PB | 09

2.4K 159 29
                                    

"YOU'RE late!" Dia merenung tajam seraut wajah tampan yang sedang tersengih serba-salah di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"YOU'RE late!" Dia merenung tajam seraut wajah tampan yang sedang tersengih serba-salah di hadapannya. Seusai menutur sebaris ayat itu, sempat juga dia memuncung tanda tidak puas hati kerana terpaksa menunggu lelaki itu di sini. Entah kenapa, sewaktu mengandung ini, mudah benar dia mahu marah dan melenting. Padahal lelaki itu lewat seminit sahaja pun. Pelik, bukan?

Eh, ya ke? Tak pelik pun sebenarnya. Pasal perasaan amarah itu terhasil kerana dia mahu meluah rasa tidak puas hati kerana diceraikan secara tiba-tiba. Tetapi, itulah... marah bukan pada tempatnya dan bukan juga pada orangnya. Ceit!

"Sorry, mommy to be. My fault." Lelaki itu mengangkat kedua belah tangannya dan ia disatukan di tengah-tengah bahagian dadanya. Gaya orang memohon maaf. Sudah faham sangat tingkah mak buyung yang seorang ini. Pantang orang silap sikit, dia sudah tarik muncung sedepa. Sensitif sangat!

"Sebagai denda, awak kena belanja saya makan."

"Eh? Bukan memang selama ni saya ke yang belanja?" usik jejaka itu. Gelak kecil juga terbit daripada ulas bibirnya mendengarkan kata-kata itu, juga melihatkan riak di seraut wajah ayu milik wanita itu.

Humaira mencebik. "Itu hari-hari yang lepas. Ini, hari ni. Lain. Tak sama." Selamba balasannya kepada lelaki itu.

"Boleh eh macam tu?" usik si dia lagi.

"Boleh." Acuh tak acuh balasan Humaira.

"Yalah. Untuk awak, semua boleh. Dah, pergi order. Kelaparan baby dalam tu karang." Mengalah juga lelaki itu dengan nada suara yang kedengaran bersahaja menuturkan kata-kata sebelum dia mencapai dua buku menu di tepi meja itu. Satu dihulurkan kepada si wanita, yang satu lagi adalah buat tatapan anak matanya sendiri.

"Craving for something?" soal lelaki itu prihatin. Mahu menunaikan apa yang diidamkan oleh si ibu mengandung sebelum wanita itu melahirkan nanti. Sudah sarat sangat waktunya sekarang. Jadi, biarlah si dia menikmati apa yang dimahukannya di akhir-akhir usia kandungan.

Humaira terus tersenyum lebar apabila mendengar soalan tersebut. Ini yang seronok apabila ada seseorang yang melayan apa yang kita idamkan. Buku menu yang berada di tangannya diselak-selak mencari sesuatu dan sebaik sahaja anak matanya tertumpu pada satu masakan yang dimahukan sedari tadi, anak matanya terus bersinar teruja.

"I want this!" Jari telunjuknya diletakkan di atas gambar masakan yang dimahukan. Mee kari. Nampak sedap. Nyum! Nyum!

Sang jejaka yang melihatkan senyuman penuh ceria bersama dengan anak mata yang bersinar teruja itu juga ikut tersenyum di hujung bibir. "Manja juga dia ni. Patutlah mamat tu sayang sangat." Dia menggumam perlahan bagi ruang pendengarannya sahaja.

Setelah itu, barulah dia kembali menutur kata buat si wanita. "Order la, mak buyung. Tak ada orang menghalang apa yang awak nakkan."

Penghulu Bidadariku : Aisyah Humaira [RE-PRINT]Where stories live. Discover now