Jam ditangan dikerling untuk kali yang ke-10 namun seseorang yang ditunggu langsung tidak kunjung tiba , perasaan marah sudah meluap luap di dada
Awalnya kemarin berjanji untuk berjumpa pada pukul 1 tengah hari namun kini jam sudah pun berganjak ke pukul 2.30 si dia masih tidak kelihatan
"Sorry Fiya aku lambat , tadi Syafik minta aku hantarkan dia ke sekolah ada bola sepak katanya " alasan gadis berselendang biru yang baru muncul
"Kau ni kan , habis telefon tu kegunaannya untuk apa?" Perli Saffiya
"Sorry lah....aku terlupa tadi kelam kabut sangat takut terlalu lewat" pujuk gadis tadi
"Dah lah aku tengah lapar ni kang aku makan kau kat sini juga baik kita pesan makanan" kata Saffiya
"Hehehe...ok2 harini biar aku belanja sebab aku lewat kan" pujuk gadis tadi
"Memang pun kalau kau tak tawar pun aku memang akan suruh kau bayar" kata Safiyya sambil tayang muka bengis
"Ala....dengan member pun nak merajuk"kata gadis tadi
Selesai membuat pesanan makanan kawan baik Safiyya terperasan akan seorang lelaki yang dari tadi asyik merenung Safiyya dari meja sebelah
"Fiya , aku rasa kan mamat sebelah ni syok kat kau lah" beritahu gadis itu sambil berbisik
"Kau ni Naz memandai aje entah2 dia tengah tenung meja sebelah kiri kita ni kau katanya dia tengah syok kat aku"kata Safiyya
"Kau tak percaya tengok nanti , apapun dia nampak seksi sangat dengan kaca hitam dia tu" kata Nazrin sambil berulang memandang lelaki tadi
Safiyya sudah tergeleng kepala melihat perangai kawannya yang satu ini memang pantang melihat lelaki 'hot' sedikit terus cair
"Fiya , semalam kau kata mak kau ada beritahu kau sesuatu"kata Nazrin yang teringat akan cerita Safiyya semalam semasa dia menelefon gadis itu
"Ye, mak aku cakap dia akan carikan calon suami untuk aku"kata Saffiya sambil menyedut air jus oren nya
"Serious , habis kau setuju ke?" Tanya Nazrin
"Entah lah kalau kau tanya aku, aku ni macam dah langsung tak berminat nak bercinta selepas apa yang mamat tak guna tu buat dulu" kata Saffiya sambil mengimbau kembali kenangan lama yang begitu susah nak dilupakan
"Sabarlah Fiya, apa yang aku boleh cakap setiap pilihan mak bapa ni semestinya yang terbaik untuk kita"nasihat Nazrin
Safiyya senyum sedikit sebelum kembali memandang pintu masuk restoran itu melihat gelagat pelanggan yang tak henti2 masuk ke restoran terkenal ini
"Kau...masih sayangkan dia ke?" Tanya Nazrin lama setelah mereka berdua senyap
"No , of course tak lelaki macam tu tak layak untuk dapat kasih sayang aku lagikan cinta , dia memang tak layak untuk memiliki semua itu" kata Saffiya yang geram dengan lelaki yang dulunya pernah dia sayang itu
"Dah lah Fiya , kau cuba lupakan apa yang dia dah pernah buat dekat kau dan cuba buka pintu hati kau untuk orang lain, tak semua lelaki tu jahat macam mamat tak guna tu" pujuk Nazrin
"Nak lupakan tu bukan mudah Naz, dia pernah bagi harapan setinggi langit dekat aku tapi akhirnya harapan tu jatuh berkecai menyembah bumi sebelum sempat aku nak rasa bahagia " kata Saffiya sambil menyapu air mata yang jatuh perlahan di pipinya
Tangan Safiyya digenggam Nazrin cuba untuk menyalurkan kekuatan buat gadis itu
Setelah mereka berdua menukar topik perbualan sambil menikmati makan tengah hari mereka , tiba2 mereka diganggu oleh seorang pelayan yang datang menyampaikan sekeping surat pada Safiyya
"Cik , ni encik meja sebelah tu minta saya bagi surat ni pada cik" kata pelayan yang tersenyum manis itu
Naz sudah senyum kemenangan memandang Saffiya
Saffiya membuka surat yang dilipat itu
'Saya nak berkenalan dengan cik yang manis bermata hijau ni boleh, kalau belum berpunya sudikah awak berkenalan dengan saya?'
Tengku DanishSaffiya senyum pada pelayan yang setia menanti jawapannya itu sebelum dia berbisik sesuatu pada pelayan itu
Setelah jawapan yang diberi oleh Saffiya sampai pada lelaki itu terus sahaja lelaki itu berdiri dan beredar keluar dari restoran itu bersama rakannya
Nazrin sudah ketawa lepas dengan jawapan Saffiya dan reaksi yang diberikan oleh lelaki itu
"Kau ni jahatlah Fiya , tak baik tau kesian mamat tu" kata Nazrin sambil ketawa
"Aku tak nak lah lelaki macam tu nampak sangat playboy"kata Saffiya
"Kot iya pun tak payah lah cakap kau ni dah ada anak 5 orang kat rumah pastu janda pula , agak2 lah body bergetah macam ni janda anak 5 orang mahu tak terkejut mamat tu" kata Nazrin sambil sambung ketawa
"Biarlah dia siapa suruh gatal sangat" kata Safiyya dan sambung makan semula puas hatinya dapat kenakan lelaki yang gatal seperti tadi
YOU ARE READING
Milik Aryan Khairiel☑
RomanceDia kaum adam yang mampu menundukkan para gadis di bawah kaki nya, dia memiliki segala2 nya di dunia ini katakan sahaja apa yang tidak ada pada lelaki ini kekayaan dan kedudukan tidak perlu dikejar semuanya sudah dia miliki. Namun hanya dengan kemun...