Bab 8

23 2 0
                                    

Tergopoh-gapah Jin keluar dari hospital apabila Taehyung menelefonnya. Jin memaklumkan pembantunya bahawa dia ada hal penting.

Sampai sahaja di rumah, kelihatan semua ahli bts kecuali Yoongi sedang duduk di ruang tamu.

"Mana Yoongi" Hoseok menunjukkan tangan kearah tingkat dua. Terus Jin naik ke tingkat dua. Ahli bts yang lain mengikut Jin. Takut ada perkara yang tak diingini berlaku.

Seperti ahli bts yang lain, Jin terkejut melihat keadaan bilik Yoongi. Jin terus pergi kearah Yoongi yang sedang duduk sambil memeluk lututnya.

"Yoongi kau kenapa ni" Yoongi mengangkat muka memandang Jin yang sedang mencangkung didepannya.

"Yoonji" berkerut dahi semua disitu. Apa kaitan Yoonji dengan Yoongi.

"Kenapa dengan Yoonji,hyung" soal Jimin. Yoongi mengetap bibirnya lalu menghembus nafas berat.

"Dia dongsaeng aku" terkejut bts. Selama ni tekaan diorang betul. Tapi macam mana Yoongi tau.

"Seollma. Macam mana hyung tau" Yoongi berdiri lalu berjalan ke meja belajarnya. Dia membuka satu laci dan memberi Jin sebuah buku.

26 April 2017

Hari ni hari paling teruk dalam hidup aku. Dongsaeng aku hilang. Macam mana aku nak cari dia. Kalau nak minta tolong Namjoon kesian pula kat dia. Nanti pelajaran dia terganggu.

Hoseok? Dia mana boleh pakai. Kalau aku minta tolong dia satu pun dia tak faham.

Kalau Jimin lagi la. Asyik buat muka terkejut dia je. Mata dah la sepet lepastu nak besar- besarkan mata dia. Menyampah aku.

Taehyung aku memang dah tolak awal-awal lagi dia pun bukan boleh pakai. Tau main je.

Jungkook aku tak nak susahkan dia kecik lagi memang tak faham apapun. Kecuali kalau bab ngorat yeoja , bab tu dia paling mahir.

Jin hyung? Aku tak nak susahkan dia. Dia kena pikul banyak tanggungjawab jadi macam susahkan dia pula.

Jadi aku kena cari Yoonji sendiri. Aku tak nak eomma sedih.

17 September 2017

Jadi betul la sangkaan aku. Yoonji tak mati tapi hilang. Sebenarnya kebelakangan ni aku nampak Puan Park macam lain. Lepas kejadiaan tu memang dia nampak agak lain. Mungkin dia ada masalah keluarga kot.

20 September 2017

Tak pernah dalam hidup aku baca surat khabar yang membosankan tu. Tapi untuk eomma aku sanggup bazirkan duit aku untuk beli benda tu.

Hari ni ada keluar tajuk Yoonji tapi hampeh takde apa-apa maklumat pun aku dapat. Membazir duit aku je. Kalau aku tau memang tak la aku nak beli. Baik aku beli makanan.

09 Ogos 2017

Hari ni aku dapat maklumat pertama. Lepas habis sekolah aku terus pergi hospital Seoul. Aku tanya nurse yang jaga Yoonji. Aku tanya dia sape ambik Yoonji. Nurse tu cakap orang tu keluarga Yoonji. Paling buat aku terkejut Yoonji hilang ingatan.

Kalau aku jumpa orang tu memang aku saman dia. Sanggup dia ambik Yoonji daripada aku. Kesian eomma.

Aku balik je rumah Jin setan tu terus membebel kat aku sebab balik lambat. Aku pun lari la masuk bilik. Tak sanggup aku dengar dia bebel sakit telinga aku.

28 Ogos 2017

Setiap hari aku dapat maklumat pasal Yoonji. Gembira gila. Minggu lepas aku upah orang untuk cari Yoonji. Sebab kalau aku cari sorang memang tak dapat la. Aku still sekolah jadi masa terhad.

Park Yoonji [ Editing ]Where stories live. Discover now