Bab 13

18 2 1
                                    

Yoongi melangkah menuju bilik Yoonji. Dan kelihatan Namjoon dan Taehyung sedang sandar dibahu Yoonji sambil buat kerja sekolah.

Yoongi terus jalan kearah mereka bertiga lalu menarik rambut Namjoon dan Taehyung kasar. Dia cemburu ni. Sedap diorang je sandar kat dongsaeng dia. Namjoon dan Taehyung menjerit kesakitan.

"Hyung sakit la! Lepaskan la! Rambut berharga ni hyung!"marah Taehyung sambil menepuk tangan Yoongi yang sedang genggam rambutnya kuat.

Namjoo juga bergitu. Rambut dia rasa macam nak tercabut dah. Tadi kena piat telinga dengan Jin. Sekarang kena tarik rambut dengan Yoongi. Yoongi ni pula tak padan dengan pendek nak tarik rambut orang.

Yoongi lepaskan rambut mereka dengan kasar. Lalu memandang tajam kearah mereka. Hoseok dan Jimin yang kebetulan nak ke bilik mereka melihat agenda tersebut.

"Suka hati kau je sandar kat dongsaeng aku. Kau fikir dia bantal nak sandar-sandar?! Aku yang abang dia pun tak pernah sandar kat dia. Korang yang hanya housemate dia. Boleh je sandar" marah Yoongi sambil menekan perkataan housemate.

"Yoongi hyung cemburu la Hoseok hyung"bisik Jimin. Hoseok mengangguk tanda setuju. Sejak Yoonji ada Yoongi cepat cemburu. Mungkin kerana sudah lama tak bermanja dengan dongsaengnya.

"Tae kau ada bau sesuatu tak" Taehyung buat muka pelik. Bau apa. Dia tak bau apa-apa pun. Namjoon yang bengang dengan Taehyung kerana lambat tangkap ayat dia. Menunjuk Yoongi dengan matanya. Taehyung yang seakan mengerti mengangguk.

"Bau! Kuat gila hyung. Bau"ujar Taehyung lalu berhenti seketika.

"Bau orang cemburu! Hahahaha"kemudian mereka cakap serentak. Yoongi yang rasa seperti dimaksudkan terus menyepak mereka berdua. Jimin dan Hoseok yang berada di pintu turut gelak. Makin kuat mereka ketawa apabila melihat muka Yoongi ke merah-merahan.

"Aku tak jeles ok! Aku just kesian dekat Yoonji! Nanti lenguh bahu dia! Korang bukannya ringan!"marah Yoongi cuba menutup malunya. Mereka masih gelak tidak peduli dengan apa yang Yoongi cakap.

Yang penting diorang dapat kenakan Yoongi. Yoongi yang tidak tahan dengan gelak tawa mereka terus keluar dari bilik itu.

Yoongi yang sedang duduk diatas katilnya tak habis-habis membebel. Dia bukan cemburu cuma kesian. Tak swag langsung kalau cemburu benda remeh.

"Gelak la puas-puas. Korang tunggu aku balas nanti. Time tu aku gelak puas-puas" ujar Yoongi.
Lalu dia membaringkan badannya dan menutup mata untuk tidur. Baik dia tidur takde la sakit hati pasal tadi.

xxxxxxx

"Argh!!!" Namjoon terjaga dari tidur akibat jeritan seseorang. Dia terus berlari kearah bilik Hoseok. Kerana dia kena jeritan tu. Kelihatan Taehyung dan Jimin berada di depan bilik Hoseok.

"Kenapa ni"soal Namjoon. Jimin menoleh kearah Namjoon. Belum sempat dia menjawab soalan Namjoon. Hoseok beritahu sambil menjerit.

"Kita dah lambat pergi sekolah! Sekarang dah pukul 8 setengah pagi! Macam mana ni wei! Hari ni dah la ada acara penting!"

Namjoon membesarkan matanya. Belum sempat dia nak menjerit Taehyung menutup mulutnya. Tak sanggup Taehyung dengar Namjoon menjerit. Cukup la tadi Hoseok dah menjerit.

"Jungkook, Yoongi hyung dengan Yoonji mana. Takkan diorang dah pergi sekolah lepastu tinggalkan kita"soal Namjoon lagi.

"Diorang dah pergi. Tadi kitorang check bilik diorang. Diorang takde. Aku rasa Yoongi hyung yang plan"ujar Jimin. Berkerut dahi Taehyung dengan Namjoon. Mungkin tidak faham maksud Jimin.

"Maksud Jimin, Yoongi hyung nak balas dendam pasal semalam yang kita gelakkan dia" Namjoon dan Taehyung pandang antara satu sama lain dengan muka terkejut.

Ini bermaksud hari ini hari malang diorang.Dalam ahli bts Yoongi la paling kejam bila bals dendam. Mereka terus berlari kearah bilik masing-masing untuk bersiap ke sekolah.

Sampai sahaja sekolah mereka terpaksa menulis nama pelajar yang lambat. Lalu mereka berlari ke kelas masing-masing dengan perasaan takut.

Mereka takut dengan rancangan Yoongi.Sememangnya Yoongi tidak boleh dibaca. Jadi mereka perlu berhati-hati.

Namjoon memasuki kelasnya dan meminta maaf kepada cikgu yang mengajar. Sewaktu dia nak duduk kerusi dia dipenuhi cream.

Nak tak nak dia kena keluar cari kerusi lain.Kenapa semua kelas takde kerusi lebih. Ke ni salah satu rancangan Yoongi.

Dia masuk ke kelas Yoongi. Kelas terakhir yang belum dia tanya. Dia mengetuk pintu kelas Yoongi. Dan bertanya ada kerusi lebih atau tidak. Nasibnya baik kerana pelajar disebelah Yoongi tidak datang.

Sebelum dia keluar kelas Yoongi mengatakan sesuatu kepadanya sambil tersenyum senget. "Kerusi penuh cream ke Namjoon. Sian dia ye. Takpe nanti ada banyak kejutan untuk kau"

Dia terus berjalan keluar dari kelas itu selepas mengucap terima kasih kepada saem yang mengajar. Habis la dia dengan yang lain.

Dia dah insaf tak nak kenakan Yoongi. Ini lagi seram dari sebelum ni.

Hoseok yang kebetulan sekarang waktu sukan. Berjalan ke koridornya. Buka sahaja pintu koridornya dan mengambil kasut sukannya terkejut apabila mendapati kasutnya koyak rabak.

Dia mengambil satu sticky note yang berada dikasutnya. Dia membaca kandungan sticky note tu. Mata dia membesar ianya daripada Yoongi.

'Suprise! Amacam kasut cantik hyung hias? Susah tau nak gunting kasut tu. Apapun good luck untuk suprise seterusnya.'
From,
Yoongi hyung

Dia menutup pintu koridor tu kuat lalu membuang kasut sukannya yang dah koyak itu ke tong sampah berdekatan. Dia terus berlari ke padang. Lantak la kasut dia kotor pun kotor la.

Sampai sahaj di padang kelihatan semua rakan kelasnya hanya bermain badminton. Tiada sesiapa pun bermain bola. Dia menyoal rakan kelasnya.

Rakan kelasnya memberitahu kesemua bola di stor sukan semua kempis. Seperti ada orang yang sengaja kempiskan. Hanya badminton sahaja yang elok. Rakan kelasnya menghulur sticky note kepadanya.

'Kesian ye tak boleh main bola. Takpe minggu depan boleh main lagi. Hyung nak pesan. Jangan lupa pasal kejutan hyung. Hyung dah sediakan suprise yang banyak untuk Seok-ie'

From,
Yoongi hyung

Hoseok tergamam . Jadi Yoongi la pun punca bola rosak. Lepas ni dia kena hati-hati. Bila-bila je suprise Yoongi ada.

Manakala Taehyung memuncungkan bibirnya. Kenapa dia tak boleh buat eksperimen macam Yoonji. Dah lama dia nak buat eksperimen tu. Last-last tak boleh.

Dia memandang Yoongi yang sedang berjalan kearahnya. Berkerut dahi Taehyung apabila perasan Yoongi tersenyum senget.

"Kesian dia tak dapat buat eksperimen yang dia suka. Takpe hari ni Taehyung akan dapat surprise yang banyak dari hyung"

Yoongi berjalan dari situ selepas bisik kepada Taehyung. Mata Taehyung  membesar. Jadi itu adalah rancangan Yoongi.

Jimin melihat kasutnya yang kotor. Ini yang dia benci kasut dia kotor sekali dengan seluar dia. Entah datang dari mana tepung tu tiba-tiba ada bawah meja dia.

Rakan sebelahnya memberi dia sticky note. Dia membaca sticky note itu. Terjerit dia apabila mengetahui isi kandungnya. Nasib takde cikgu.

'Cantik tak kasut Jimin lepas kena tepung. Kalau kena seluar sekali hyung nak cakap taniah. Jangan lupa hyung ada banyak surprise untuk Jimin. Itu baru sikit'

From,
Yoongi hyung

Dia dalam bahaya dan dia pasti Namjoon, Hoseok dan Taehyung pun kena. Hari ni pasti ada banyak benda teruk berlaku dan akibatnya datang daripada namja bernama Min Yoongi.

Park Yoonji [ Editing ]Where stories live. Discover now