Lapan belas

55 3 0
                                    

|| 𝙳𝚒 𝚁𝚞𝚖𝚊𝚑 𝚃𝚊𝚎𝚑𝚢𝚞𝚗𝚐 ||

2 hari sudah Yerin tidak datang ke rumah Taehyung. Taehyung duduk di meja belajarnya membuka laptop kepunyaanya dan dia cuba melihat perkembangan terkini Yerin. Tiada satu pun posting yang terbaru di buat oleh Yerin.

" tak ada post yang baru dari dia... Blogger pun tak ada .."

Taehyung melihat akaun instagram kawan-kawan Yerin juga tidak ada perkembangan terbaru melainkan gambar yang mereka sibuk mengulangkaji untuk exam semester. Taehyung mengeluh dan menutup laptopnya kembali. Taehyung keluar dari biliknya dan turun ke bawah.

" Oppa, Saya Rindulah dengan Yerin selalu dia dah datang masa-masa macam ni kan... tapi sekarang dah takde dah oppa tahu tak kenapa.."

" hmm... Oppa pun tak tahu.. tapi kalau dia ada mesti lagi meriah rumah nie.."

" kann.."

Taehyung mendengar perbualan Taeyeon dan Baekhyun dia mendekati mereka berdua. Taeyeon melihat Taehyung yang mahu duduk di single sofa di sebelahnya. Taeyeon bangun dan mengambil air untuk Taehyung. 

" Tae, kamu tak keluar ke... selalu masa-masa macam nie dah keluar lepak dengan kawan kamu dah."

" Malas lah hyung tak ada mood nak keluar... nak jimatkan minyak motor."

Jawab Taehyung sambil matanya melihat pada TV. Taeyeon datng dari arah dapur dengan membawa satu gelas minuman untuk Taehyung. Taehyung mengambil  gelas itu dan memberikan senyuman pada Taeyeon. 

" Tae, Noona buat apa sampai Yerin tak nak datang dekat rumah kita lagi ni? "

" Tae tak buat apa-apa pun dekat dia.."

Taehyung meletakkan gelas yang berada di dalam genggamannya di atas meja. Dia memandang ke arah Taeyeon dengan dahi yang berkerut. Taeyeon dan baekhyun merenung tajam pada Taehyung. 

" Lah... tak ada apa-apa lah.."

" uncleee, Jom main dengan kita orang nak tak.."

Si kembar datang dekat pada Taehyung dan membawanya untuk bermain bersama-sama dengan mereka. Taehyung menggelengkan kepalanya sambil bibirnya di muncungkan tanda tidak mahu bermain. Wonwoo dan Wonhae menarik-narik lagi tangan Taehhyung.

" Tak nak lah... uncle penat lah... nak rehat.."

" alaaa, kalau dengan auty Rin mesti dia nak main.. tak seronoklah uncle Tae ni.."

" Ha'a kan Hae.. dah lah jom lah main benda lain.."

Si kembar itu pergi meningalkan Taehyung. Taehyung memandang kecil besar sahaja Si kembar itu. Taeyeon dan Baekhyung tersengih-sengih kerana Si kembar kerap memuji Yerin berbanding Taehyung. Taehhyung memandang Taeyeon dan Baekhyun dengan jelingan.

" Gelak lahh hyung noona... Tu lah manja sangat dengan diorang tu sampai diorang tak nak layan Tae.. Sekarang dah pandai nak bandingkan Tae dengan Yerin pulak.."

" Nak buat macam mana lagi.. dah diorang rampat sangat dengan Rin. lagi pun sepanjang Tae dekat sana Tae hanya skype dengan diorang je bukan ada depan mata diorang pun Tae tu.."

Kata Taeyeon. Taehyung fokus dengan TV sambil itu telinganya di pasang. 2 hari itu Taehyung hanya mendengar Si kembar itu menyebut nama Yerin sahaja sehinggalah Taehyung naik rimas pada masa yang sama rasa rindu bila mendengar nama Yerin.

©️ 𝑀𝓇.𝒮𝑜𝓂𝒷𝑜𝓃𝑔 𝒫𝓊𝒿𝒶𝒶𝓃 𝐻𝒶𝓉𝒾  × 𝒯𝒶𝑒𝑅𝒾𝓃 ×Where stories live. Discover now