Dua puluh 1.2

60 4 0
                                    

[ Taehyung pov ]

Aku terdengar satu suara yang memanggil namaku. Aku membuka mataku. Mata aku melihat pokok. Aku berada di bawah pokok. Aku cepat-cepat bangun dari pembaringanku.

" Aku dekat mana? "

Aku berada di satu tempat yang hanya menampakan pokok-pokok dan rumput² yang hijau. Aku memandang sekelilingku tiada sesiapa berada di sini selain aku.

" Tae..."

" Siapa tu?"

Sekali lagi aku mendengar suara yang memanggil nama aku. Aku melihat sekeliling aku untuk kedua kalinya. Masih lagi tiada sesiapa yang muncul. Sehingga lah seseorang memegang bahuku. Aku lantas memandang orang tersebut.

" Rin? "

" Hi, Tae "

Wajah yang aku rindui muncul di hadapanku. Dia duduk di sebelahku. Pakaian yang di pakainya adalah gaun yang tidak berlengan berwarna putih. Duduk memeluk lututnya.

" kita dekat mana nie? "

Tanyaku kepadanya sambil² itu mata aku melihat sekeliling tempat itu. Dia tidak membalas dia hanya senyap dan senyum sahaja kepada aku.

" ini mungkin tempat yang terakhir buat saya dengan awak. "

" kenapa awak cakap macam tu? Saya tak suka. "

Kataku jujur kepada Yerin yang duduk di sebelahku. Aku menukar posisi duduk ku menghadap dia. Aku menyuruh Yerin memandang wajahku. Nampak seperti dia berat untuk memandang wajahku. Ya aku tahu dia rasa sedih dengan kelakuanku terhadapnya.

" Yerin please pandang saya. "

Yerin akhirnya memandang wajahku. Aku gembira melihat dia yang sudi memandang wajahku walaupun terpaksa dia memandang wajahku.

" awak nak cakap apa? "

" saya tahu saya banyak buat salah dekat awak. Tolong maafkan saya please. Saya tak ada niat nak melukai hati awak. Apa yang saya buat dekat awak selama ini pun saya tak rela tahu tak sebab saya terlalu sayang dekat awak. Please Yerin maafkan saya please..."

Kataku sambil tanganku mengengam erat tangannya. Dia masih juga melemparkan senyuman padaku tapi hanya sekadar senyuman nipis yang terukir di bibirnya.

" Saya faham awak masih tak dapat terima kesalahan saya pada awak. Tapi tolonglah beri saya peluang"

Aku berharap sangat yang dia memberi aku peluang untuk tebus kesalahan aku padanya selama ini. Tanganya melepaskan genggaman tangan aku dengan tangannya. Tanganya beralih pada wajahku. Tanganya yang lembut itu bertapak di kedua belah pipiku.

" Saya dah lama maafkan awak Tae. Tapi saya tak mampu lagi untuk teruskan hidup saya sekarang ni. Saya dah tak larat. Saya ingatkan saya masuk dalam mimpi awak ni nak bina memori kita yang indah tapi sebaliknya yang terjadi. "

Secara tiba-tiba air mata aku mengalir membasahi pipiku dia mengesat air mataku. Tanganku menggengam tangannya yang berada di pipiku. Hati aku perit yang teramat. Sedih dengan layananku padanya.

" Saya minta maaf Rin, saya tak bermaksud berbuat seperti itu pada awak. Saya minta maaf banyak² "

Kataku tulus dari hatiku kepada Yerin. Yerin menggelangkan kepalanya sambil itu dia tersenyum memandang wajahku.

" Saya dah cakap saya maafkan awak dan saya pun sayangkan awak sangat² tapi sekarang ni takdir telah tertulis untuk kita "

" kenapa awak cakap macam tu. Awak kena kuat Rin, saya tak nak kehilangan sekali lagi..."

©️ 𝑀𝓇.𝒮𝑜𝓂𝒷𝑜𝓃𝑔 𝒫𝓊𝒿𝒶𝒶𝓃 𝐻𝒶𝓉𝒾  × 𝒯𝒶𝑒𝑅𝒾𝓃 ×Where stories live. Discover now