PB | 03

3.4K 194 148
                                    

SUSUK tubuh yang sedang ralit menyisir rapi rambut panjang miliknya ditatap sayu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUSUK tubuh yang sedang ralit menyisir rapi rambut panjang miliknya ditatap sayu. Lama renungannya kepada si isteri. Renungan bersama sinaran anak mata yang jelas sedang kesayuan dan kepiluan. Sudah dua bulan berlalu setelah wanita itu memutuskan untuk berbuat tidak peduli dengannya. Sudah dua bulan juga hubungan mereka suami isteri yang sememangnya dingin semakin bertambah renggang. Hambar. Tiada lagi tawa mesra. Tiada lagi belaian manja. Tiada lagi kata manis. Semuanya terasa kaku. Semuanya terlihat suram.

Sangat tipu andai dia mahu mengatakan bahawa cintanya buat wanita itu sudah pudar. Tetapi, tipu juga andai dia mengatakan bahawa dia boleh meneruskan hubungan mereka dan berpura-pura seolah-olah tiada apa yang terjadi. Layakkah aku terus mendampinginya, andai suatu hari nanti, aku akan pergi meninggalkannya? Layakkah aku terus mengikat dia dengan status perkahwinan kami, andai suatu hari nanti, sekeping hati lembut milik sang kesayangan akan disakitinya? Layakkah aku terus mempertahankan cinta ini, andai suatu hari nanti, hati ini tidak akan lagi wujud cinta buatnya?

Dan layakkah aku, seorang Rayyan Harith yang tidak punya apa-apa... buat seorang Aisyah Humaira?

Kestabilan syarikat yang merosot sejak akhir-akhir ini. Kesihatan yang semakin memburuk dari hari ke hari. Hala tuju masa depan yang semakin kelam dan suram. Layakkah aku? Sungguh, hatinya tinggal masa untuk berkecai. Jujur, jiwa lelakinya hanya tunggu masa untuk kembali mati.

Tuhan? Huh? Siapakah Dia? Untuk apa lagi aku ingatkan Dia? Bertahun-tahun aku sembahyang, mengabdikan diri kepada-Nya. Tetapi, apakah pengakhirannya? Dia tidak pernah mengabulkan permintaanku. Dia tidak pernah mendengar doa-doaku. Dia mengambil pergi satu-persatu manusia yang aku sayang. Selepas ini, siapa? Siapa lagi? Si kembar, Raisha Hanani? Atau... si isteri, Aisyah Humairanya?

Seorang demi seorang manusia yang ada bersama dan rapat dengannya meninggal dunia. Apakah aku nasib aku memang malang sebegini? Apakah aku ini hanya membawa 'sial' buat mereka semua? Tidak. Dia tidak sanggup andai seorang Aisyah Humaira juga diambil pergi daripadanya. Dia tidak akan membiarkan wanita itu mengalami nasib yang sama dengan keluarganya yang lain. Yang paling penting, dia sangat tidak mahu wanita itu merasai kesakitan yang sama apabila dia kehilangan semua manusia yang disayanginya dahulu. Tidak sama sekali!

Perlahan-lahan, dia melangkah dan mendekati si Isteri yang tampak sangat ralit dengan tingkahnya itu. Selesai menyisir rapi rambut, wanita itu terlihat mengoles sejenis krim putih pada wajah. Kemudian, losyen tangan dan kaki pula yang disapukan oleh si dia di tubuh sendiri.

"Aira..." Sebaris nama itu dipanggil perlahan. Reaksi wanita itu dicarinya. Tetapi, sayang... hanya wajah beku, tanpa senyuman, tanpa kemesraan, yang ditayangkan oleh si dia kepadanya. Dia hanya mampu akur. Pasrah. Sudah pasrah menghadapi kedinginan, kebisuan dan juga kesinisan daripada wanita itu. Dia tidak akan menyalahkan wanita itu. Sememangnya silap dia dari awal. Tetapi, maaf, Aira... I can't hold it anymore. Saya dah tak sekuat Rayyan Harith yang dulu. Saya dah penat. Saya dah lelah. Saya dah cukup sakit dengan segala perkara yang terjadi. Jadi, ya. Saya pilih untuk...

Penghulu Bidadariku : Aisyah Humaira [RE-PRINT]Where stories live. Discover now