Tiba di rumah dua tingkat itu Aryan sudah masuk ke dalam dahulu meninggalkan Saffiya yang baru keluar dari kereta
"Mulai harini ini rumah kita, nanti kunci pendua rumah ni saya akan bagi kalau awak nak tengok2 dulu pergi lah saya nak bawa naik beg2 ni dulu" kata Aryan
Saffiya tersenyum senang apabila Aryan menggelar rumahnya sebagai rumah mereka berdua
Saffiya yang ditinggalkan di bawah itu menyesuaikan diri dengan berjalan ke dapur dan membuka setiap kaninet yang berada di dapur
Boleh dikatakan semua kabinet itu kosong tanpa stok makanan
"Saya tak pernah beli stok makanan semua saya oder aje dari grab atau food panda"kata Aryan yang baru turun
"Tak apa kejap lagi kita pergi beli saya akan pilih" kata Saffiya
Aryan bersetuju dan memanggil Saffiya untuk ke atas dia ingin menunjukkan bilik mereka
"Ni bilik kita nanti awak boleh kemas baju2 awak letak dalam almari tu saya dah asingkan baju saya kat sebelah" kata Aryan
"Jadi kita akan tidur sekali ke kalau awak tak selesa tak apa saya boleh tidur bilik lain" kata Saffiya
"Kenapa, awak tak nak tidur dengan saya sebab awak nak report dekat mama yang saya buli awak dekat sini?" Sindir Aryan
"Saya tak report pun dekat mama saya cuma risau kalau awak tak selesa kan awak cakap awak setuju pun sebab nak jaga hati mama" kata Saffiya dengan suara perlahan cuba menenangkan hatinya
"Tak payah risau pasal saya, kemas aje baju2 awak tu kejap lagi nak pergi beli barang dapur lagi" kata Aryan dan keluar dari bilik tidur mereka
Saffiya mengeluh perlahan dan dia membuka beg pakaiannya lalu di simpan di almari Aryan
Sejam kemudian mereka berdua keluar ke pasaraya berdekatan kawasan perumahan itu
Tiba di pasaraya Saffiya menjalankan tugasnya sebagai isteri dengan memilih bahan2 dapur keperluan mereka serta barang2 rumah yang lain
Setelah Aryan membayar semua barang yang dibeli mereka berdua ke IKEA untuk membeli perabot yang tidak ada di rumah bujang Aryan dahulu
Selesai membeli belah mereka pulang ke rumah , Saffiya terus ke dapur untuk menyimpan barang manakala Aryan naik ke atas untuk membersihkan diri
Pada malam itu Saffiya ingin menggoda Aryan dengan sengaja menyarungkan baju tidur yang agak jarang
Aryan yang sedang menonton siaran TV di ruang tamu itu terasa bahunya diurut lembut oleh Saffiya dia juga dapat mencium bau haruman yang melekat pada tubuh Saffiya sama seperti malam kemarin
Bau itu sahaja sudah mampu menggoyah iman Aryan inikan pula dengan sentuhan lembutnya
"A..awak nak apa?"tanya Aryan tanpa menoleh memandang Saffiya
"Tak mengantuk lagi ke dah pukul 11 ni?" Tanya Saffiya pula
"Kejap lagi saya naik, pergilah tidur dulu"kata Aryan
"Jom lah naik sekali saya takut nak tidur sorang2 dekat tempat baru ni" kata Saffiya yang sengaja melentokkan suara
"Hm...kejap saya tutup suis semua dulu"kata Aryan dan bangun
Saffiya sudah tersenyum senang segera dia berlari naik apabila Aryan sudah memakan umpannya
Aryan yang baru masuk ke bilik tidur itu terkaku dihadapan pintu dan air liur ditelan beberapa kali, terkejut dengan apa yang berada di hadapan matanya kini
Saffiya begitu menggoda sekali sedang berbaring mengiring memandangnya, baju yang dipakai Saffiya itu sudah terselak naik dan menampakkan paha gebunya
"Kata tadi dah mengantuk kenapa tak tidur?" Tanya Aryan sengaja mahu mengalih perhatiannya daripada terus terpandang akan makhluk tuhan yang paling seksi itu
Dia yang baru berbaring di katil diterkam oleh Saffiya yang memanjat naik ke atas tubuhnya
"Awak tak tuntut lagi hak awak semalam, awak nak tuntut malam ni tak?" Tanya Saffiya dengan soalan menggoda
"Apa awak merepek ni, tidurlah esok saya dah start kerja" kata Aryan yang bersusah payah mengawal suaranya
"Ala...abang ni Fiya nak goda abang tapi abang nak tidur pula, tak apa Fiya janji esok Fiya akan kejut abang kalau abang terbabas tidur"kata Saffiya
"Tak menyesal ke?" Tanya Aryan
"Tak, Fiya kan memang hak abang kenapa nak menyesal pula" kata Saffiya
"Kejap saya tutup lampu ni dulu" kata Aryan sambil mengusap perlahan pipi Saffiya
Lampu di meja kecil sebelah katil itu ditutup dan Saffiya dengan gembiranya menerima setiap sentuhan Aryan
YOU ARE READING
Milik Aryan Khairiel☑
RomanceDia kaum adam yang mampu menundukkan para gadis di bawah kaki nya, dia memiliki segala2 nya di dunia ini katakan sahaja apa yang tidak ada pada lelaki ini kekayaan dan kedudukan tidak perlu dikejar semuanya sudah dia miliki. Namun hanya dengan kemun...