PB | 06

2.6K 180 40
                                    

"SHE'S pregnant

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SHE'S pregnant. Kurang air dalam badan dan dia terlampau stress. Itu yang dia jatuh pengsan." Sebuah berita yang baru sahaja sampai di telinganya membuatkan seorang Rayyan Harith terduduk. Sepasang matanya lantas terpejam rapat menahan rasa di hati. Wajahnya diraup berkali-kali. Kusut. Ruang dada terasa sesak. Tersangat sesak.

"I can't believe this," luah Rayyan perlahan. Kedua belah matanya kembali mencelik. Namun, ia terlihat kemerahan pada ketika ini.

"Iyan..." tegur Medina lembut.

"Berapa lama dah?" soalnya tanpa mempedulikan panggilan doktor wanita itu.

"Ten weeks. Almost three months."

Rayyan mengetap bawah bibirnya rapat. Dia tertunduk pilu. "Maknanya... waktu I lafazkan talak ke atas dia, dia tengah mengandung?" Lebih soalan kepada diri sendiri sebenarnya. Tetapi, tetap juga si doktor dapat mendengarnya.

"It was not your fault. You don't know about it," pujuk Medina..

Rayyan tersenyum sinis. Kesinisan untuk diri sendiri. "Memanglah I tak tahu kalau sebelum penceraian tu pun, kami dah buat haluan masing-masing. I yang mulakan semuanya. Salah I. Semuanya salah I." Dia terus-terusan menyalahkan diri sendiri.

"Dah tu, you nak buat apa sekarang? Nak rujuk?" Medina menyoal kerana mahu tahu. Sempat juga dia menoleh ke arah wanita yang masih terbaring lesu di atas katil.

"It's too late," ungkap Rayyan perlahan. Penuh kesal.

"Iyan..." Medina mara ke hadapan dan dia menyentuh lembut bahu lelaki itu. Cuba menenangkan.

"Perlu ke berdrama dekat sini? Depan saya? Huh?" Sinis soalan yang terbit di ulas bibir milik seorang Aisyah Humaira yang sudah bangkit daripada baringannya.

Tangan Medina terus teralih laju daripada bahu lelaki itu.

Manakala, Rayyan pula mengambil langkah untuk mendekati bekas isterinya. "Aira..." tegurnya kepada sang kesayangan. Dia cuba menyentuh tangan wanita itu. Namun, tangan itu dialihkan laju oleh empunya diri.

"Hebat... kan, awak? Waktu saya tengah tak sedarkan diri pun awak boleh bawa balik dia masuk rumah. Agak-agak macam mana keadaan sebelum kita bercerai dulu?" sindir Humaira. Wajah bekas suaminya dan wajah wanita di hujung katil itu ditatap silih berganti. Penuh amarah.

"Aira, let me explain. Benda bukan macam apa yang awak fikirkan..." Rayyan cuba memujuk.

"Fikirkan apa? Fikirkan apa, Rayyan? Awak sendiri kata dekat saya, awak jatuh cinta dengan dia. Awak cintakan dia. Salah ke saya buat tanggapan sendiri? Huh? Salah? Untuk apa nak pertahankan diri awak lagi? Benda dah terbukti jelas depan mata saya." Humaira terus mengasak soalan kepada lelaki itu.

Penghulu Bidadariku : Aisyah Humaira [RE-PRINT]Where stories live. Discover now