Petang itu Saffiya tiba2 sahaja mengajak Aryan makan tengah hari bersamanya di Mcdonald yang berdekatan dengan syarikat milik keluarga Aryan
"Kenapa nak makan kat sini kan banyak lagi restoran ada yang selalu kita pergi" kata Aryan yang pelik pula dengan sikap Saffiya sejak dua minggu ini asyik mengajaknya makan di kedai2 yang jarang mereka pergi
"Ala...tak apalah sekali sekala nak tukar menu pula asyik makan nasi dengan western aje, gemuklah Fiya" kata Saffiya sambil sibuk membuka plastik burger nya
"Habis makan benda ni tak gemuklah?" Perli Aryan yang sedang menebuk straw pada air minuman mereka
"Eey...abang ni kan Fiya cakap sekali sekala jadi tak gemuklah" kata Saffiya dengan seronok menggigit burgernya
"Menjawab aje kerja" kata Aryan dengan perlahan dan memasukkan french fries kedalam mulut
"Esok abang nak kena pergi L.A, outstation" beritahu Aryan sambil sibuk merenung si isteri yang begitu gembira menikmati makanan yang tak seberapa ini
"Berapa lama abang pergi?" Tanya Saffiya dengan mulut yang masih ada makanannya
"Tiga hari aje tapi kalau habis awal abang baliklah" kata Aryan
"Iyelah"jawab Saffiya
"Sedap sangat ke burger tu?" Tanya Aryan sambil tenung muka Saffiya
"Sedap, kenapa abang tak makan pun?" Tanya Saffiya yang baru sedar suaminya itu tidak langsung menyentuh ayam goreng yang dipesan tadi
"Abang tak sukalah makan benda2 macam ni" kata Aryan sambil menyedut airnya
"Berlagak, tu lah asyik makan western aje kan tekak dah tak boleh makan benda2 yang sedap macam ni, rugi tau sedap ni" perli Saffiya pula kali ini
"Meh sini sikit abang nak rasa"tangan Saffiya ditarik dan burger yang hampir habis itu digigit sedikit
"Abang ni...habislah burger Fiya..." rengek Saffiya apabila burgernya itu sudah hampir habis setelah digigit Aryan
"Kedekut, abang gigit sikit aje tadi yang selebihnya Fiya juga yang makan"kata Aryan sambil mencuit hidung Saffiya
"Tak ada kejap lagi Fiya nak beli lagi satu burger ni" kata Saffiya sambil buat mulut muncung tanda merajuk pada Aryan
"Belilah, sepuluh sekali pun abang masih mampu nak bayar" kata Aryan
'Pelik aje bini aku ni, selalunya dia tak berkira pasal makanan ni tapi kenapa tiba2 lain pula perangai dia sejak beberapa harini' fikir Aryan sambil sambung tenung wajah si isteri yang berselera menikmati makanan mereka
Selepas pulang dari pejabat pada petang itu mereka singgah ke rumah keluarga Saffiya
"Kenapa tak bagitahu nak datang boleh mak masak banyak sikit" kata Puan Zura
"Tak payah susah2 mak, kami tak kisah pun kalau lauk ada satu aje" kata Aryan sambil mencium tangan wanita itu
"Baru balik kerja ke?" Tanya Dato Mazlan
"Ye abah, abang Iyan ajak singgah lama tak datang katanya" kata Saffiya
"Baguslah, mak kamu ni rindu sangat dengan kamu semalam katanya nak telefon kamu berdua tapi takut mengganggu pula kamu laki bini" kata Dato Mazlan
"Tak adalah abah, boleh aje kalau mak dengan abah nak call lagipun Aryan dengan Fiya memang selalu tidur lewat sebab nak siapkan projek baru tu" kata Aryan
"Ye ke, tak apalah tapi janganlah selalu sangat tidur lewat tak elok untuk badan kamu berdua" pesan Dato Mazlan
"Ni mak tengok Fiya makin berisi aje dah ada ye bakal cucu mak?"tanya Puan Zura
"Mana ada mak, Fiya aje yang banyak makan" kata Saffiya
Tiba2 Aryan berfikir tentang perangai pelik Saffiya dan mula mengesyaki yang mungkin juga isterinya itu sedang mengandungkan zuriat mereka
Kalau masin mulut ibu mertuanya itu dialah lelaki paling gembira yang akan menerima khabar itu kerana dia juga teringin untuk memiliki cahaya mata dengan gadis yang makin disayang ini
"Mak masak apa, Fiya rindu masakan mak" kata Saffiya yang bermanja dengan ibunya
"Mak ada masak lemak ikan tongkol, abah kamu teringin sangat katanya nak makan lauk tu" kata Puan Zura
"Ye ke, sedapnya...dah lama tak makan lauk lemak mak masak" kata Saffiya
"Jomlah, mak Siti dah siap hidang lauk tu" ajak Puan Zura
Setelah makan malam bersama keluarga Saffiya mereka berdua pulang ke rumah kerana keesokkannya Aryan akan bertolak ke luar negara.
YOU ARE READING
Milik Aryan Khairiel☑
RomanceDia kaum adam yang mampu menundukkan para gadis di bawah kaki nya, dia memiliki segala2 nya di dunia ini katakan sahaja apa yang tidak ada pada lelaki ini kekayaan dan kedudukan tidak perlu dikejar semuanya sudah dia miliki. Namun hanya dengan kemun...