Saffiya yang sedang sibuk menyusun fail penting syarikat itu dikejutkan dengan suara seseorang dari pintu bilik pejabat nya
"Cik Saffiya, ada orang nak jumpa" beritahu pembantu pribadinya yang baru masuk ke dalam pejabatnya
"Suruh dia masuk"kata Saffiya
Setelah duduk di kerusi kerjanya dia memandang ke arah seorang lelaki yang baru masuk ke dalam pejabatnya
Terngangan mulut Saffiya tatkala terpandang figura lelaki itu yang baru berdiri di hadapannya
Penampilan lelaki itu sungguh kacak dengan blazer hitam yang tersarung ditubuh lelaki itu dan senyuman manis yang tidak lekang di bibir
"Selamat pagi cik Saffiya, saya Aryan Khairiel dari Syarikat Trenzy saya diberitahu oleh Dato Mazlan untuk bertemu dengan Cik Saffiya bagi meluluskan produk terbaru dari syarikat kami" kata lelaki itu
"Oh ya, silakan duduk" Saffiya mempelawa lelaki itu
"Dato Mazlan ada beritahu saya pasal produk dari syarikat Trenzy dan saya juga dah tengok proposal yang awak hantar tu dan saya sangat berpuas hati dengan reka bentuk kereta baru yang syarikat awak keluarkan" puji Saffiya
Aryan yang duduk dihadapannya sudah senyum senang apabila produk syarikat mereka dapat menarik minat wanita yang berkerjaya seperti Saffiya ini
"Saya dah tanda tangan untuk kelulusan produk tu dan selebihnya awak perlu berjumpa dengan Dato Mazlan sendiri" kata Saffiya sambil menghulurkan sebuah fail ke tangan Aryan
"Terima kasih cik Saffiya" ucap Aryan sambil tayang senyum manisnya
Saffiya sudah tidak dapat mengawal dirinya lagi setelah melihat senyuman lelaki yang berada di hadapannya kini
"Awak masih bujang atau dah berpunya?" Tanya Saffiya dengan berani
"Kenapa, ada apa dengan status saya?" Tanya Aryan pelik pula apabila wanita itu bertanya soalan pribadi kepadanya
"Saja, awak nampak kacak sebab tu saya tanya kalau dah berpunya saya takkan ganggu tapi kalau belum saya nak try awak boleh?" Tanya Saffiya
Dia mengaku walaupun ini kali pertama mereka bertemu namun dia sudah terpikat dengan lelaki ini wajah kacak milik lelaki ini dan tubuhnya yang tegap sudah membangkitkan satu rasa di hati Saffiya
"Bujang atau tak saya rasa biar saya aje yang tahu , apapun terima kasih sebab luluskan projek syarikat saya" kata Aryan sebelum berlalu keluar dari bilik itu
Dia juga sedang mengawal perasaannya ketika ini kerana dari tadi dia tenung oleh wanita itu dia dapat rasakan tubuhnya menjadi hangat tanpa sebab walaupun bilik itu sejuk dengan penghawa dingin
Mata hijau milik Saffiya begitu cantik sekali ketika sedang merenungnya tadi
Tidak pernah dia merasa perasaan sebegini ketika dengan wanita lain , Aura Saffiya Ashiffa begitu kuat menjentik naluri lelakinya
Manakala Saffiya pula masih tersenyum sumbing dengan jawapan lelaki tadi , dia tahu Aryan masih belum berpunya namun sengaja dia menduga lelaki itu
Siapa yang tidak kenal dengan Aryan Khairiel Bin Arriel Zafran pemuda terkaya di Malaysia dengan hasil rekaan keretanya sendiri
YOU ARE READING
Milik Aryan Khairiel☑
RomanceDia kaum adam yang mampu menundukkan para gadis di bawah kaki nya, dia memiliki segala2 nya di dunia ini katakan sahaja apa yang tidak ada pada lelaki ini kekayaan dan kedudukan tidak perlu dikejar semuanya sudah dia miliki. Namun hanya dengan kemun...