PB | 02

3.7K 196 21
                                    

TOK! Tok! Tok!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TOK! Tok! Tok!

Pintu bilik yang tertera megah nama sang suami sebagai seorang Ketua Pegawai Eksekutif diketuknya tiga kali. Tidak perlahan dan tidak juga kuat. Hanya beberapa saat yang diperlukan sebelum suara seorang lelaki di dalam sana kedengaran tanda membenarkan dia masuk ke dalam ruangan bilik itu.

Sebaik sahaja pintu bilik itu dikuaknya, dia merenung susuk tubuh yang tampak lesu di tempat duduknya. Kepala lelaki itu tersandar di kepala kerusi dengan wajahnya yang mendongak ke atas siling. Sepasang mata itu terpejam rapat dan ulas bibir itu juga terkatup tanpa bicara.

"Hubby..." Dia menegur lembut. Cuba untuk menyedarkan si dia tentang kehadirannya. Namun, yang didapatinya hanyalah sikap acuh tidak acuh daripada lelaki itu.

"Hm..." Suara yang terkeluar itu adalah tanpa nada. Tanpa riak. Tanpa dibuka sepasang mata dan ulas bibirnya.

Rasa ngilu di dada cuba ditahan dan diusir pergi.

Sebulan sudah berlalu sejak pemergian si adik. Tetapi, kenapa lelaki itu masih lagi begitu? Kenapa dia masih tidak berperasaan seperti itu? Dan, kenapa... kenapa aku yang mendapat tempias di atas apa yang terjadi? Adakah awak tak ikhlas dengan pemergian adik perempuan awak, Hubby? Adakah awak tak redha dengan segala perkara yang ditentukan-Nya? Kenapa? Kenapa awak berubah mendadak macam ni? Saya rindukan awak. Rayyan Harith saya yang manis, yang selalu buatkan saya rasa tenang dan selamat dalam segala perhatian dan kasih sayang yang dia curahkan kepada saya. Tetapi, kenapa awak...

Hanya keluhan di dalam hati yang mampu terluah.

"Buat apa dekat sini?" Soalan itu membuatkan dia tersedar kembali ke alam nyata. Wajah sang suami ditatapnya.

Kali ini, sepasang mata itu sudah terbuka luas. Tubuh tegap itu juga sudah tegak sepenuhnya di atas kerusi. Tidak lagi lesu. Tetapi, bukan wajah ayu isterinya yang dipandang. Sebuah fail yang terbentang di hadapan mata terasa seakan lebih menarik perhatiannya.

Humaira mengeluh perlahan. Terkilan. Apa fail tu lebih cantik daripada isteri awak ni ke, Hubby? Tanpa bersuara dan membalas pertanyaan Encik Suami, dia terus mendekati meja lelaki itu dan punggungnya juga dilabuhkan di atas kerusi empuk di hadapan si dia. Tidak peduli andai suaminya itu tidak memberi izin sekalipun.

"Dah jam enam setengah ni. Tak nak balik?" soalnya risau. Si dia nampak sangat 'workaholic' sejak kebelakangan ini. Pergi kerja di awal pagi dan pulang ke rumah setelah malam hari. Apa office awak ni lagi mendamaikan daripada rumah awak ke, Hubby? Ya Allah... betapa banyaknya persoalan yang mahu ditanyakan kepada sang suami. Tetapi, kenapa dia seolah-olah tidak mampu? Kenapa dia sangat gusar dan takut andai lelaki itu semakin dingin jauh daripadanya?

"Balik dulu. Saya masih tahu jalan balik." Dingin suara itu. Beku riak wajah itu.

Sangat tidak berperasaan dan ia membuatkan jiwa seorang Aisyah Humaira menjadi sakit. Sakit yang bukan sedikit dan bukan biasa-biasa. Dia menarik nafasnya dalam-dalam sebelum dihembus perlahan. Cuba melegakan pelbagai rasa yang sangat sarat di ruangan dada. Sesak.

Penghulu Bidadariku : Aisyah Humaira [RE-PRINT]Where stories live. Discover now