Special edition 2*

13.5K 383 14
                                    

Sampul surat itu disimpan ke dalam laci meja kerjanya sebelum dia tersandar mengeluh, saat ini berbagai rasa bercampur baur di dalam hatinya

"Kau dah kenapa?" Tanya Syafiq yang baru masuk ke dalam pejabat Aryan

"Tak ada apa lah" balas Aryan dengan malas sebelum dia berdiri dan membetulkan bajunya

"Termenung jauh aku tengok kau tadi" kata Syafiq

"Aku tak tahulah rasa macam something, dia dah meringkuk dalam penjara pon masih lagi nak ganggu isteri aku"kata Aryan yang melepaskan rasa tidak puas hatinya

Geram apabila isterinya masih lagi diganggu oleh lelaki yang pernah muncul dalam rumah tangga mereka dan mengganggu kebahagiaan mereka

"Kau bercakap pasal bekas kekasih isteri kau tu ke?"tanya Syafiq meminta kepastian

"Dia tu lah yang tak reti bahasa, istilah isteri orang tu apa" kata Aryan yang menggenggam penumbuk menahan rasa marah di hati

"Dah lah kau tak payah fikirkan sangat pasal dia tu, dia pun bukannya betul kalau dia waras dia takkan bunuh orang nak2 lagi anak dalam kandungan Ardini tu" kata Syafiq

"Aku tahu tu tapi hati suami mana tak panas bila isteri dia masih kena ganggu lagi dengan bekas kekasih dia" kata Aryan

"Dia tu BEKAS kekasih dan kau tu pula SUAMI dia sekarang ni, dah sah2 kedudukan kau tu penting dalam hidup Saffiya"kata Syafiq

"Tapi kenapa dia berahsia dengan aku kalau dia dah tak ada perasaan pada lelaki tu?" Tanya Aryan

"Mungkin dia tak nak kau jadi macam ni lah marah tak tentu pasal" kata Syafiq

"Kalau dia beritahu aku pasal benda ni tak mungkin lah aku nak rasa macam ni sekarang ni sekurang-kurangnya aku tahu macam mana pentingnya aku dalam hidup dia sebagai pelindung dia yang sah" kata Aryan

"Apa kata kau balik tanya dia elok2 mungkin ada sebab kenapa dia berahsia dengan kau?" Cadang Syafiq sebelum dia melangkah keluar dari bilik Aryan

Aryan mengeluh dan duduk semula ditempatnya

Pulang dari kerja dia sudah disambut oleh dua bidadari kesayangannya itu

"Papa..." Arieya sudah berlari mendapatkan papanya

"Anak papa ni lari2 nanti jatuh menangis pula" tegur Aryan sambil tubuh kecil itu diangkat dan pipi gebu itu digomol geram

"Habis dia tolak mama dia bila nampak aje kereta papa dia masuk" usik Saffiya

Wajah Saffiya ditenung dalam sambil hatinya terdetik bahawa tidak mungkin Saffiya akan berubah hati

"Kenapa pandang2 macam tu?" Tanya Saffiya yang pelik wajahnya ditenung oleh Aryan

"Tak ada apa lah, rindu" balas Aryan sambil tangan kirinya memeluk pinggang ramping Saffiya ketika mereka berjalan masuk

"Mama pun rindu....sangat dekat papa" kata Saffiya sebelum pipi Aryan dikucup sepintas lalu

Aryan tersenyum berasa hatinya tenang dan dia terlupa akan perkara yang bermain difikirannya hari ini

"Sayang main kat sana dulu okay papa nak cakap dengan mama kejap" kata Aryan sebelum meletakkan Arieya di atas karpet dan tangan Saffiya ditarik menuju ke meja dapur

"Nak cakap apa ni abang?" Tanya Saffiya yang pelik dengan sikap Aryan

"Abang ada benda nak tanya"

"Tanyalah"

"Sayang ada dapat surat dari sesiapa ke?" Tanya Aryan

Saffiya diam seketika sebelum senyuman manis menghiasi wajahnya

"Abang dah baca kan surat tu?" Tanya Saffiya

"Abang minta maaf sebab tak minta izin sayang abang cuma nak tahu apa yang dia cuba nak sampaikan pada sayang" kata Aryan sambil tunduk memandang lantai

"Sayang minta maaf sebab lambat bagitahu abang, sayang ingat nak bagitahu harini tapi bila tengok laci tu kosong sayang tahu abang dah dapat surat tu" kata Saffiya sambil wajah Aryan dielus dengan tangannya

"Sayang tak marah ke abang baca surat sayang?"tanya Aryan

"Lepas ni jangan baca tak minta izin dulu kalini je sayang benarkan, lagipun dalam surat tak ada apa yang nak dirahsiakan pun dia tu cuma nak minta maaf dan sayang pun dah maafkan dia . Abang jangan risaulah sayang dah tak fikirkan pasal dia lagi kita kan dah bahagia dengan rumah tangga kita sekarang" kata Saffiya

Tangan saffiya diusap malu pula dia apabila dia terfikir seharian dia sibuk memikirkan bahawa Saffiya masih lagi sayang pada lelaki itu sedangkan isterinya itu sudah lama lupakan Daniel

"Abang naik mandi dulu, sayang nak panaskan lauk" kata Saffiya

"Jom teman abang mandi" ajak Aryan sambil tubuh Saffiya yang sudah berdiri itu dipeluk

"Habis anak abang tu siapa nak jaga?" Tanya Saffiya

"Bawa dia naik sekali nanti dah buka kartun dia senyap lah mesti tak kisah mama dengan papa dia mandi" kata Aryan

"Tak payah nak gatal esok2 aje lah sayang teman abang mandi" kata Saffiya yang malu mendengar cadangan suaminya itu

Pipi Saffiya dicium lama sebelum dia melangkah naik ke tingkat atas

Milik Aryan Khairiel☑Where stories live. Discover now