|| Di bilik Rawatan Yerin ||
Taehyung duduk sebelah katil Yerin. Tangannya tidak lepas dari memegang tangan Yerin. Yerin yang sedang dibuai mimpi di tenung dengan penuh kasih sayang.
" Sayang, cepat lah sembuh nanti bie boleh bawak sayang jalan-jalan ambik angin. "
Bunyi pintu di buka dari luar menyedarkan Taehyung. Puan Jung mendekati Yerin dia mengusap kepala Yerin dan memberi kucupan pada dahi Yerin.
" Yerin ada sedar tadi ke? "
" Ada sedar nak minum air je, tapi aunty Yerin kerap cakap dia sakit kepala betul ke tak ada apa-apa ni aunty risau pulak saya. "
Puan Jung tidak menjawab dia hanya memberi wajah yang tenang saja sambil itu dia tersenyum.
" Nanti aunty tanya dokter yang rawat Yerin semalam. "
Puan Jung lagi sekali mengusap kepala Yerin. Taehyung hanya memerhati sahaja. Dia tahu ada yang tidak kena dengan Puan Jung.
" oh ya, Tae aunty ada bawa makanan untuk kamu. Kamu makan lah jangan tak makan pula ye. Aunty keluar kejap. "
Taehyung mengangguk dan Puan Jung meninggalkan mereka di dalam bilik itu. Taehyung tekat mahu mengekori Puan Jung. Taehyung berpesan pada Yerin yang di mahu keluar.
" Sayang, Tae keluar kejap tau. "
Taehyung meninggalkan Yerin di dalan bilik. Dia mengekori Puan Jung. Puan Jung menuju ke bilik dokter yang merawat Yerin semalam.
" Dia pergi bilik dokter tu. Aku kena dengar ni. "
Taehyung berada di luar bilik Dokter tersebut. Dia mencuri dengar perbualan mereka.
" Dokter berapa lama sakit kepala Yerin tu akan muncul. "
" Pening², sakit kepala tu biasanya secara tiba² atau pun dalam beberapa minit macam tu dia akan kerap rasa sakit kepala. "
" tapi dokter boleh ke penyakit nie di rawat secepat yang mungkin. "
" Barah ni. Puan boleh rawat secepat yang mungkin tapi ianya memerlukan kos yang tinggi Puan. "
Taehyung yang berada di luar terkejut mendengar perbualan mereka. Taehyung kembali ke bilik Yerin dengan perasaan sayu.
" Berapa Kosnya dokter saya sanggup bawa demi anak saya "
" 300K Puan "
" 300K?! Banyak tu dokter. Tak apa lah dokter. Saya akan cuba dapatkan duit sebanyak tu untuk anak saya "
Masih tergiang-ngiang perbualan puan jung bersama dokter tadi. Taehyung masuk ke dalam bilik Yerin. Yerin sedar dari tidurnya.
" Tae, awak dari mana? "
Taehyung memandang wajah Yerin dengan rasa sayu. Taehyung senyum pada Yerin. Yerin pula membebel dengan Taehyung. Taehyung hanya memekak telinganya untuk merenung setiap inci wajah Yerin.
' Saya akan bantu awak untuk buat pembedahan. Demi cinta dan sayang saya pada awak Yerin '
" Taehyung? Awak dengar tak apa saya cakap nie? "
" huh? Apa tadi? Oh.. Saya dengar je.. Sambung lah lagi, saya sedia mendengar bebelan awak tu "
Taehyung menayang giginya yang tersusun rapi pada Yerin. Yerin tersenyum dan menampar lembut bahu Taehyung.
" Rin, Saya ingat saya nak kerja lah awak setuju tak? "
" Awak nak kerja? Habis tu nanti kalau kita sambung belajar sama-sama macam mane? "
YOU ARE READING
©️ 𝑀𝓇.𝒮𝑜𝓂𝒷𝑜𝓃𝑔 𝒫𝓊𝒿𝒶𝒶𝓃 𝐻𝒶𝓉𝒾 × 𝒯𝒶𝑒𝑅𝒾𝓃 ×
RomanceHidup Yerin penuh dengan imaginasi. Yerin seringkali berimaginasi dengan Mr. Sombong nya. Taehyung. Taehyung ialah seorang namja yang agak sombong. Taehyung ialah Mr. Sombong yang menjadi pujaan hati Yerin. Ramai yang tidak suka dengan Taehyung ker...