PB | 22

1.9K 141 90
                                    

"BOLEH aku tegur kau beberapa perkara tak?" soal Aryan setelah pelayan yang mengambil pesanan mereka berlalu dari situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BOLEH aku tegur kau beberapa perkara tak?" soal Aryan setelah pelayan yang mengambil pesanan mereka berlalu dari situ. Pasa masa yang sama, dia meletakkan kedua belah tangannya di atas meja dengan posisi ia saling memeluk sesama sendiri. Seakan memeluk tubuh sebenarnya, tetapi kedua belah tangannya itu bukanlah melekap kemas di dada. Wajah milik sang teman yang berada di hadapan mata ditatap. Serius.

Entah mengapa, kali ini dia meminta izin untuk menegur dan menasihati rakannya. Selalunya, tidak pula dia berhemah seperti ini. Terjahan dan semburan lebih kerap digunakan seandainya dia ingin menegur sesuatu. Biasalah. Manusia yang bernama lelaki. Kami tidak sukakan kiasan dan pendahuluan. Terus ke isi utama. Itu akan membuatkan kami lebih memahami manusia lain atau mahkluk berlainan jantina yang bernama wanita.

"Apa dia?" Berkerut seketika wajah milik Muhamad Azam Shah ingin menghadam ayat 'meminta izin' itu. Macam serius sahaja lagak rakannya di kala ini. Sempat juga dia membuka kedua belah butang lengan kemejanya dan dilipat rapi kedua belah lengan itu sehingga ke siku. Kebiasaannya, dia akan memakai uniform yang sememangnya ditetapkan oleh syarikat sendiri memandangkan dia adalah seorang jurutera. Kerap turun dan melawat tapak pembinaan. Tetapi, hari ini, sepasang kemeja berserta seluar slack yang tersarung kemas di tubuh menjadi pilihan memandangkan tidak ada kerja yang memerlukan dia keluar dari pejabat.

"Hati kau masih ada pada cinta lama ke?" soal Aryan. Riak wajahnya seakan biasa, tetapi, nada suaranya cukup tegas pada ketika itu. Wajah milik si teman direnung agak tajam.

"Mak... maksud kau?" Teragak-agak Azam menyoal kepada rakannya itu. Cinta lama? Dia maksudkan...

"Dia yang kau cintakan selama ni... dah tak ada, Am. Kau masih tak sedar ke?"

Azam terkedu. Bibir terkatup rapat. Lidah terkelu. Terasa tidak mampu dicerna sebaris ayat itu. Jiwa sudah bergetar pilu. Sungguh, sebaris ayat itu seakan batu besar yang menghempap dirinya. Menyedarkan dia yang selama ini dia berada di alam fantasi. Fantasi bersama seorang gadis yang dicintai. Tetapi, hakikatnya, gadis itu sudah lama pergi dan meninggalkannya jauh dari bumi ini.

"Ary..." Dia mahu mengungkapkan sesuatu. Tetapi, lidah terasa kebas. Otak terasa beku. Langsung tiada satu ayat pun yang mampu terbit dari ulas bibirnya.

"Wake up, Am. Bangun. Bangun daripada tidur kau. Bangun daripada mimpi panjang kau. Sampai bila kau nak terus-terusan macam ni? Sampai bila, Am?" Aryan kembali mengasak soalan kepada temannya.

Muhamad Azam Shah mengetap rapat bibirnya sendiri. Sakit. Pedih. Itu yang dirasainya di ruang hati. Mengapa? Mengapa mereka tidak mahu memahami apa yang aku rasa? Gadis yang aku cintai, meninggalkan aku tanpa pesan. Tanpa sempat aku meluahkan apa yang aku rasakan padanya selama ini. Dia berlalu di saat aku sudah menetapkan di hati ini bahawa dia akan menjadi yang terakhir. Cinta terakhirku.

Penghulu Bidadariku : Aisyah Humaira [RE-PRINT]Where stories live. Discover now