PB | RANDOM TEASER

2.5K 120 53
                                    

"TADI kata atas urusan kerja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TADI kata atas urusan kerja..." Suara halus yang sedang menggumam perlahan ketika itu jelas meniti di deria pendengarannya memandangkan jarak kedudukan mereka tidak sampai beberapa meter.

"Ada saya kata akan ada orang lain yang join kita sama ke?" balas Rayyan bersahaja. Cukup tenang. Tanpa menoleh pandang ke arah si wanita yang berada di sisi.

Humaira hanya mampu mencerlung tajam wajah itu. Tidak puas hati. Mengapa hari ini dia asyik perlu menghadap wajah majikannya yang satu ini? Konon alasan kerja! Padahal, tengoklah sekarang ini. Buat rugi sahaja dia angkut sekali segala barang kerja yang ada. Ceit!

"Duduk," arah Rayyan selamba sebelum dia turut melabuhkan duduk di kerusi berhadapan wanita itu. Ulas bibir si dia terlihat menggumam sesuatu lagi dengan riak wajah yang terpamer tidak puas hati. Dia hanya mampu menggeleng melihatkan gelagat bekas isterinya. Terasa seakan menggamit memori sewaktu mereka masih bersama dahulu.

Tanpa dapat ditahan, ulas bibirnya mengukir senyum sendiri saat anak mata terlihat si wanita turut akur dan melabuhkan duduk di hadapannya. Tidak lama kemudian, seorang pelayan wanita datang menghampiri mereka demi membuat pesanan.

"I'm kinda jealous," luahnya berterus-terang dalam pada anak matanya terlihat ralit merenung ke seraut wajah ayu itu. Si dia sedang leka menatap skrin telefon bimbit yang tergenggam kemas di kedua-dua belah tangan pada ketika itu.

"Hm?" Hanya balasan itu yang kedengaran daripada ulas bibir mungil si wanita sambil riak wajah itu berkerut seakan memikirkan sesuatu.

"Nampak prihatin sangat awak dengan perasaan suami awak tu sedangkan dulu, dengan saya... awak selalu buat tak peduli bila saya dingin dengan awak. Tak peduli pun apa yang saya rasa. Saya sakit ke tak... makan ke tak... tak pernah nak tanya." Bicara yang dituturkan oleh Rayyan kedengaran amat bersahaja, namun isi penyampaiannya cukup mendalam sehingga merubah riak pada wajah ayu itu.

"Tengah mengungkit masa lalu ke macam mana ni?" Humaira meletakkan telefon bimbitnya di tepi meja. Seraut wajah tampan itu diberikan perhatian dengan renungan yang agak tajam. Pada masa yang sama, hati agak terusik kerana bukan telahan lelaki itu yang dilakukannya tadi. Entah mengapa, dia merasa berat untuk menghubungi sang suami untuk meminta izin. Mungkinkah kerana diri dapat menebak bahawa bukan urusan kerja yang menjadi asbab pertemuan ini?

"What do you think?" Soalan berbalas soalan.

Terasa sakit pula hati Humaira melihatkan sebuah senyuman sinis yang terukir di hujung bibir itu. Seakan cuba mencabar hati dan perasaannya. Mengapa perlu diungkit silapnya dalam perhubungan mereka dahulu? "Tadi kata kita lunch atas urusan kerja, kan? Saya tak nak berbincang hal lain."

Penghulu Bidadariku : Aisyah Humaira [RE-PRINT]Where stories live. Discover now