PB | 11

2.5K 162 22
                                    

SEPASANG matanya dicelikkan dengan wajah yang semakin tenang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEPASANG matanya dicelikkan dengan wajah yang semakin tenang. Tidak lagi berkerut-kerut menahan bisa di tubuh dan kepala seperti tadi. Dia bangkit daripada duduknya setelah hampir setengah jam melawan kesakitan yang sangat-sangat tidak tergambarkan melalui kata-kata. Kesakitan yang sangat tidak terperi rasanya. Kesakitan yang membuatkan dia rela andai nyawanya ditarik pada saat ini juga.

Langkah kakinya diatur ke arah 'cermin berdiri' yang terdapat di dalam ruangan bilik tidur. Senyuman hambar terukir di ulas bibirnya apabila melihat wajah dan susuk tubuh sendiri di dalam cermin itu. Jelas sangat berlainan berbanding seorang Rayyan Harith di suatu masa dahulu. Perbezaan yang ketara dari segi penampilan dan fizikal. Kepala yang sudah sepenuhnya tidak berambut. Bibir yang pucat dan kering. Wajah yang semakin cengkung dari hari ke hari. Susuk tubuh yang susut dan seakan tiada lagi lemak di tubuh badannya.

Sungguh, dia malu. Malu mahu keluar dan berjumpa dengan manusia lain di luar sana. Malu mahu menunjukkan keadaannya kepada dunia di luar sana. Malu mahu membiarkan diri dipandang aneh sedangkan dahulu dia terlihat gah dengan segala kurniaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Inilah yang terjadi apabila nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah pada suatu masa dahulu, sudah ditarik pergi. Sudah tidak lagi dapat dikecapi. Sudah tidak lagi dirasai.

Lama dia merenung wajah dan penampilannya sendiri di hadapan cermin itu sebelum...

Bam!

Tumbukannya laju menghentam cermin kaca di hadapan mata.

Prak!

Bunyi kaca retak kedengaran di dalam bilik tidurnya.

Tidak lama kemudian, setitis demi setitis air matanya mengalir lesu di wajahnya yang tampak pucat dan tidak bermaya. Ulas bibirnya juga terketar-ketar menahan esakan daripada terhambur keluar.

"Kenapa aku, ya Allah? Kenapa aku?" Dia merintih pilu. Berkali-kali dia bertanya soalan itu kepada Yang Maha Esa. Tetapi, kenapa sampai sekarang dia masih tidak mendapat jawapan? Kenapa sampai sekarang dia masih lagi terseksa dan diseksa?

"Kenapa ujian ini yang Engkau berikan? Kenapa ujian ini terasa sangat sukar, Ya Allah? Dan kenapa semakin hari aku semakin lelah, andai ujian ini diberikan untuk menguatkan aku?"

Buk!

Dia terduduk melutut di atas lantai itu. Penuh perit yang terpaksa ditelan sendiri di dalam ruangan hatinya. Penuh sakit yang mencengkam di ruangan dadanya. Juga penuh pilu yang menusuk-nusuk di ruangan jiwanya.

"Aku sudah tidak terdaya, ya Allah. Aku sudah tidak terdaya. Aku lelah. Aku penat." Dia mengadu kepada entiti yang tidak terlihat dalam esakan yang masih berlagu di kala itu.

"Kenapa Engkau tidak mengizinkan sahaja andai nyawaku ditarik sekarang?" Dia menyoal pula dengan nada suara yang cukup sayu. Pandangan didongakkan ke atas. Kosong. Tiada sesiapa. Tetapi, dia yakin, ada yang sedang melihatnya. Memerhati setiap gerak-geri dan tindak-tanduknya.

Penghulu Bidadariku : Aisyah Humaira [RE-PRINT]Where stories live. Discover now