Bab 14

18.5K 489 0
                                    

Aryan Khairiel

Aku rasa bersalah pula mendengar dia menangis di sebalik pintu yang sudah tertutup rapat itu bukan niat aku untuk menyakitkan hati dia tapi aku ingin tahu sama ada dia jujur cinta kan aku atau dia juga sama seperti wanita2 lain yang hanya cinta kan rupa paras aku dan akhirnya dia akan mainkan perasaan aku

Waktu makan tengah hari aku sudah nampak kelibat keretanya mengikuti kereta aku, tahu sangat pasti dia mahu mengintip gerak geri aku

Jika benar dia cintakan aku dia pasti akan berdepan dengan aku dan meminta penjelasan dari aku

Wanita yang aku jadikan alat ujikaji ini sudah melampau perangainya sampai naik rimas aku dibuatnya asyik merengek dari tadi kalau si dia tidak mengapa juga memang aku sudah biasa dengan sikap manjanya

Sudah lama aku menunggu untuk si dia yang sedang mengendap di sebalik pokok hiasan itu untuk muncul di hadapan aku namun lain pula jadinya bila si dia terduduk dan menangis di situ

Terguris hati aku melihat tangisannya terasa seperti hati aku disiat berkali kali melihat wajah sedihnya itu, aku nekad untuk hentikan lakonan ini aku sudah  tidak sanggup lagi

Dalam aku menapak ke arahnya ada seorang lelaki yang tidak kurang kacaknya menegur si dia dan aku dapat tangkap wajah gelisah si dia tidak pasti sama ada benci atau takut

Melihat dia yang diam seperti patung hiasan disitu aku segera menghampiri dan memaut bahunya ingin memberi peringatan pada lelaki itu bahawa si dia sudah berpunya dan aku pemilik dia

Namun reaksi yang diberikan dia membingungkan aku, kenapa dia kelihatan begitu sedih? Tidak pasti kerana lakonan aku sebentar tadi atau kerana kemunculan lelaki ini

Tapi siapa pula lelaki ini, dari gayanya aku tahu dia bukan mahu menggoda isteri aku tapi dia sepertinya sudah lama mengenali isteri aku

Mata aku sudah tajam merenungnya namun dia juga membalas renungan aku bersilih ganti dengan tangan aku yang masih berada di bahu isteri aku

"Daniel Amran" lelaki itu menghulurkan tangannya

Untuk tidak merendahkan ego aku sambut jua tangannya itu

"Aryan, suami Saffiya" aku kenalkan diri aku dan aku dapat tangkap riak terkejut lelaki yang dikenali Daniel ini

"Oh...kenapa abang Danie tak tahu pun Shiffa dah kahwin?" Tanya lelaki tadi pada isteri aku yang masih diam

Aku sudah kurang senang dengan gelaran yang dia gunakan tadi

'Abang?' Apa hubungan mereka sehingga semesra itu gelaran yang digunakan

"Perlu ke abang tahu?" Tanya isteri aku yang baru kini menatap mata lelaki itu

Dia kelihatan seperti terguris dengan kata2 isteri aku namun aku lebih tidak suka dengan gelaran yang dia gunakan untuk lelaki itu

Aku jadi tertanya tanya tentang hubungan mereka, kenapa isteri aku kelihatan begitu sedih dan lelaki itu kenapa terkejut dengan kenyataan bahawa si dia sudah menjadi isteri aku

Setelah lelaki itu diam memandang isteri aku, si dia menarik tangan aku untuk keluar dari mall itu

"Saya ada bawa kereta saya, thanks sebab datang tadi" kata dia dan ingin berlalu pergi tanpa memandang wajah aku

"Naik kereta saya" aku tarik tangannya dan berlalu ke kereta aku

"Tak apa saya boleh drive sendiri lagipun saya nak balik pejabat ada meeting kejap lagi"kata dia yang masih berkeras dan masih tidak mahu memandang wajah aku

Masih marah barangkali namun aku tidak akan membiarkan dia memandu dalam keadaan yang serabut begini

"Biar saya hantar, kereta awak ni tak apa nanti pembantu saya akan datang ambil" aku bukakan pintu penumpang untuknya

Dia tanpa banyak bunyi terus masuk dan sepanjang perjalan aku perhatikan dia masih diam dan asyik memandang ke luar tingkap

"Siapa lelaki tadi tu?" Aku tanya setelah lama kami berdua diam

"Kawan lama" jawabnya ringkas tanpa memandang aku

"Kawan lama? Panggilan abang untuk kawan menunjukkan dia bukan kawan yang biasa2" sengaja aku keluarkan ayat berbisa itu kerana aku masih tidak suka dengan panggilan itu

"Dan panggilan sayang untuk perempuan lain menunjukkan saya ni tak bererti sepanjang perkahwinan kita ni" sindir dia yang membuatkan aku terdiam

Betul juga aku yang mulakan semua ini aku yang ingin lakukan lakonan bodoh yang menyakitkan hati dia

"Saya..tak ada apa2 hubungan dengan dia saya tahu awak ada depan pintu bilik tu pagi tadi jadi saya sengaja panggil dia macam tu" aku terangkan pada dia aku tidak mahu dia salah sangka lagi

"Saya dah tak kisah, saya tahu selama ni saya aje yang terhegeh hegeh pada awak macam tak tahu malu jadi saya tak layak untuk marah sebab memang dari awal awak dah tunjuk yang awak tak suka dengan saya" sekali lagi dia buat hati aku rasa bersalah dan rasa mencengkam

Kereta aku berhentikan dia bahu jalan aku sudah tidak mahu lanjutkan semua ini aku tidak mahu kami pulang dengan perasaan yang begini

"Semua tu cuma lakonan saya tak ada apa2 hubungan dengan dia dan saya tahu awak ikut saya dari pejabat lagi. Awak tak perlu rasa malu dengan saya sebab kita dah berkahwin memang tugas awak untuk goda saya sampai saya sayang pada awak dan tak pandang lagi perempuan lain" aku usap pipi gebunya dengan lembut

Dia sudah merah wajahnya seperti tomato pipinya, aku tahu dia malu tapi suka bila aku usap wajahnya begini

"Tak salah untuk seorang isteri terhegeh hegeh dengan suami dia dan saya suka bila awak buat perangai manja macam tu saya tak rasa kekok bila dekat dengan awak" aku pujuk lagi hati dia supaya dia tidak lagi memikirkan hal yang bukan2

Apabila melihat dia tersenyum malu aku senang sekali kerana sudah berjaya membuat dia melupakan hal tadi

Milik Aryan Khairiel☑Where stories live. Discover now