Bab 15

19 1 2
                                    

Namjoon menolak troli dengan malas. Jin ni kacau line la dia baru nak tidur dah kena heret pergi pasar raya.

Jimin yang sedang melihat telefon di jeling. Jimin yang terasa diperhatikan menoleh kearah Namjoon. Dia tersengih.

"Mianhae hyung. Waktu tu hyung je ada kat rumah. Jadi Jimin cadang la kat Jin hyung"

Jin berlalu ke ruang tamu setelah melihat barang dapur yang kurang. Kelihatan Jimin elok baring di sofa sambil melihat rancangan di televisyen.

Dia menyuruh Jimin bersiap dan memanggil sesiapa yang ada kat rumah untuk teman dia pergi ke pasar raya. Sebagai adik mithali dia mengikut arahan Jin.

Namjoon yang baru selesai membuat kerja rumahnya. Mengemas meja belajarnya dan berlalu ke katilnya. Baru sahaja dia nak lelapkan mata Jimin mengetuk pintu biliknya.

Jimin menyuruh dia bersiap untuk teman Jin pergi pasar raya. Dengan malas dia bangun dari katil lalu pergi ke wardrobenya untuk memilih pakaian.

Dia mengambil baju FG dan joggerpants lalu berjalan ke bilik air untuk menukar baju. Manakala Jimin mengenakan hoodie biru dan jeans hitam.

"Hyung be gentlman please. Jatuh maruah kita sebagai lelaki pakai baju warna pink. Kalau kosong aku tak kesah tapi kau agak-agak la hyung siap ada blink-blink"

Namjoon melihat Jin dari atas hingga bawah. Hyung dia ni memang nak malukan dia ke apa. Kalau pink kosong dia boleh terima tapi ni dah lebih sampai blink-blink.

Jin mendengus. Lalu dia berjalan naik ke biliknya untuk menukar pakaiannya. Jin turun semula kebawah. Dia hanya mengenakan sweater kuning dan jeans hitam.

Lalu mereka bertolak ke pasar raya. Hoseok tiada di rumah kerana dia keluar bersama rakan sekelasnya. Taehyung dan Jungkook bermain basketball bersama rakan Jungkook. Yoongi balik dari jemput mereka terus tidur. Yoonji pula hanya terperap di bilik.

"Joon ambil biskut tu. Yang atas sekali. Sebelah kanan" dengan malas dia mengambil biskut yang dimaksudkan Jin.

Mereka sambung mencari barang yang belum diambil. Selepas membeli barang mereka terus balik ke rumah.

Sampai sahaja di rumah kelihatan Yoongi sedang menyediakan makanan petang. Pelik, mimpi apa Yoongi sampai masakan makanan petang. Kerana dia la yang paling malas masuk dapur.

"Pergi la letak barang dulu lepastu mandi. Aku dah masakkan sapesial untuk korang. Lepastu jangan lupa panggil yang lain. Diorang dah balik" lagak Yoongi seperti seorang ibu mengarah anaknya.

Namjoon yang perasan perkataan yang salah menegur Yoongi. "Hyung bukan sapesial tapi special" Yoongi mengangguk.

"Aku tahu saja nak cakap. Well sekali-sekala menyialkan Jin" Namjoon mengangguk lalu berjalan ke biliknya. Nasib Jin sudah masuk ke biliknya kalau tak Yoongi pasti kena ketuk dengan kuali Jin.

Manakala Yoongi tersenyum senget.Jungkook yang baru turun dari biliknya berjalan ke dapur. Dia duduk di tempatnya.

Sememangnya mereka mempunyai tempat duduk masing-masing. Kalau dia pilih tempat tu tempat tu la dia duduk. Kecuali kalau ada tetamu.

"Hyung mesti ada rancangan nak kenakan Namjoon hyung, Hoseok hyung, Tae hyung dengan Jimin hyungkan. Kalau tak hyung mana nak masak. Betul tak" ujar Jungkook. Yoongi mengangguk. Itu la tujuan dia memasak makanan petang.

Selepas 10 minit meja makan riuh dengan gelak tawa mereka. "Serius la hyung yang masak?! Wow so amanjing"

"Tae! Amazing bukan amanjing" Namjoon memperbetulkan perkataan Taehyung.

Park Yoonji [ Editing ]Where stories live. Discover now