Sembilan belas

57 3 0
                                    

Yerin bersiap awal hari ini kerana flight mereka pada pagi itu. Yerin sudah Packing barangnya malam semalam. Yerin menyorong luggage nya yang agak besar kerana dia agak lama di amerika.

" Berapa lama Rin sana tu "

" alah Ma, sebulan lebih je tak lama pun... lagi pun kita orang dah habis study pun.. "

" yalah.. tapi jangan lupa call Omma dengan Appa tau. Jaga diri sana tu walaupun bagi Rin tak lama bagi Appa dengan Omma lama tau.. "

Pesan Puan Jung kepada Yerin. Yerin tersenyum dan memeluk Omma dan Appanya dengan erat air matanya menitis di dalam pelukkan orang tuanya.

' Macam mana kalau ini pelukan terakhir aku dengan mereka. '

Monolog Yerin di dalam hati. Sungguh berat rasa hatinya ingin meninggalkan Puan Jung dan Encik Jung. Mereka meleraikan pelukkan. Encik Jung dan Puan Jung tersenyum melihat anaknya.

" Jangan menangis kenapa menangis nie. "

Kata Encik Jung kepada Yerin sambil itu dia mengesat air mata anaknya itu. Yerin senyum nipis sahaja di dalam tangisan.

" Takde lah sedih sebab tinggalkan Appa dengan Omma berdua je dekat rumah. "

" Alah..tak ada apa² lah jangan risau. Appa dengan omma ok je. Rin pergi bukan lama pun kan. "

Pujuk encik Jung kepada anaknya. Yerin mengangguk dan dia melihat jam pada dinding sudah pukul 10 flight mereka pukul 2 petang. Bunyi hon kereta membuatkan Yerin bergerak keluar.

" aunty, Uncle apa khabar sihat? "

Sapa Eunha dengan Puan jung dan juga Encik Jung. Mereka melemparkan senyuman pada Eunha. Eunha membalas senyuman mereka.

" Aunty dengan Uncle sihat je... ni korang jaga Anak aunty nie baik² tau... kalau ada apa² call kita orang "

" Baiklah Aunty nanti kalau ada apa-apa kita orang akan call aunty."

Eunha memberi satu kenyitan kepada Puan Jung. Puan Jung tersenyum melihat Eunha. Encik Jung membantu Yerin untuk mengangkat begnya sehingga ke kereta. Tiba di kereta mereka memberi lambaian terakhir kepada Puan Jung dan Encik Jung dan mereka menghilang di kawasan itu.

" Lepas ni sunyilah rumah kitakan Oppa tanpa Yerin."

Kata Puan Jung dengan suara yang sayu kepada encik Jung. Encik Jung memandang isterinya yang berada di sebelahnya dan dia memeluk bahu isterinya itu. Kepala Puan Jung melentok di dada Encik Jung.

" Alah sekajap dia pergi tu..biarlah dia nak pergi sana lama nanti mana tahu dia dapat sambung study dekat sana"

+++++

[ 𝙄𝙣𝙘𝙝𝙚𝙤𝙣 𝘼𝙞𝙧𝙥𝙤𝙧𝙩 ]

Yerin dan Eunha adalah orang yang terakhir sampai di Airport. Kawan-kawanya yang lain sudah pun sampai dan sudah check in laugage. Eunha dan Yerin mendekati kawan-kawanya di hadapan kaunter check in. mereka memberi kad IC mereka kepada staff yang bertugas di kaunter tersebut. Selesai check in mereka terus bergerak ke balai berlepas untuk masuk.

" Eh korang, ada yang tertinggal lagi tak kalau tak ada jom masuk."

Tanya Sowon mereka semua menggelengkan kepala mereka. mereka masuk ke balai berlepas dan terus ke Gate yang tertera pada ticket flight mereka setelah mengharungi beberapa pemeriksaan. Mereka mencari tempat duduk setelah mereka tiba di pintu Gate

" Yerin, Taehyung tahu tak kau pergi Amerika ni sebab tu.."

Tanya Sinb kepada Yerin. Mereka semua memandang yerin. Yerin merenung mereka dengan peliknya. Yerin meletak fonya di dalam sling begnya. Yerin membetulkan posisi duduknya.

©️ 𝑀𝓇.𝒮𝑜𝓂𝒷𝑜𝓃𝑔 𝒫𝓊𝒿𝒶𝒶𝓃 𝐻𝒶𝓉𝒾  × 𝒯𝒶𝑒𝑅𝒾𝓃 ×Where stories live. Discover now