PB | 13

2.1K 142 31
                                    

DIA melangkah masuk ke dalam ruangan wad sebaik sahaja waktu sudah menginjak ke angka dua belas malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DIA melangkah masuk ke dalam ruangan wad sebaik sahaja waktu sudah menginjak ke angka dua belas malam. Dia kembali lagi kerana dia masih mahu meluangkan masa bersama dengan kedua kesayangannya itu pada saat-saat terakhirnya. Saat-saat terakhir sebelum dia menjalani pembedahan yang pada kemudiannya, tidak tahu lagi sama ada dia mempunyai peluang untuk bertemu dengan dua wajah itu lagi.

Nasib sahaja jururuwat yang menjaga ruangan itu memberi kebenaran apabila dia mengatakan bahawa dia merupakan bapa kepada si kecil itu dan sememangnya malam ini, bekas isterinya itu tidak dijaga oleh sesiapa. Bolehlah dia menyelinap masuk dan menjaga sendiri kedua insan kesayangannya itu. Lagi pula, wad yang didiami bekas isterinya itu adalah sebuah wad persendirian di hospital swasta.

Sebaik sahaja anak matanya tertumpu pada sekujur tubuh dan seraut wajah yang dirindui sejak beberapa bulan yang lalu, sebuah senyuman terukir di hujung bibirnya tanpa dapat ditahan. Hati merasa teruja. Seronok. Juga tenang. Tenang melihatkan wajah yang dirinduinya itu dengan jarak yang dekat sebegini. Bukannya tadi dia tidak dapat melihat seraut wajah ayu itu. Tetapi, kerana si dia sedang beremosi. Itu yang sukar dia mahu merenung lama wajah itu.

Tanpa bersuara, dia melabuhkan duduknya di atas bangku yang terletak di sebelah katil. Perlahan dan bersahaja tingkahnya. Tidak mahu membuat bising sehingga menganggu lena wanita itu. Dia tahu, pastinya si bekas isteri kepenatan setelah bertarung nyawa untuk melahirkan zuriatnya. Tetapi, itulah... bab menyindir dan marah, juara betul dia walau sakit-sakit pun. Ceit!

Wajah yang tampak polos dan sangat tenang dalam lenanya itu ditatap dalam. Lama sebelum sebuah senyuman tersungging penuh di ulas bibirnya lagi. Hati terasa bahagia dapat melihat wajah itu. Cinta, awak takkan tahu betapa rindunya saya pada awak selama ini. Awak takkan tahu betapa saya mahu kembali dan bertemu dengan awak selama ini. Awak juga takkan tahu betapa saya ingin peluk awak dan rasakan kehangatan tubuh awak dalam pelukan saya. Saya rindukan kita yang dulu. Sangat-sangat rindu.

Anak matanya meliar di seraut wajah itu. Sepasang mata yang terpejam rapat itu. Pucuk hidung yang tampak kemerahan itu. Juga ulas bibir yang tampak pucat itu. Sama pucat dengan bibirnya di kala ini. Rambut panjang yang tidak dilitupi dengan sebarang alas itu juga direnungnya. Sudah semakin panjang dari awal pernikahan mereka dahulu.

Tidak lama selepas itu, kedua belah tangannya ditongkatkan di atas dagu lalu diletakkan di atas katil itu. Betul-betul di sebelah tangan itu. Wajah itu direnungnya lagi. Redup. Penuh perasaan yang bermukim di jiwa.

Kemudian, tanpa serba-salah, dia menarik lembut jari-jemari wanita itu dan digenggam erat dengan jemari kasar miliknya. Hangat. Hangat terasa di hati apabila sentuhan mereka bersatu.

"Love..." Kali ini, dia membuka mulut. Ingin mengatur bicara. Ingin menyampaikan rasa di hati. Perlahan sahaja nada suaranya. Tidak mahu bekas isterinya itu mendengar walaupun baris-baris ayat yang akan dituturkan sememangnya adalah buat wanita itu.

Penghulu Bidadariku : Aisyah Humaira [RE-PRINT]Where stories live. Discover now