PB | 25

3K 232 153
                                    

LANGIT berwarna biru yang terbentang luas di hadapan mata ditatap dengan hati yang agak tenang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LANGIT berwarna biru yang terbentang luas di hadapan mata ditatap dengan hati yang agak tenang. Ketenangan yang sudah lama tidak dikecapi sejak pemergian seorang insan yang dicintai sepenuh hati. Entah bagaimana, hari ini, pada waktu ini, dia dapat mengecapi ketenangan itu sekali lagi. Mungkinkah kerana hati sudah benar melepaskan si dia dan menerima kehadiran orang baru di dalam hidup?

Dia masih tidak punya jawapan untuk itu.

Tetapi, yang pasti, hati sangat damai dan bahagia dengan keluarga yang dipunyai kini.

Si kecil yang berada di atas pangkin dan sedang cuba untuk merangkak ditatapnya. Lama. Sungguh, seorang Ammara Hannah adalah kebahagiaannya kini. Walau bapa kepada si kecil ini telah memberi luka yang terdalam di sudut hatinya. Namun, tetap juga si kecil ini dikasihi sepenuh jiwa dan raga.

Sebuah senyuman terukir di ulas bibirnya apabila tingkah laku anak perempuannya itu terasa mencuit hati. Gigih sungguh si kecil itu mahu merangkak dan riuh juga mulutnya menceceh dengan bahasa yang hanya difahami olehnya sendiri.

"Baba, baba..." Ungkapan yang terbit daripada bibir comel itu membuatkan senyuman di bibirnya semakin mekar. Entah apa yang anaknya itu katakan! Sempat dia menaikkan tangan dan kepala anak perempuannya diusap perlahan. Penuh kelembutan dan kasih sayang.

"Baba, baba!" Suara si comel semakin riuh bersama sepasang mata membulat menatap wajah ibunya yang memandang.

"Riuhnya anak ibu sekarang. Dah besar dah dia. Pandai nak membebel dah." Tubuh si kecil diangkat dan dibawa ke pangkuannya sebelum digomol geram wajah comel itu. Bukan main suka lagi anaknya ketawa!

"Nice view."

Suara garau yang tiba-tiba kedengaran dari arah belakangnya membuatkan tingkah seorang Aisyah Humaira terhenti. Senyumannya juga mati. Degupan jantung dirasakan tidak sekata secara tiba-tiba. Debaran yang memalu di ruang hati juga terasa kencang. Seakan cukup dikenali suara yang di dengarinya itu. Diakah?

Perlahan-lahan, tubuhnya dibangkitkan daripada duduk di atas pangkin sebelum dipusingkan seiring dengan seraut wajah yang menoleh pandang ke arah punca suara itu. Dia langsung bungkam saat terlihat pemilik suara itu berada di hadapannya. Seakan ada guruh yang berdentum tepat di tepi telinganya. Lidahnya terasa kelu. Otaknya terasa beku. Seluruh tubuh seakan sudah digam apabila dia tidak dapat menggerakkan mana-mana anggota tubuhnya. Kaku sahaja dia berdiri di hadapan si dia yang menegur.

Si dia yang pernah menjadi punca bahagia dan deritanya seorang Aisyah Humaira... kini, sedang berada di hadapan mata dan menatap lama wajahnya.

Entah bagaimana, ketenangan yang diperolehinya tadi terasa beransur hilang.

Dua pasang mata sedang saling merenung. Seorang dengan tatapan yang sangat tajam dan penuh dingin. Di samping, masih terbit lagi sinaran rindu dan cinta yang masih bersisa di ruangan hati. Manakala, seorang lagi dengan renungan yang terlihat sungguh tenang. Setenang air wajah itu. Juga setenang gayanya berdiri yang terlihat santai dengan memasukkan kedua belah tangan di dalam poket seluar.

Penghulu Bidadariku : Aisyah Humaira [RE-PRINT]Where stories live. Discover now