PB | 21

1.9K 135 73
                                    

LENGAN yang masih terdedah itu dibutangkan menutupi pergelangan tangannya sebelum minyak wangi yang berada di atas meja dicapai dan disemburkan di beberapa bahagian tubuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LENGAN yang masih terdedah itu dibutangkan menutupi pergelangan tangannya sebelum minyak wangi yang berada di atas meja dicapai dan disemburkan di beberapa bahagian tubuh. Kemeja berwarna merah susu yang dipadankan dengan blazer berwarna biru gelap di luarnya dikemaskan kedudukan di tubuh sendiri.

Selesai merapikan diri, dia mengambil barang peribadinya iaitu, kunci kereta, dompet, dan beg bimbit. Langkah terus diatur menuju keluar dari bilik seusai memastikan tiada lagi barang yang akan tertinggal.

Kedengaran bunyi dentuman pinggan mangkuk dalam pada deria pernafasannya terhidu sesuatu bau yang agak wangi dari ruang dapur. Tidak berfikir panjang, dia menuju ke arah dapur dan anak matanya menangkap kelibat sang isteri yang tampak lincah di situ. Si anak dara pula sedang seronok mengacau si ibu yang sedang mengendong dirinya. Diusik-usik wajah ibunya dengan puting bayi yang berada di tangan.

"Aira..." tegurnya kepada wanita itu. Beg bimbitnya diletakkan di atas kerusi yang berada di ruang makan.

"Hm..." Terdengar sahutan perlahan daripada si isteri sebelum wanita itu mematikan api dapur dan memalingkan wajah menghadap kepadanya. Reaksi wanita itu seakan bertanya 'kenapa'?

"Selesa ke buat kerja macam tu? Sini, saya pegang anak." Tidak menunggu balasan daripada isterinya, dia terus mengambil si kecil daripada dukungan wanita itu.

Humaira hanya akur dan membiarkan. "Terima kasih." Dia menuju ke sudut lain pula untuk membancuh air buat sang suami setelah mengucapkan ayat itu.

Tidak bereaksi terhadap ucapan isterinya, Muhamad Azam Shah kembali ralit melayan si anak dara yang berada di dukungannya. Bukan main banyak ragam anaknya kini. Terkekeh-kekeh dia ketawa apabila wajah dan tubuhnya digomol dengan wajah si ayah.

Inilah kehidupan mereka kini...

Seorang ke hulu, seorang ke hilir. Tiada komunikasi kecuali jikalau ada perkara penting yang mahu dibincangkan. Kebiasaannya, ia melibatkan tentang si kecil.

Waktu tidur? Masih lagi di bilik yang sama. Juga katil yang sama. Tetapi, hanya setakat itu sahaja. Seakan ada jurang dan tembok yang dibina oleh pasangan suami isteri itu. Sangat berbeza dengan cara mereka berkomunikasi sebelum bernikah tempoh hari.

"Duduklah. Sarapan. Saya nak ke bilik. Nak bersiap," beritahu Humaira setelah dia meletakkan secawan susu di hadapan suaminya.

"Sini, Hannah..." Tangan menghulur kepada sang suami untuk mengambil anak di pangkuan lelaki itu.

"Pergi bersiap. Saya jaga anak... dan saya tunggu awak. Nanti, kita pergi kerja sekali. Naik kereta saya," balas Azam tanpa melepaskan si kecil daripada rangkulannya. Tubuh dibawa menghadap ke arah meja makan. Masakan Cik Puan Isteri pada pagi itu nampak menyelerakan. Nasi goreng cili padi bersama sambal sotong. Favourite! Nyum, nyum!

"Balik?" Sempat lagi Humaira menyoal. Agak risau. Bagaimana kalau dia balik lambat? Tak kan lelaki itu mahu menunggunya sehingga habis kerja?

Penghulu Bidadariku : Aisyah Humaira [RE-PRINT]Where stories live. Discover now