadi memekak"jerit Jin dari dapur. Rupanya diorang ada kat dapur. Mereka pun berjalan ke dapur.
Jungkook yang perasan hyungnya melangkah ke dapur memarahi hyungnya. Orang dah la lapar. Jin hyung tu dah la kedekut. Kena tunggu semua orang baru boleh makan. Bukan wajib pun makan sama-sama.
Jin yang perasan muka Jungkook yang cemberut itu menegur Jungkook. "Jungkook, asal kau buat muka tu. Nak bontot kuali aku ke" Jungkook menjeling. Jin menggeleng kepalanya.
"Hyung dah boleh makan ke belum. Jimin dah tergoda dengan ayam tu. Kalau makan hyung marah" Jin mengira bilangan makhluk yang ada di meja makan. Setelah mengira semua ada dia membenarkan makan.
Lahu sahaja Jimin mencapai ayam didepannya. Dari tadi ayam itu seperti menggodanya. Jungkook mengambil ayam Jin sedikit namun Jin hanya biarkan. Lagipun ayam banyak lagi.
"Wei shopping jom. Aku bosan la duduk rumah. Asyik hadap muka Jin hyung je. Dah la tak hensem" ujar Taehyung. Jin mengetuk kepala Taehyung perlahan. Dia WWH a.k.a worldwide handsome.
"Boleh tapi duit sendiri. Kalau korang minta aku beli sesuatu. Aku luku kepala masing-masing" ujar Yoongi lalu menyambung makan. Mereka hanya angguk walaupun hakikatnya Yoongi tetap akan belanja diorang. Well Yoongi atm bergerak diorang.
xxxxxxx
Yoongi mengeluh kuat. Sakit kakinya disebabkan berjalan terlalu lama. Dia menjeling ahli bts yang sedang menikmati burger masing-masing.
"Menyesal aku ikut. Kalau aku tau korang nak tawaf satu mall ni. Baik aku tidur kat rumah lagi bagus. Dah la kaki aku sakit lepastu duit aku korang yang habiskan. Makan pun aku yang kena bayar.
Aku dah la sekolah lain la kau Jin tu. Dia bekerja dapat gaji. Lepas ni aku tak nak belanja korang. Masing-masing mak bapak bagi duit. Bukannya takde duit. Sengaja je nak habiskan duit aku. Bila aku nak pinjam duit berkira.
Tapi kalau bab guna duit orang laju. Tak padan tua dengan muda. Dua-dua sama je perangai. Kau Yoonji jangan ikut perangai diorang ni. Perangai masing-masing minta kaki. Kalau diorang minta pinjam duit tak payah bagi"
Bebel Yoongi. Yang lain hanya mampu menadah telinga mendengar bebelan Yoongi. Yoongi bebel dia kalah Jin. Jimin yang duduk di sebelah Yoongi terus menyumbat segenggam kentang ke dalam mulut Yoongi. Nak kata derhaka lantak la. Janji dia boleh makan dengan tenang.
Taehyung menahan gelak. Dia nak makan pun tak boleh bila tengok muka Yoongi. Lawak gila. Nasib dia sempat tahan dari gelak kalau tak tersembur kena muka Yoongi.
Seorang yeoja berjalan kearah meja bts lalu duduk disebelah Yoongi tanpa dijemput. Tersedak Hoseok apabila Haeri duduk disebelah Yoongi.
"Huh! Kau ni tak faham bahasa ke perempuan? Hari tu aku dah ceramah ingat dah insaf rupanya sama je"ujar Hoseok selamba. Dia menjeling Haeri tajam.
Haeri hanya senyum. Nampak sahaja muka Yoonji dia menegur Yoonji. "Yoonji buat apa kat sini. Dah la semua lelaki tak malu ke. Oh ya! Aku nak ingatkan kau Yoongi ni namjachingu aku so padam la ye niat tu. Aku tau kau suka Yoongi"ujar Haeri selamba lalu memeluk tangan Yoongi.
Yoongi yang terasa tangan dia seperti dipeluk menoleh kearah tangannya. Lalu menolak Haeri menggunakan bahunya sampai terjatuh Haeri dibuatnya. Tergelak bts apabila melihat Haeri jatuh seperti nangka busuk.
"Kau ke Yoonji yang tak tau malu. Entah datang dari mana tiba-tiba duduk sini. Kitorang tak jemput pun. Lepastu mengaku Yoongi hyung namjachingu dia. Nampak tak level confident dia. Sekali kena tolak macam nangka busuk wei. Hahahahaha" ujar Taehyung selamba. Ingat Hoseok je boleh tegur perempuan tu. Dia pun boleh la.
Taehyung menepuk tangannya lalu menoleh kearah Haeri. "Oh ya! Sebelum aku terlupa. Untuk pengetahuan kau Yoonji ni adik Yoongi hyung. Jadi aku rasa tak salah kalau Yoonji nak cakap dengan Yoongi hyung. Bukan macam kau"
Merah padam muka Haeri takkala itu. Semua orang memandangnya. Dia berdiri lalu beredar dari situ. Makin kuat la bts gelak.
Sampai sahaja di rumah bts masih lagi gelak pasal Haeri. Dah la kena tolak. Kena tolak dengan crush pula tu.
"Aku tak boleh move on tho waktu Haeri jatuh tu. Berbunyi wei. Kedebuk. Kuat tho bunyi dia" ujar Hoseok. Ahli bts terus berhenti gelak apabila mendengar kata-kata Hoseok. Hoseok yang perasan kelakuan bts memandang bts semula. Dia ada salah cakap ke.
"Sampai macam tu sekali hyung dengar. Dengki betul hyung dengan dia. Kitorang pun nampak juga tapi takde la sampai dengar dia bunyi dia jatuh. Tae yang duduk dengan dia pun tak dengar bunyi dia jatuh. Hyung yang duduk paling hujung boleh dengar . Tajam betul telinga hyung" ujar Taehyung panjang lebar. Hoseok menepuk sahinya. Diorang pandang dia pelik hanya sebab dia cakap pasal bunyi Haeri terjatuh.
"Kita lupakan pasal tadi sekarang mandi lepastu buat kerja sekolah. Esok sekolah kan. Aku nak korang siapkan semua. Jangan esok nak pakai baju tu esok juga nak gosok" bts dan Yoonji hanya menurut perintah Jin.